Ikan Putih Masak Cuka Amie's Little Kitchen Style
11:36 PTG
Assalamualaikum.
Paparan menjelang larut malam.... Ikan Putih Masak Cuka. Resepi campak-campak menggunakan apa sahaja yang ternampak di depan mata dan asalkan dapat diterima tekak! Ini diakibatkan tidak tahu hendak makan apa, dan tidak terfikir untuk masak apa... ada ke begitu? Kadang-kadang kot! Barangkali juga disebabkan asyik makan ikan rebus.... rebus dan rebus! Ikan masak singgang kira ikan rebus. Ikan Masak pindang pun kira rebus... sup pun rebus juga! Ayam rebus.... kalau bubuh air semuanya kira rebus! Musim berpantangku sudah berakhir! Pejam celik, pejam celik sudah mencecah hari ke 44! Tak larat dah nak makan yang rebus, yang bakar, yang panggang.....
Ada tak orang masak ikan bercuka dibubuh biji sawi? Amie bubuh tau... Encik Suami kata lauk Ikan Putih Masak Cuka sedap! Nampaknya kalau sudah memenuhi selera keluarga, dikira sedaplah resepi ini. Syukur... bertuah badan dapat pasangan yang tak banyak songel!
Resepi : Ikan Putih Masak Cuka
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 keping ikan putih
4 sudu makan cuka
1 batang timun - potong ikut suka
1/2 batang lobak merah - potong ikut suka
2 labu bawang besar - belah 4
2 biji cili merah - belah 2
7 ulas bawang putih
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
1 cawan air
minyak
Bahan kisar:
2cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan biji sawi, bawang putih, bawang besar, cili merah, timun dan lobak serta serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Tambahkan air dan cuka. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan goreng dan balik-balikkan sebentar.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Tutup api dapur.
Walaupun main campak-campak tapi resepi ini tetap sedap! Ada rasa sedikit masam, manis dan masin.... kira cukup rasalah tu... Jumpa lagi.
4 comments
Amie..ini baru campak2 dah nampak sungguh mengiurkan..alahai..sedapnya menu camni..tap tap..ayaq liuq meleles..ehehe..
BalasPadamakak...bebrunyi teros perot ni..
BalasPadamfaa suka lauk yg simple2..masam2 macam ni..sedap..
kak...pantang jowo 44 hari...merdeka!..hehe...kito sukak iwak masak cuko...
BalasPadamAmie.. Sekejap je kan masa berlalu, dah 44 hari rupanya. Alhamdulilah Amie diberi kesihatan yang baik sepanjang berpantang. Baby Firadaus pun tentu dah makin besar, pasti seronok tengok perkembangannya.
BalasPadam