Ikan Talapia Pekasam Beras Goreng Perisa Tuhau

6:03 PTG

Salam petang Isnin. Jom layan Ikan  Talapia  Pekasam Beras Goreng Perisa Tuhau. Ha.... tak pernah dengar perkataan 'tuhau'? Tuhau ialah sejenis tumbuhan herba dari keluarga halia. Umbut tuhau biasanya dijadikan jeruk dan sambal. Sambal tuhau dan jeruk tuhau merupakan makanan tradisi dan paling digemari dalam kalangan masyarakat  Kadazan-Dusun. Ada 4 pilihan Ikan Talapia Pekasam Beras Goreng termasuk perisa tuhau, lada hitam, cili dan asli. Amie beli  sebab nak makan, dan satu lagi sebab ingin menyokong Usahawan Bimbingan Jabatan Perikanan Sabah.


Resepi : Ikan Talapia Beras Goreng Perisa Tuhau
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket ikan talapia pekasam beras goreng perisa tuhau
2 biji lada hijau - hiris
2 biji lada merah - hiris
1 labu bawang besar - mayang
5 biji bawang putih - hiris
3cm halia - hiris nipis
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis
limau kasturi
minyak

Cara:
1. Panaskan  sedikit minyak. Goreng ikan talapia pekasam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. kurangkan jumlah minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan tadi.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, lada merah dan lada hijau.
4. Gaul rata dan taburkan serbuk pati ikan bilis.
5. Angkat dan tuangkan ke atas ikan talapia pekasam goreng.
6. Perahkan jus limau kasturi ke atasnya.

34 comments

  1. Alamak sedapnya Amie, kalau macam ni kena tambah nasi lagi ni, hik!.Amie kat mana ada jual ikan pekasam paket tu?

    BalasPadam
  2. kak amie.ikan pekasam sana sama ke kat sini?

    BalasPadam
  3. salam amie...fuhhh sampai sini bau ikan pekasam tu, harumnyaaaa....hihihihi

    BalasPadam
  4. Ummi,
    Amie baru terjumpa tadi, semasa singgah di kedai di Lahad Datu. Ikan ini made in Kiulu... alamak Kiulu tu di kawasan manalah pulak ye. Tapi mungkin dekat-dekat arah ke Kota Kinabalu.

    Izahdaut,
    sama saja kot...cuma di sini ada perisa tuhau...tu yang lainnya.

    Liza,
    jom Liza... makan sama!

    BalasPadam
  5. ini kalau kena ngan nasi panas-panas ni memang sodap kan kak:)

    BalasPadam
  6. as-salam
    sungguh menyelerakan..ikan pekasam tu ikan apa..?

    BalasPadam
  7. salam Amie...
    saya mmg suka sgt2 dgn ikan pekasam nie.....biasanya kalau bln puasa masa sahur,ada je ikan pekasam nie mmg selera.lah....
    kalau hubby gi mancing kt Grik, Tasik banding...dia pulang mesti bawa buah tgn ikan pekasam dr sana....

    BalasPadam
  8. salam Amie..adiusssss yg pelik2 jer nama bahan2 masakan kat umah Amie ni.
    Sedapnya ikan pekasam mkn ngan nasi panas..xyah dah lauk lain :D

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amie dan Selamat Tahun Baru 2012...

    *Kak Lin suka sangat makan ikan pekasam lebih2 lagi kalau dimakan dengan nasi panas, tapi kat sini susah nak dapat.

    BalasPadam
  10. Wah ikan talapia pekasam .... tak pernah tengok ni..nak kena naik airasia ke nak beli ni???

    BalasPadam
  11. Selamat malam Kak Amie..
    singgah skejap tengok ikan tilapia...mengancam..lemak2 je isi dia kan..

    BalasPadam
  12. nani tak pernah jumpa lagi tuhau tu...org kata baunya pelik sikit...tapi tak dpt nak bayangkan mcm mana...

    BalasPadam
  13. Mau dong kak, melly belim pernah lagi makan di masak begini.. plus nasi hangat nya yah..

    BalasPadam
  14. Amie...lauk feveret tapi buat masa ni terpaksa tahan..hu hu..

    BalasPadam
  15. Terliur plak tgk dah Kama tak mkn ikan talapia huhu...

    BalasPadam
  16. kalau makan nasi panas2 mesti tak toleh kiri kanan dah ni!

