Resipi Kerabu Sotong Yang Sedap Diratah Begitu Saja!
6:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sesiapa yang ada sotong, mari kita buat kerabu.
Sesiapa yang ada sotong, mari kita buat kerabu.
Rasanya yang cukup sempurna dengan masin sos ikan, masam jus limau kasturi, manis gula perang dan pedas cili padi siam serta aroma daun ketumbar jawa memang mampu menggugat selera sesiapa sahaja yang mencicipinya!
Maaf, tiada daun ketumbar jadi Amie gantikan dengan hirisan daun ketumbar jawa. Sama sahaja aroma dan rasanya.
Kerabu Sotong |
Amie gunakan tujuh ekor sotong torak dan celur tidak sampai satu minit dalam air sedang menggelegak di atas api dapur. Hasilnya, sotong tidak liat malah sangat lembut ketika dikunyah.
Kerabu Sotong |
Bahan-bahan:
- 7 ekor sotong torak - bersihkan - potong ikut saiz yang digemari - toskan
- 2 labu bawang merah besar - hiris
- 2 biji tomato - potong dadu
- 5 batang kacang panjang - hiris kecil-kecil
- 15 tangkai cili padi siam - hiris
- 7 helai daun ketumbar jawa - hiris
- 1 kuntum bunga kantan - hiris
- 2 biji limau nipis - perah jusnya
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula perang
Cara:
- Ambil sebuah bekas besar dan masukkan sotong serta semua bahan hiris.
- Dalam mangkuk berasingan, masukkan gula perang, sos ikan serta jus limau nipis.
- Kacau hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sootong dan bahan hiris.
- Gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
6 comments
betul betul... mmg sedap diratah begitu saja ni.. kadang² celur je sotong lepas tu cicah kicap pedas pun wallawehhh
BalasPadamMenarik ni.. errr.. sotong tu kerat dulu lah eh sebelum celur?
BalasPadamPak Inche ada beli sotong hari tu, tentu sedap buat kerabu sotong ni
BalasPadampuas makan kak... kalau kt kedai kadang bawang yg banyak dari sotong
BalasPadamgerammm je tgk kerabu sotong ni👍👍
BalasPadamPenggemar sotong mesti berselera makan. Sedap makan bila sotong tak liat. begitu ye caranya. Terima kasih share kak Amie.
BalasPadam