Bertemu kembali dalam dunia maya. Kita sambung main masak-masak. Kali ini Amie kongsikan resepi Sup Ayam dengan Selada Air. Biasanya Amie masak sup dengan menambahkan kentang, atau betik tetapi kali ini Amie tambahkan selada air dan juga tomato. Sebelum ini kalau Amie masak sup dengan tambahan selada air, Amie hanya rebus ayam dengan halia, dan bawang besar serta bawang putih sahaja. Masakan kali...
Pernah makan siput laut? Banyak jenis siput laut yang boleh dimakan. Kalau di LD, biasanya kami akan temui siput laut seperti kahanga, tuntul dan juga sikad-sikad dan pelbagai jenis lagi. Kadang-kadang Encik Suami bawa pulang isi siput (biasanya pemberian kawan). Seronoklah masak isi siput sebab sudah bersih tanpa cengkerangnya keras itu. Sesekali kami akan makan 'seafood' dan memesan kahanga, sejenis siput juga tetapi...
Selamat berhujung minggu. Awal pagi tadi sempat berdua-duaan dengan Encik Suami mengunjungi pasar tani. Seronoklah mata dapat menjamu pelbagai pemandangan hijau, jualan para petani dan peniaga pasar tani. Segala ulam-ulaman, sayuran kampung seperti paku pakis, bunga betik, pucuk ubi, terung pipit, rebung, sayur keladi, pisang, nangka, jambu dan pelbagai lagi begitu menggoda jiwa untuk membelinya. Terpikat pula dengan lokan, dan siput laut serta...
Mangga udang nan sebatang di belakang dapur berbuah lagi. Tak sempat nak jenguk! Cuma dengar berita, sebiji buah mangga yang sedang membesar dikekah tupai! Encik Suami risau, nanti buah-buah yang lain pun dimakan tupai. Jadi, dibungkusnyalah buah-buah mangga dengan kertas. Tak nampaklah buah mangganya. Setiap kali Encik Suami bawa masuk dapur sebiji dua mangga yang sudah masak, Fairuz akan jadikannya sebagai puri mangga....
Assalamualaikum. Masak apa hari ini? Amie belum masak, baru rendam ikan di dapur. Nampaknya hari ini Encik Suami menghadiri kenduri tahlil di rumah rakannya, dan kita pula baru balik dari menghadiri taklimat persaraan. Walaupun masih jauh lagi tarikh untuk bersara, tapi saja jew ikuti perkembangan serta prosedur untuk menghadapi saat pencen. Sekarang ini, macam-macam perkara yang tertinggal untuk diikuti...hiks! Okey, kembali kepada cerita...
Jom main masak-masak lagi. Kali ini nak masak pajeri pula. Biasanya masakan pajeri gunakan nanas dan terung. Terungnya pula jenis yang warna ungu, tapi yang ada di dapur hanyalah terung putih. Tak kisahlah warna apa pun. Pajeri ini, pada Amie bahagian yang paling sedap terletak pada kuahnya! Dari dahulu sampai sekarang, kalau jumpa pajeri memang terus ambil kuahnya dahulu! Sedap tu makan dengan...