    BalasPadam
  17. sedapnya kak amie..saya suka pekasam..baru2 ni makcik berjaya buat pekasam sendiri...memang sedap betul makan...hehehe

    BalasPadam
  18. assalam..sukanya dtg sini hari2 ada picture makanan..mama tak makan ikan..ambil bau pun jadilah..he2x..

    BalasPadam
  19. yana punya fav nii ikan pekasam.. mak mertua slalu bt sndiri..hmm..cane ek kak rasa perisa Tuhau tuu..masam kee masin kee manis kee hehee

    BalasPadam
  20. emak nora rajin buat pekasam ikan talapia ni pasal rumah nye depan lombong..kalo ada ikan lebih2 adik menjaring mak pun buat le...tapi kami sekeluarga tak suka pakai berasa..mak suka buat pakai nasi..bila masak..memang buat tak nampak lauk lain..layan tu je dgn nasi panassss...

    BalasPadam
  21. banyk info blog kak amie ni. byk kenal benda baru kat sini. hehe..

    BalasPadam
  22. Nieza,
    memang cukup lauk ni saja Nieza!

    Ady,
    ikan jeruk kot... ha ha hahah

    Myda,
    memang ikan pekasam jadi pembuka selera!

    BalasPadam
  23. Azatie,
    ikan pekasam tu tak pelik, yang pelik agaknya tuhau ye..

    LinRosly,
    memang susah nak dapat ikan pekasam kan Lin.

    Puan Ros,
    di semenanjung ada dijual tu... he he heh buat sendiri pun boleh kalau rajin, tapi dah lama kami tak buat!

    BalasPadam
  24. Rahel,
    masam-masam sikit!

    Nani,
    ada bau macam daun ketumbar! tapi lebih kuat.

    Melly,
    ini masakan orang kampung, orang dulu-dulu.... resepi warisan.

    BalasPadam
  25. Zalin,
    takpe, nanti sampai masanya boleh makan juga he he hehhh

    Hanis,
    sedap ni makan buat lauk tengahari di musim dingin! baunya pun satu dapur ha hahahh

    WC,
    betul tu WC, dan tak payah hidang lauk lain lagi dah.

    BalasPadam
  26. Mama Aini,
    terima kasih sudi datang... nanti lama-lama Mama Aini pun pandai makan ikan!

    Yana,
    buat pekasam sendiri lagi best! terjamin kebersihannya. Tuhau tu sejenis umbut... rasa apa? Susah nak terangkan tapi baunya kuat menyengat!

    Nora,
    wah...! tentu sedap hasil air tangan emak ye Nora.

    BalasPadam
  27. Asmara,
    terima kasih sudi ikuti perkembangan di dapur Kak Amie yang tunggang terbalik ni... he he hehh inilah seronoknya duduk merantau, banyak jenis makanan boleh dicuba!

    BalasPadam
  28. amboi k.amie sayang...
    ikan pekasam beras goreng selalu makan...
    tapi perasa tuhau tu ape..?
    sekali baca macam tauhu..2 x baca tuhau....
    makan dgn nasik panas2 dgn kuah bening.. memang malanglah sapa lalu kat depan mahupun kt belakang...ucu tak akan pelawa makan..takut x cukup nanti...hihihi..

    BalasPadam
  29. cheq datang terjah umah kaka
    auwww tuhau la plak...selalu dengar new word kat sini....sedap sgt mkn ngan nasik hangat2 khen....

    BalasPadam
  30. bagusnya kak..banyak sy belajar tntang masakn org sana..

    BalasPadam
  31. Amieee....cedapnya...lapo dah perut akak ni..:)

    BalasPadam
  32. Wah Amie,pembuka selera nie...mau 3 pinggan nasi kita tambah...hahaa...lepas tu pulak pekena ngan air yg kat atas tu..terus tersandar kita mcm buaya...hehe

    BalasPadam
  33. Ucu,
    tuhau tu sejenis tumbuhan herba keluarga halia,
    memanglah Ucu, siapa nak pandang orang lain kalau tengah makan sedap-sedap! ha hahahh

    Lady Ayu,
    ni belajar makan tuhau dengan kawan-kawan Kadazan-Dusun.

    Kamalia,
    banyak etnik di Sabah ni Kamalia... tak terkejar resepi diorang ha hahahh

    Cik Cek,
    memang sedap Cik...jomlah makan sama!

    BalasPadam
  34. Nuridah,
    ha hahahhh...nak tengok buaya bersandar...macamanalah rupanya ye..sebab buaya tak berpinggung! ha ahahahhh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe