Daging 'Roast' : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)
9:53 PTG
Assalamualaikum.
Jangan terkejut kalau 'roast' yang anda baca sebagai tajuk resepi ini mempunyai pengertian yang berbeza setelah membaca bahan dan cara masakannya. Daging Roast merupakan salah satu resepi masyarakat Melayu Cocos (Amie merujuk komuniti Cocos di Lahad Datu, Sabah kerana Amie amat dekat dengan kehidupan mereka). Hidangan ini seringkali ditemui semasa majlis kenduri-kendara. Biasanya mereka menggunakan daging lembu.
'Roast' membawa maksud 'panggang' tetapi olahan ini sangat berbeza dengan resepi Daging Roast yang dihasilkan oleh orang Melayu Cocos. Cuba kita lihat resepinya di bawah ini.
Resepi : Daging 'Roast'
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang - biarkan dalam bentuk ketulan
1 bungkus rempah sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar - belah 4
5 ulas bawang putih
2 inci halia - hiris nipis
1/3 cawan minyak
air secukupnya
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana panas sehingga keluar minyak dan kuahmya pekat
2. Potong daging secara berlawanan serat.
3. Hidangkan bersama kuahnya.
Menurut cerita orang-orang Melayu Cocos, secara tradisinya, dahulu cara memasak daging ini ialah dengan merebusnya terlebih dahulu di dalam periuk sehingga kuahnya pekat , dan kemudian daging tersebut dipindahkan ke dalam kuali bersama minyak yang dikeluarkan semasa proses merebus tadi. Di dalam kuali pula, daging ini dibalik-balikkan sehingga kuahnya kering. Pesan kakak ipar Amie : Jangan rebus daging terlalu lembut, sebab tidak cantik hirisannya dan rasanya juga kurang sedap.
"I am submitting this post to MFF Sabah Month
hosted by Mary of Pepper's Love"
5 comments
kok enak kabeh pangananei ki...kapan arek nyicipi ki..
BalasPadamSinggah pagi Sabtu, dah nampak resepi best kat dapur Amie,nak cikit boleh? hik!
BalasPadamHello Amie, wow! Sedap la ni roast daging. Suka tengok tu gravy. Ni la masuk mulut, boleh lupa nama mak, ha ha.
BalasPadamLooks like lima bintang restaurant dish.
You are very good.
Have a fun weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Assallamualaikum Amie..
BalasPadamRajinnyaaa... Pelbagai menu dari hari ke hari. Menu2 yg bukan biasa2 lak tu. Si baby kecil tak panggil2 ke ibu dia masa tgh memasak tu? heheheee..
Tq...ada gak variety untuk masak daging...looks yummy..!
BalasPadam