Bismillahirrahmanirahim.Hari ini 24 Februari, hari ulang tahun arwah Kak Ros yang sudah 22 hari meninggalkan kami. Kehilangan ahli keluarga memang sungguh sakit! Namun kita kena reda kerana ini merupakan ketentuan yang sudah tertulis. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kita yang tinggal ini sebaiknya mengambil iktibar di atas pemergian insan khususnya yang terdekat dengan kita.Sewaktu Amie berulang-alik ke Hospital Sungai Buluh, Amie...
Bismillahirrahmanirrahim.Biasanya kalau singgah di Sabah Tea Restaurant di Ladang Teh Kampung Nalapak, Ranau, Encik Suami suka minum kopi. Maklumlah hendak segarkan mata memandu jauh dari Ranau melintasi Telupid hingga ke Lahad Datu. Memandangkan kami hanya akan singgah solat di Telupid, jadi kami bercadang untuk makan tengah hari (nasi) di sini. Sekarang sudah pukul 15:30 petang. Masih adakah nasi untuk kami?Kami memesan:Nasi PutihKari IkanUdang...
Bismillahirrahmanirrahim.Masih cerita lama, cerita sekitar cuti Tahun Baru Cina 24 Januari 2023. Kami dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu melalui jalan darat. Seperti biasa, singgah di Kundasang untuk alas perut. Ketika itu hujan agak lebat. Sejuk!Kami masuk ke restoran bawah kolong (bawah rumah), dan memesan tiga mangkuk bihun sup campur ayam dan daging. Hirup kuah sup panas di kala suhu...
Bismillahirrahmanirrahim.Sehari selepas kami sampai di Lahad Datu, kami mengadakan majlis kecil, doa kesyukuran selamat pergi dan balik dari menunaikan umrah yang dihadiri keluarga terdekat dan jiran tetangga. Pada masa yang sama kami turut mengadakan solat hajat memohon kesembuhan sakit Kak Ros yang sedang ditidurkan di CCU Hospital Sungai Buluh. Al-Fatihah buat arwah Kak Ros yang telah kembali ke pangkuan-Nya pada 02 Februari 2023....
Bismillahirrahmanirrahim.Fairuz sudah menanti kepulangan kami dari Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kami singgah makan di Putatan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kediaman Fairuz di Gardens Condominium.Keesokan harinya, kami sambung terbang ke Lahad Datu dengan menaiki pesawat MASWings.MASWings Sumber : GoogleKami menemani Fairuz dan Haziq makan. Kedua-duanya nampak letih menguruskan penghantaran ikan sepanjang hari di sekitar Kota Kinabalu.Selain makan nasi, kedua-dua anak bujang...