Ikan Siakap Kukus Ala Portuguese

6:22 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung yang sudi bertandang ke Amie's Little Kitchen. Jemput sama menikmati hidangan Ikan Siakap Kukus Ala Portuguese yang Amie sediakan kali ini. Untuk memasak resepi ini bolehlah gunakan Perencah Ikan Kukus Portuguese. Bagaimanapun Amie sediakan sendiri pes perencahnya. Cara mengukusnya pun ikut gaya tersendiri Amie, dan terpulanglah dengan cara masing-masing, asalkan ikan itu masak dan boleh dimakan.


Bahan:
1 ekor ikan siakap - Amie potong 2 bahagian sebab ikan agak panjang (tak muat masuk seekor dalam periuk kukusan)
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1.5cm halia - hiris halus
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan daun sup
sedikit bawang goreng
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
minyak
garam & gula - jika perlu

Bahan kisar:
7 biji cili kering
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 batang serai

Cara:
1. Taburkan hirisan halia di atas ikan dan renjiskan dengan sos ikan. Kukus selama 15 minit.
2. Pada masa yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos kicap manis, sos tiram dan bancuhan air asam jawa. Kacau rata.
4. Jika kurang garam, bubuhlah garam - Amie tidak bubuh garam kerana sos ikan sudah cukup masinnya.
5. Setelah 15 minit ikan dikukus, buka penutupnya dan masukkan separuh pes yang baru ditumis tadi ke atas ikan. Tutup kembali tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi.
6. Kemudian masukkan hirisan capsicum merah, kuning dan hijau ke dalam lebihan pes yang masih ada di dalam kuali. Kacau seketika dan tutup api.
7. Tutup api pengukus dan keluarkan dulang kukusan ikan.
8. Letakkan ikan kukus di atas pinggan dan tuangkan pes lebihan tadi ke atasnya.
9. Sedia untuk dihidangkan dan jika suka tabukan hirisan daun bawang, daun sup serta bawang goreng.



Pes ikan kukus Portuguese ini Amie ikut seperti dalam Perencah Ikan Kukus Portuguese yang mengandungi cili, bawang dan serai. Bahan-bahan yang lain Amie ikut kreativiti sendiri. Jomlah makan sama-sama.... sedap tau! Tulang-tulangnya pun Amie hisap.... bukan apa, kuahnya tu yang sedap! Rasa ikan biasa saja....

14 comments

  1. perghhhh!sedap tu.Mintak skit Kak Amie

    BalasPadam
  2. adoi....dah terbayang2 kesedapan ikan ni...kalau siakap kukus memang sedap...isinya lembut, manis lagi kalau ikan fresh...

    BalasPadam
  3. assalam amie, sedapnya ikan siakap kukus ala portuguese tu, rasa ikn tu pun dh sedap manis n lemak lemut je

    BalasPadam
  4. assalam amie..acik ambik resepi ye..dah kata sedap..terliur pulak..

    BalasPadam
  5. Sedapppppnyaaaa...kechur kita...

    BalasPadam
  6. Ixora,
    boleh dik...ambil,kita makan sama-sama ye...

    Nani,
    sedapkan...sampai tulang-tulangnya pun sedap... heheheh

    Rosa,
    memang sedap, tambah pula makan waktu masih panas....

    Acik,
    silakan Acik... masak sedap-sedap ye, nanti panggil kami datang tolong makan...kih kihkoih

    Cik Cek,
    marilah sini dik....makan sama, tapi kesat dulu liur tu...hi hihiiii

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum akak amie cayang...
    wah sedapnya tgk ikan kukus tu akak... lain kali nak cuba resipi nie plak.. mmg nampak sgt sedap tu akak

    BalasPadam
  8. sedapnya nengok tang kepala nye tu kak amie..rasa macam makan kat restauran lak...hehhehe...suka makan ikan besar2 ni...isi manis...:)

    BalasPadam
  9. mmm.. sedapnya amie..
    maklong sekarang ni pun suka ikan siakap kukus ni.. lembut dan manis isinya.. nanti nak tiru resepi amie nilah.. :)

    BalasPadam
  10. assalam kak amie,sedapnya kak. suka sgtla saya kalau hari-hari mkn ikan kukus gini pun tak pe...tapi siakap ni susah sikit nak jumpa kat sini.jarang-jarang ada.

    BalasPadam
  11. Salam Kak Amie, fuhhhhh tengok siakap akak duk posing mosing cenggini buat saya ngencesss jeeeee......

    BalasPadam
  12. tengok mata ikan pun dah tau..mesti kena dera dgn k.amie....
    malas nak tenung lebih2 takut nanti akak tercekik tulang..bila dah tercekek tulang..alamat dah takde la menu ikan yg terngetop dari akak...

    BalasPadam
  13. Diana,
    kalau bubuh sos itu ini campur segalanya, sedap ajelah.... he hehhh

    Quinnie,
    yang sedap begini sekali-sekala je buat dik, buat selalu nanti kurang pulak sedapnya ye...

    Maklong,
    silakan Maklong... buat jangan tak buat, air tangan Maklong mesti sedap punya....!

    BalasPadam
  14. wc,
    memang sedap....

    Nieza,
    masak kukus memang cara diet yang sihat ye Nieza.... takpe, tak ada siakap ikan lain pun boleh kan...

    Sue,
    kesian ikan tu kena buat macam-macam pose yea...

    Ucu,
    iyalah dik.... sekali kakak tengok rupanya mata ikan tu dah juling...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe