Acar : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)
6:58 PTG
Assalamualaikum.
Acar? Acar dihidangkan sebagai menu sampingan dan juga dianggap sebagai pelengkap hidangan dalam sesebuah majlis atau kenduri-kendara. Acar dikatakan dimiliki oleh pelbagai suku kaum dan bangsa di dunia dengan cara penyajiannya yang tersendiri. Dalam masyarakat kita, bahan asas yang digunakan untuk menyediakan acar termasuklah garam, gula serta cuka atau jus limau kasturi atau juga jus limau nipis. Penggunaan bahan lain terpulang kepada individu atau kehendak selera masing-masing. Misalnya acar mentah biasanya kita gunakan timun, sengkuang, lobak merah, nenas dan sebagainya.
Amie kongsikan menu Acar yang biasa Amie temui dalam pelbagai majlis di daerah Lahad Datu. Bahan asasnya lebih kurang sama seperti yang biasa kita makan di semenanjung, tetapi ada bahan lain yang ditambah untuk menambah keenakan serta keunikan rasa acar ini iaitu telur rebus dan kacang tanah goreng yang dtumbuk kasar.
Resepi : Acar
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji timun - bersihkan, potong kedua-dua hujungnya dan kemudian gores memanjang dengan garfu, seterusya hiris nipis
1/2 biji lobak merah - potong nipis memanjang 3cm
1 cawan hirisan nenas
1 labu bawang besar - mayang nipis
1 biji cli merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 biji telur rebus - potong-potong nipis
1/2 cawan kacang tanah goreng - tumbuk kasar
5 biji limau kasturi - ambil jusnya - boleh gunakan cuka
1 sudu makan garam
3 sudu makan gula
Cara:
1. Campurkan timun, lobak merah dan nenas. Gaul dengan satu sudu makan garam. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kesemua bahan layu. Bilas dan toskan.
2. Campurkan bahan tadi dengan bawang besar, cili merah, cili hiju, serta gula dan jus limau kasturi.
3. Gaul sebati dan kemudian masukkan telur rebus. Gaul lagi sehingga kuning telur hancur.
4. Akhir sekali taburkan kacang tanah tumbuk. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Jika anda meratahnya begitu saja pun rasanya memang sungguh enak! Kacang tanah tumbuk kasar menambahkan lagi keenakan acar ini!
"I am submitting this post to MFF Sabah Month
hosted by Mary of Pepper's Love"
12 comments
salam Amie, mana nasi nya ni tak sabar nak rasa acar tu ngancam sangat tu heee
BalasPadamKak Nooriah,
BalasPadamratah gitu aje kak... sedap!
salam kak amie..
BalasPadambetul tu kak amie..kami jga slalu buat acar ni dalam setiap kenduri..kiranya harus ada la..
Tak pernah rasa lagi acar ni, tapi ummi yakin sedap tu Amie.
BalasPadamBiasa buat xde kacang...bertambah sedap lah kan ada kacang..
BalasPadamSalam Amie..kat umah jarang buat acar,tp klu g kenduri wajib ambik masuk lam pinggan :D
BalasPadamwahh sedapnya ratah gitu jer...
BalasPadamenak meratah ni..
BalasPadamenak meratah ni..
BalasPadamKakak dapat merasakan betapa sedapnya Amie...
BalasPadambestnyer nens suka acar2 mentah mcmni..;)
BalasPadamSedapnya kak...pembuka selera...sesuai banget pd yg tengah on diet...
BalasPadam