Nasi Sardin
7:24 PTG
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Semalam Encik Suami teringin makan Nasi Sardin. Katanya, semasa mengikuti perkhemahan pengakap zaman persekolahannya dahulu, dia pernah masak Nasi Sardin bersama rakan sekumpulannya. Katanya lagi, sedap sangat rasa Nasi Sardin yang mereka masak. Sardin dalam tin dicampur bersama dengan beras yang ditanak. Amie tidak dapat bayangkan bagaimana rupa paras Nasi Sardin yang dimaksudkannya. Amie jumpa Encik Google, tapi katanya hanya resepi Nasi Goreng Sardin yang boleh dikongsi bersama Amie. Entah macamana, semasa mengemas buku-buku masakan yang sudah kembang kerana sewaktu banjir beberapa bulan lepas, buku tersebut terendam dalam air yang masuk ke perpustakaan kecil kami yang terletak di tingkat bawah, Amie terjumpa buku resepi Aneka Hidangan Nasi. Ahamdulillah, semasa membelek-belek buku resepi yang terlekat-lekat di antara satu helai dengan yang lain, Amie terbaca resepi Nasi Sardin. Oleh kerana bahan-bahannya pun mudah diperolehi dan memang ada di dapur, jadi Amie berhasrat untuk mesak Nasi Sardin untuk Encik Suami sekiranya ada masa yang sesuai.
Hidangan Nasi Sardin di atas merupakan sentuhan terakhir setelah siap menyediakan menu yang sememangnya ringkas dan mudah ini. Bujang sulung Amie tidak sabar-sabar untuk makan Nasi Sardin walaupun Encik Suami dengan anak bujang yang dua orang lagi itu belum pulang. Amie pun sebenarnya tidak menyangka bahawa Nasi Sardin memang sedap! Selama ini Amie menjadikan lauk ikan sardin sebagai pilihan terakhir sekiranya tidak mempunyai masa yang banyak untuk masak di dapur.
Sebenarnya ada beberapa pengubahsuaian resepi yang Amie lakukan mengikut kesesuaian dan citarasa Amie. Dalam resepi asal, ikan sardin hendaklah dimasukkan ke dalam 'lubang' nasi, tetapi Amie masak ikan sardin secara berasingan. Bagaimanapun cara menyediakan Nasi Sardin memang Amie ikut sepenuhnya seperti dalam buku resepi.
Resepi : Nasi Sardin
Sumber : Buku Resepi Aneka Hidangan Nasi (Sa'adiah Mohamad)
Bahan-bahan:
2 pot beras - dibersihkan
air secukupnya
1 tin ikan sardin - Amie gunakan tin yang besar
5 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam
minyak
sedikit badam & bawang goreng - Amie tidak bubuh
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan tomato puri, sos cili, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sos ikan sardin.
3. Setelah mendidih masukkan beras dan air secukupnya.
4. Apabila nasi hampir masak, lubangkan di bahagian tengah nasi dan masukkan ikan sardin. Tutupkan semula lubang tadi dan biarkan nasi masak hingga kering- Amie tidak buat lubang dan tidak masukkan ikan sardin.
5. Apabila menghidang taburkan bawang goreng dan badam.
Oleh kerana Amie tidak masukkan ikan sardin ke dalam nasi, Amie masak ikan sardin secara berasingan. Untuk menggantikan sebahagian besar sos ikan sardin yang telah dicampur ke dalam Nasi Sardin, Amie tambahkan tomato puri, sos cili dan juga sos tiram ke dalam ikan sardin ini.
Sebenarnya ada cerita lain lagi di sebalik resepi Nasi Sardin yang Amie masak hari ini. Amie kesuntukkan masa disebabkan seharian dari pagi hingga petang menjadi hakim mengadili pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Lahad Datu di Dewan Solitaire Palm SMK Silabukan. Jadi, memandangkan hari menjelang petang dan sebentar lagi Encik Suami dan anak-anak akan pulang, Amie terus ambil keputusan masak Nasi Sardin yang ringkas dan mudah ini. Jom tengok di bawah apa yang Amie paparkan selain resepi Nasi Sardin.
Di dewan inilah acara berbalas pantun peringkat akhir diadakan. Sekolah Amie kalah pada peringkat suku akhir. Bagaimanapun kami terima dengan hati terbuka sebab kalah menang memang adat pertandingan. Bayangkan, pihak lawan terdiri daripada peserta juara bertahan entah berapa tahun berturut-turut. Walaupun kalah, rasa bangga di hati kerana sekurang-kurangnya generasi muda hari ini masih mendapat pendedahan tentang seni warisan nenek moyang kita zaman berzaman! Melihat kepetahan para peserta berbalas pantun, menjual dan membeli, rasanya kalau berada di tempat mereka entah boleh berpantun entah tidak! Tapi, sememangnya untuk mengikuti pertandingan begini para peserta memelukan latihan khusus dan konsisten. Tema yang dipilih pula, tema Ala Kampung. Satu perkara baru yang Amie perolehi semasa pertandingan ini ialah setiap kumpulan dikehendaki membawa props set yang sesuai dengan tema. Macam-macamlah yang dibawa, termasuk cangkul (reflika), buah-buahan, lesung, tikar mengkuang dan entah apa lagi.
