Enaknya Menikmati Aneka Masakan Mee di Dapur NSHAFEAREEN!
10:12 PG
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu dan bertemu sekali lagi dalam Segmen Meriahnya Dunia Masakan. Kali ini Amie ingin perkenalkan rakan-rakan pengunjung dengan SUE ELLA, pemilik dapur NSHAFEAREEN yang penuh dengan pelbagai resepi! Carilah segala macam resepi lauk pauk termasuk ayam, daging, ikan dan sayur. Pasti anda akan teruja melihatnya kerana terdapat banyak pilihan menu di dapurnya. Begitu juga dengan aneka dessert, roti, kuih muih dan sebagainya.
Tanpa melengahkan masa kerana esok kita akan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk membuang undi, Amie bawa anda semua menerjah ke dapur Sue Ella yang sungguh meriah dengan aneka hidangan mee. Sekali pandang bila melihat hidangan pelbagai jenis mee yang disajikan, terasa seperti berada di sebuah restoran terkenal! Terlebih dahulu Amie ucapkan jutaan terima kasih kepada Sue Ella kerana turut mewarnai kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN dengan kiriman pelbagai hidangan istimewa dari dapurnya.
Jangan tunggu lagi... dan jangan lupa bawa tisu untuk lap air liur bila melihat hidangan pelbagai jenis mee di sini ye...
Mee Udang
Mee Rebus
Mee Goreng Basah
Kuey Teow Goreng Kering
Char Kuey Teow Penang
Kuey Teow Haufan
Kuey Teow Kari Ayam
Bakso
Mee Soya Sup
Bee Hoon Goreng Kunyit
Bee Hoon Goreng Lada Hitam @ Goreng Singapore
Bee Hoon Kari Nyonya
Bee Hoon Sup Utara
Mee Hoon Sup Bebola Daging
Bee Hoon Goreng Hokkien
Mee Hoon Hailam
Dried Noodles Curry
Mee Kung Fu
Mee Kolok Basah
Mee Hailam
Bertuah sungguh suami dan anak-anak Sue Ella kerana Sue Ella pandai mengolah pelbagai jenis mee. Tak perlu lagi ke restoran untuk menikmatinya kerana Sue Ella serba serbi berkebolehan memasak dari mee kering, mee basah, bee hoon, kuey teow dan pelbagai lagi jenis pasta. Kecur liur kita dibuatnya bila menatap paparan aneka masakana mee di dapur Sue Ella!
Jadi, buat para pengunjung sekalian... jangan lupa terjah ke dapur Sue Ella untuk mendapatkan resepinya. Terima kasih sekali lagi buat Sue Ella kerana sudi menjadi ahli Meriahnya Dunia Masakan. Teruskan masak-masak ye Sue Ella... kerana usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada keluarga tetapi juga memberi sumbangan untuk turut memeriahkan dunia masakan tanahair. Semua pengunjung yang datang ke dapur Sue Ella akan berpuas hati mencari resepi pilihan masing-masing.
2 comments
Gojess sungguh mee2 akak ni...
BalasPadamAssalamualaikum Kak Amie..telebih dahulu Sue ingit megucapkan beribu2 terima kasih yg x terhingga buat akk kerana sudi mempromotkan masakan manu mee dlm blog sy dan sekali gus mem promotkan blog sy yg x seberapa ini..terasa diri amat di hargai...terasa kerdil lah pulak..maklum le blog saya x lah se hebat blog olat2 masakan yg lain...
BalasPadamApa pun jutaan sekali lagi terima kasih moga kak Amie sekelurga di murah kan rezeki sentiasa...amin..love u sis...