Ayam Panggang ala Kenny Rogers
1:58 PTG
Assalamualaikum.
Paparan Amie's Little Kitchen hari ini merupakan paparan sambungan kisah semalam DI SINI.
Rasa teringin untuk mengulang makan hidangan kelmarin! Tak sedar pula habis licin ayam seekor seberat 2kg diratah satu keluarga!
Terima kasih kepada HANA MEMORIES kerana sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini, juga buat SHARM1969@myresepi.com yang telah memanjangkan resepi daripada tuan punya asalnya iaitu CHE MID FP.
Resepi : Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber : HANA MEMORIES
Resepi Asal : CHE MID FP
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
- Bahan-bahan untuk make up ayam :
- 3 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar madu
- 1 ketul kiub ayam Knorr
- 2 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar herba campuran
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
- Sedikit mentega
Cara-cara
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Perap selama 1 1/2 jam.
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
- Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Untuk resepi kentang putar & coleslow bolehlah klik DI SINI.
Resepi : Kentang Putar
Bahan:
1/2 kg kentang - gunakan kentang US
2 sudu makan mentega
air untuk merebus seccukupnya
Cara:
1. Rebus kentang hingga benar-benar empuk.
2. Toskan air rebusan.
3. Lenyek kentang bersama mentega sehingga hancur lumat.
Kentang goreng 1 kg .... beli & goreng. Semasa menggoreng separuh masak, Amie tuangkan 1 sudu teh air garam dalam gorengan untuk sedikit rasa masin.
Resepi : Coleslow
Bahan:
1/2 kg kubis putih (anggaran) - bilas & toskan, hiris halus dan cincang
1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang
1/2 labu bawang besar - hiris dan cincang
4 sudu makan yogurt asli
8 sudu makan mayonis
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Cara:
1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.
Ada sedikit kesilapan ketika menyediakan Sos Lada Hitam. Amie terbubuh banyak cream! Sepatutnya dalam satu sudu saja, tapi sebab Amie terus tuang dari tin yang terbuka, tak sangka pula cream terus tercurah hampir 3/4 tin ke atas sos lada hitam! Jadinya Sos Lada Hitam kuranglah kehitamannya dan bertambahlah lemaknya kerana berlebihan cream! Nampak tak sos yang berwarna keperangan itu....
Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
1 cawan sos lada hitam
3 sudu makan SosTomato Maggi
3 sudu makan Sos Cili Maggi
1 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 labu bawang besar - cincang halus
3 sudu makan mentega
1 sudu makan cream
1 cawan air
Cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar hingga garing.
2. Masukkan kesemua bahan dan biarkan sos mendidih dan pekat.
3. Akhir sekali masukkan cream.
Lain kali akan buat... dan buat lagi!
36 comments
salam Amie...lapar rerut tgk ayam panggang & 'suku sakatnya ' tu.. :)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Amie..Sedap ayam ni..saya pun dah beberapa kali duk ulang...Memang berbaloiiiiiii....
BalasPadamfuhh tgk gambar pun dah terliur mesti sedapp sangatkan... jimat duit berbaloi² masak dirumah..
BalasPadamsedapnya kak...teringin nak pi rumah akk.... hehehe
BalasPadamaduhh amie... sedapnyer tengok... menitik air liur ku... ada lagi tak? mesti wes entek kabe...kann.. hehehe...
BalasPadamAssalamualaikum kak Amie..
BalasPadamTq for your wish dan terima kasih juga atas nasihat.
Sedapnya tgk ayam tu..Mmmg sebijik rupa kat KR.. Kalau dapat yg org masakkan lagi best ni..heheheee..
~ huhuu..xtahan tgk ayam panggang tu..sedapnya ^__^
BalasPadamassalamualaikum amie...
BalasPadambetul betul lah.. punya sedap makanan kat rumah amie ni.. terliur sungguh.. smlm ada project bbq kat apartment nani.. so alhamdullillah.. dapat makan bbq malam tadi.. tapi di sebabkan dah lewat.. dekat kul 10 malam dah... jadi hanya makan 2 ketul ayam plus 2 ekor sotong je.. lepas tu balik umah ZZZzzzz.. :D
Arghhhhh...lapar. Sedapnya.
BalasPadamHabislah Kenny Rogers kalau macam ni...
BalasPadamterlioq nyer kaka
BalasPadamnak try nnt....but dulu rasa mcm dah try la...nnt check ing sekali lg...herba campuran tue susah sket nak carik kat sini
sedapnya kak amie...bak sepiring...=)
BalasPadamWaahhh...sedap bangat ni...sekali sekala tukar selera mkn menu camni best gak kan...:-)
BalasPadamAssalam amie, sedapnya ayam panggang tu, sungguh meyelerakan dengan setnya itu. tetiba teringin nak sepinggan hehhe
BalasPadamSihatnya letai tu amie...Tergoda I
BalasPadamSalam akak..
BalasPadamfaa guna resepi akak yg osemm ni..sedapppppppp sangat!
thanks kak share resepi.
http://faafeefoo.blogspot.com/2013/06/ayam-panggang-ala-kenny-rogers.html
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamas salam sis...
BalasPadamcream ape yg sis gunakan tuk buat sos lada hitam tue??
nak try jugak nie...
tq....
As salam. Saya minta izin utk copy resepi ayam panggang ala kenny rogers amie ya. Nak cuba memasaknya.. tq
BalasPadamAslmkum Amie
BalasPadamsedap nampak ayam bakar tu...tambah lengkap dg setnya itu.resepi ayam ni mmg sedapp.
Sedapnye
BalasPadamFaveret husband makan ayam kenny rogers..so leh lar try buat sindri..tq
BalasPadamBestnya..kena try ni..
BalasPadamBestnya..kena try ni..
BalasPadamMohon d copy resepinya dah lama cari resepi ni skarang bru jumpa,thanks dgn yg punya resepi.
BalasPadamTak sabar nak cuba buat sendiri di rumah.
BalasPadamMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
As salam Amie. Minta izin copy dan
BalasPadamgunakan resepi ayam nie. Tq.
berapa suhu untuk panggang ayam ye?
BalasPadamAnnie,
BalasPadamsilakan.
PiranhaBesi,
saya lupa pulak nak letak suhunya, biasanya saya gunakan suhu 150' - 180' tapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Assalamualaikum..kak, mohon share. X boleh jadi ni. Wajib kena buat . X perlu lg ke kenny...hehe. tq
BalasPadamMohon pencerahan, 4 biji bawang putih - maksudnya 4 ulas atau 4 labu?
BalasPadamConfused..tq
Azwar,
BalasPadam4 ulas.... kalau labu tentulah yang setongkol tu.
Alhamdulillah....memang terbaik kak..memang sedap...tambahan pula dimakan dgn sos lada hitam home made...seolah2 berada di kenny. Hehe....tkasih atas resepi...
BalasPadamSalam. Kak Amie, herba campuran tu ape ye?
BalasPadamSalam. Nak tanya juga herba campuran tu apa ye? Tq
BalasPadamNur Hazira & Asyikin,
BalasPadamherba campuran tu rempah campur atau garam masala... untuk lanjut cuba cari di goole.