Anak bujang sulung Amie menjadi salah seorang peserta pertandingan. Sempat lagi merembat ayam kita yang duduk mengeram di dapur tapi tak pandai menetas! Hakim pertandingan bahagian persembahan kata, markah penuh diberi kepada peserta sekolah kami sebab props setnya paling cantik dan unik, tapi kalah juga! Agaknya kalah di bahagian lainlah tu.
Sungguh terharu dengan usaha gigih penuh semangat peserta-peserta dari sekolah sendiri di bawah pimpinan Cikgu Fauziah Biran. Cuba lihat.... lihatlah betul-betul gambar di atas. Padi dalam nyiru bukan? Sebenarnya itu bukan padi, tapi anak murid kami gunakan bunga jagung! Memang nampak betullah suasana kampungnya. Dan satu lagi, sebagai hiasan di tempat duduk hadapan, sekali lagi bujang sulung Amie rembat keris di ruang tamu rumah kami yang panjangnya sedepa! Ha... ada rupa keris Taming Sari tak?
Apa pun Amie rasa gembira, seronok walaupun kalah dan kena pula mengadili sekolah yang menang, tetapi sekurang-kurangnya dapat menyumbang tenaga menjadi hakim dari pusingan awal hingga ke peringkat akhir. Hadiah yang kami terima, salah satunya juga ala-ala kampung.... he he hehh dapat sehelai kain sarung berkualiti tinggi iaitu Sarung Batik Ayu yang sungguh halus buatannya. Sebentar lagi Amie ingin merehatkan diri dan Amie akhiri dengan serangkap pantun:
Hendak daun diberi daun,
Dalam daun ada bidara,
Hendak pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.
Kita makan Nasi Sardin sajalah ye.....
35 comments
assalam amie..memang ada resepi nasi sardin ye..baru pertama kali acik dengar dan tau ni
BalasPadamsalam kak amie
BalasPadamkita aritu pun baru dgr nasi sadin nie..tp x pernah cuba lg ..mmg nk try sbb suka sgt makan sadin..he ehee thnks kak resepi tue.;
Salam Kak Amie..1st time dengar nasi sardin..gamba lawo :)
BalasPadamWow! Kak Amie first time dengor nasi sardin.. Nelly penggemar sardin nanti bolehlah cuba.. tahniah juga buat Kak Amie.. tak apa kak Amie kalah menang adat bertanding... errr sha tak reti berpantun hehhee....
BalasPadamKak saya jugak bukan penggemar sardin sekali buat nasi goreng makan bertambah
BalasPadamSalam kak..
BalasPadamSaya pun pernah tengok kat buku resepi aneka nasi tu jer..tak pernah lagi nak mencubanya sndiri.hee..
Nampak sedap jer nasi sardin akak masak tu..
Seronok dgr perkhemahan pengakap suami akak tu...terkenang sy masa aktif jd ahli pengakap dulu..semua makanan masa berkhemah ni mmg sedap2 belaka wpun simple sgt..!
first time jugak wc dengar resepi nasi sardin ni..biasa makan lauk sardin jer kan?
BalasPadamPertama kali ma tau,Amie... Biasanya masak sadin biasa2 aje... Rupanya boleh dibuat macam nasi goreng. Hmm.. bolehlah cuba nanti...!
BalasPadamlauk kita sama tp tak serupa hehehe mcm mana tu?
BalasPadammas pun masak sardin hari nie tp sardin masak kicap jelah :))
Baru ni mas tahu ada nasi sardin rupenya hihihi... nie dok menahan air liur je tgk nasi sardin kak amie hah :)
wah! meriah betul pesta pantun tu...nani tak pernah pun menyaksikan pesta pantun yg mcm ni...bestnye...
BalasPadamHang Jebat Hang Ladin
BalasPadamSedapnya nasi sardin!
Salam kak amie! sukeee sardin! lama sgt tak makan sardin ehehee... dtg sini nak ambik link n3 apam mentega utk esok, selamat hujung minggu buat akak!
BalasPadammenarik la kak resepi nasi sardin ni..suka saya,,,:)
BalasPadamSalam kak Amie,
BalasPadamLain dr yg lain menu nie..sedap nampaknya,maybe stau hari boleh dicuba..
macam menarik menu ni..dh la feberet saya ni sardin..hehe..kalo ade sardin 2 kali boleh tambah nasik..hehe
BalasPadamtuah ayam nampak ditaji..sebab itu props dr sekolah akak menang kot..
BalasPadamtapi ayam akak tu macam ayam ternak telor jer, ada kaki ke...hihihi..?
tak pernah masak nasik sardin..dan tak pernah masak sardin bubuh sos tiram/tomato puri...yg selalu masak bubuh cili padi segengam..
nasi sardin.. macam sedap je.. rasa nak cuba hari ni jugak.. maklong & anak memnag hantu sardin.. siap import dari malaysia tiap2 bulan.. thanks sebab kongsi resepi ni..
