Pear & Green Apple Smoothies

by - 11:00 PG

Assalamualaikum.
Jom basahkan tekak sekaligus kenyangkan perut di pagi Jumaat yang agak panas ini.  Lepas itu kita akan rasa lega sebab dengan segelas Pear & Green Apple Smoothies dapat mencuci bersih perut kita. Alhamdulillah.


Resepi : Pear & Green Apple Smoothies
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji buah pear - cuci bersih dan potong dadu
3 biji buah epal hijau - cuci bersih dan potong dadu
200ml yogurt asli - boleh kurangkan kuantiti jika tidak suka rasa masam sebab epal hijau sudah ada rasa masam
100ml susu segar
2 sudu makan gula pasir

Cara:
1. Sejuk bekukan buah pear dan epal hijau selama 2 jam.
2. Masukkan buah pear dan epal hijau, yogurt asli, susu segar dan gula pasir ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus dan lembut.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.




You May Also Like

12 ulasan

  1. wah..epal..sedap..bagus utk cuci2 ..hehe..mahu cuba nanti.. ^^

    BalasPadam
  2. Nyaman ni kak...sejuk tekak..kat kl ni panas..

    BalasPadam
  3. Panas ni syok hirup zmoothies ni kan amie

    BalasPadam
  4. kalau dapat segelas ni best gk K.Amie..

    BalasPadam
  5. Assalam amie. sedapnya nyaman tersa, bagus utkbersihkan perut ni

    BalasPadam
  6. assalam
    teringinnya sy tgk, emmmm tq k.amie share resepinya
    nak segera buat ni

    BalasPadam
  7. salam kak..

    wah, sedap minuman tu..smoothies ni memang kegemaran ni..

    BalasPadam
  8. Asslmkm kak Amie.
    Sedap tu kak. Time panas2 mcm ni, mmg sesuai sgt lah.

    BalasPadam
  9. sedapnya....nak cuba la ni...:-)

    BalasPadam
  10. adusss...sedapnya! nyaman terasa..

    BalasPadam