Mie Tek Tek, Sop Buah & Pisang Keju
8:48 PTG
Masih ada lagi menu @ resepi di Pulau Jawa yang belum sempat Amie masukkan dalam blog.... di kesempatan keemasan ini Amie ingin catatkan sedikit pengalaman hari terakhir di Bandung. Petang 17 Mac 2011, selepas mengunjungi Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu, Perkebunan Teh Ciater, Kebun Strawberry dan menikmati hidangan tengahari di Kampung Daun Culture Gallery & Cafe, kami terus dibawa ke satu lokasi yang sangat unik. Keunikannya ialah... semuanya dikelilingi rumpun bambu. Selama 6 hari menjelajah sebahagian bumi Pulau Jawa ini memang terdapat umpun bambu di mana-mana terutama dalam perjalanan ke kaki Gunung Merapi di Jawa Tengah. Tapi, tak pula Amie terjumpa hidangan daripada rebung... he he he. Berbalik pada alam berlatar belakangkan rumpun bambu tadi, rupanya kami di bawa ke Jalan Padasuka untuk menyaksikan Bamboo Afternoon Performance of Saung Angklung Udjo. Kami dikenakan bayaran sebanyak Rp75,000 setiap seorang dan yang menariknya di Tanah Jawa ini, di mana-mana ada surau atau musolla untuk menunaikan sembahyang. Selepas menunaikan solat asar, kami terus ke dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan angklung yang baru bermula. Ramai pelancong Perancis dan Belanda di situ. Seronok sangat dapat menyaksikan Wooden Puppet (Wayang Golek), tarian tradisional - Mask Dance atau Tari Topeng dari Cirebon, persembahan Angklung Nusantara dari Acheh, Arumba: Alunan Rumpun Bambu, dan paling seronok semua penonton diajar dan diajak memainkan angklung bersama-sama dan tiba-tiba kami pandai memainkan beberapa lagu seperti Nine Symphony, Burung Kakak Tua, The Song of Do Re Mi dan lain2 daripada angklung dalam masa yang singkat. Puas hati dengan Orkestra Angklung, rasa kenyang dan tak nak makan malam. Tapi, takut perut kosong, kena makan jugalah. Kami makan di Jalan Dago (Factory Outlet). Amie pesan Mie Tek Tek...
Inilah rupa Mie Tek Tek.... kata Pak Dedi, biasanya mee ini digoreng pada waktu malam, dan apabila sudip diketuk di tepi kuali, terdengarlah bunyi tek tek tek... itu sebab dinamakan Mie Tek Tek. Bahannya taklah pelbagai, hanya hirisan ayam, sayur sawi, telur dan rasanya manis-manis pedas. Harganya Rp12,000. Selain Mie Tek Tek, Amie pesan Sop Buah... nak tahu apa itu Sop Buah, lihatlah di bawah ini....
Ada pelbagai campuran buah dalam Sop Buah tu.... Rp10,000
Pisang Keju... Rp8,000.
2 comments
Assalamualaikum Amie...
BalasPadamPertama kali dengar mee tek tek...apa rasanya yer...mcm sedap jer...
waalaikumussalam lin, rasanya biasa saja,macam mee kuah...
BalasPadam