Masih lagi dalam suasana PKPB yang entah bila akan berakhir sepenuhnya. 19 Oktober 2020 terima khabar duka. Seorang sahabat baik, bersama-sama menuntut ilmu di UM, telah kembali ke pangkuan-Nya. Tidak dapat digambarkan rasa sayu ketika mendengar berita itu. Terakhir berjumpa sewaktu bersama-sama menghadiri kursus di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam, 18 tahun lalu. Sempat bercerita dan mengenang kembali suka duka zaman di...
Gambar masakan Ikan Susu Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas ini sebenarnya sudah beberapa bulan duduk diam-diam dalam folder. Setiap kali buka folder, nampak jew semangkuk ikan ni di barisan atas. Entah kenapa tidak dipeduli. Hari ini rasa kasihan pula. Baiklah jadikan paparan walaupun sudah banyak kali kongsi resepi ikan susu. Yang sudah biasa masuk dapur Amie, tentu pernah terjumpa dengan menu ikan...
Masih lagi meneruskan belajar pengambilan makanan seimbang. Kali ini paparan menu makan malam pula. Sebelum pukul 6 petang, sudah selesai isi perut. Oleh kerana di sebelah malam merupakan waktu untuk berehat dan tidak banyak tenaga diperlukan, sebaiknya kurangkan bahagian sumber kabohidrat. Bagaimana pun Amie cuba perlahan-lahan untuk meniadakan sumber karbohidrat, kalau mampu. Setakat ini Amie masih lengkapkan menu makan malam DSSS dengan tiga...
Hari ini agak lewat masak untuk makan tengahari. Kerja-kerja online yang dibuat kadang-kadang melekakan sampai tak ingat waktu! Abang Farid sudah bersedia untuk memesan makanan dari luar kalau Amie tak sempat masak. Sudah pukul 11:47 tengahari. Pagi tadi sempat masak bubur nasi campur jagung. Encik Suami nak makan bubur itu saja, tapi katanya bubuh sayur. Ok. Siap satu kerja. Kerja seterusnya, masak untuk...
Wah! Panjangnya tajuk entri malam ini. Amie ingin mulakan dengan kata-kata yang positif dan sentiasa memberi semangat, walaupun ada ketikanya dalam rutin hidup ini ada masa-masanya 'terkehel' dari landasan...ahaks! Ada orang kata hidup tidak selalu indah, tapi sebenarnya sekali-sekala sahaja yang kurang indahnya. Peratus indahnya jauh lebih banyak. Itulah sebabnya mengapa kita perlu sentiasa bersyukur. Issshh...isssh...berfalsampah pulak malam ini....hiks!Pagi tadi, segala urusan menghantar...
Pernah suatu ketika dahulu, apabila kesibukan melanda, dapur maya ini pun ikut berhibernasi! Tidak menulis dalam tempoh dua atau tiga hari atau juga seminggu, itu perkara biasa. Namun apabila minggu demi minggu berlalu, rasa seperti dalam zon selesa pula! Sebulan dan dua bulan, akhirnya dapur maya terbiar penuh sawang! Untuk menulis kembali, agak payah meraba ke dasar laut mencari semangat yang terbenam setelah...
Dari awal pagi hingga menjelang senja, ke sana, ke sini, buat itu dan ini, dan sekarang baru dapat duduk berehat. Kebetulan ada jiran, anak buah dan kakak ipar datang melawat Encik Suami petang tadi, jadi layan dahulu tetamu di petang hari. Terima kasih Abang Farid, bantu cuci pakaian, tapi tuala dapur dan lap kaki kita yang cuci... ahaks! Fuad ada kuliah online sehingga...
Sepanjang minggu ini anak-anak sibuk dengan urusan pembelajaran masing-masing. jadi, tak dapatlah luangkan banyak masa di dapur. Paling banyak berada di dapur sudah tentulah Abang Farid. Kalau ada pinggan mangkuk kotor di sinki, dialah yang akan mencuci. Dan waktu malam, sebelum masuk tidur Abang Farid sekali lagi pastikan dapur dalam keadaan bersih, tidak ada pinggan mangkuk kotor yang tidak dicuci. Sekarang, lori sampah...
Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc
Penne Goreng Udang
Petang tadi merajinkan diri turun ke dapur masak penne untuk Abang Farid. Bujang satu ini memang suka makan pasta. Sanggup masak sendiri di dapur untuk sepinggan pasta! Kiranya kalau masak pasta memang boleh sangatlah serahkan kepadanya. Dua hari lepas Abang Farid masak spaghetti angel hair dengan ayam. Hari ini Amie masakkan untukknya penne goreng udang pula. Adik-adik yang lain makan juga tapi tidaklah...
Jumpa lagi dalam perkongsian pemakanan seimbang. Alhamdulillah Amie masih lagi meneruskan usaha Diet Suku Suku Separuh. Sebenarnya apabila Amie lihat semula gambar-gambar DSSS sebelum ini nampak beberapa kelemahannya seperti kuantiti fiber yang tidak sampai separuh pinggan, tetapi sumber protein terlebih dari sukatan suku! Tak apa. Kalau tidak buat silap, tidaklah dapat pengajarannya. Lagi satu Amie tidak mahu ada tekanan dalam hal makan-makan ini....