BalasPadamhahaha.. selalu terguna akaun maira bila nak komen.. sorry..
BalasPadamAcik Erna,
BalasPadamAmie pun baru pertama kali masak, tak sangka pula rasanya sedap!
Zila 4ever,
silakan mencuba resepi ini Zila, memang sedap, tak rugi try!
Ixoraroxi,
memang jarang dengar resepi nasi sardin tapi biasa dengar nasi goreng sardin.
Shahriah,
BalasPadamsilakan...silakan cuba, gerenti nak masak kali seterusnya.
Chik Mimi,
Sesekali makan sardin memang sedap!
Hasue,
mula-mula dulu buat tak pandang aje resepi tu, tapi bila Encik Suami teringin makan, kakak pun cubalah buat. Tak sangka pula rasanya sedap!
Kakak dulu pun ahli pengakap, memang sedap sangat makan dalam perkhemahan sebab tak banyak pilihan bekalan yang dibawa he he heh
WC,
BalasPadambetul tu WC, biasanya kita makan lauknya saja.
Kamariah,
silakan mencuba resepi ini sebab ada kelainan dan keunikannya yang tersendiri.
Mas,
boleh cuba Mas, sedap!
Nani,
BalasPadammemang meriah Nani, apalagi menyaksikan peserta yang ayu2 gaya perempuan dulu-dulu he he hehh
Ummiross,
Pohon dedalu patah dahan,
jangan malu, jemputlah makan.
Ika,
sardin memang sedap,
silakan ambil link untuk n3 apam mentega Ika.
Quinnie,
BalasPadamKak Amie pun tak sangka Nasi Sardin ada daya penariknya kih kih kihhh
Rohah,
memang nampak lain, selamat mencuba!
Nens,
memang sardin sedap, lagilah makan dengan nasi panas time perut lapar!
Ucu,
BalasPadammemang meleleh airmata & air idunglah makan sardin cili segonggam! Tapi sedap oooo
Maklong,
cuba ye maklong.... jangan tak cuba! Rugi tak buat...
First time dgr ni kak, sardinmmg sedap, lapar dah ni heheheh
BalasPadamAssalam kak Amie, sedap tgk nasi goreng sardin akak ni...tak pernah buat lagi ni.
BalasPadamkak Amie...nampak besh la nasik ni....nk cobaaaa....nka cobaaaaaaa...anto sini skit....
BalasPadamKak Amie,memang nampak sangat menyelerakan Nasi Sardine ni,teringin pulak ku mencubanya.
BalasPadamCantek dan unik hasil kraf tangan tu kak..
Baru kali ini dengar, lain kali kak Zai nak cuba masak.
BalasPadamterima kasih amie berkongsi resepi walau kena belek satu2 kertas resepi yg dah kembang & basah tu... usaha amie berkongsi di sini sgt2 dihargai... pertama kali dengar nasi sardin tau...
BalasPadamdengarkanlah pantun ku ini pula ye...
petang hari menunggu senja
menunggu suami pulang bekerja..
nasi sardin menggamit selera
rasa macam nak try masak aja!
:-)
assalam kak amie ..
BalasPadamtak pernah dengar lagi nasi sardin ni .. ni first time dengar .. wah menarik la resepi ni .. boleh la dicuba ,,,, meriah betol pesta pantun ralit dengar cerita kak amie ... pandai la budak2 sekolah berpantun .. kalau wani entah melalut apa nak dipantunnya hihi
Ajumohit,
BalasPadammemang sedap dik, walaupun guna bahan biasa-vbiasa saja seperti sardin.
Nieza,
baru sekali kakak buat, di hati memang dah pasang niat lain kali nak buat lagi!
Mimie,
cubalah...cubalah Mimie, dipersilakan... nanti kakak hantar ye tapi sepinggan tak cukup tau!
Rahel,
BalasPadamcuba... jangan tak cuba, cuba sekali pasti ingin cuba lagi!
Kak Zaitun,
silakan kak, tak rugi mencuba! Sedapppp...
Madiha,
wah! Dah naik saham sardin pulak ye... he he heh bila dimasak cara begini, barulah nampak ikan sardin ini setanding dengan hasil masakan yang lain.
Kukira ini jawabnya (ikut frasa pemantun di pesta pantun hari tu)...
Ke hulu ke hilir hingga ke muara,
Di tengah jalan terlanggar dahan,
Nasi Sardin menggamit selera,
Makan sekali, tak cukup sepinggan!
Wani,
jom kita berpantun sambil makan nasi sardin
ohhh..pantas aja kak amie pandai berpantun malah jadi juri segala.. kerenn..
BalasPadamDi rumah pun selalu ada stock sardin, kalo malas masak biasanya buat sardin aja, baru kali ini denger ada nasi sardin, boleh juga di coba kapan kapan.. hehe
Hai Melly,
BalasPadamkalau ada stok sardin di dapur memang kapan-kapan saja bisa dicoba he he hehh selamat mencoba ya!