Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung
9:37 PTGAssalamualaikum semua, semoga sihat hendaknya. Nampaknya buat sementara waktu dapur Amie tidak berasap, apa pun 'bekalan' masakan tetap ada... buka sajalah 'tudung periuk' dan pilihlah mana-mana yang berkenan ikut selera masing2... he he he... Sebenarnya, lusa Amie nak terbang dah, transit KL tengahmalam Sabtu, dan pagi2 lagi sambung terbang ke Jakarta. Esok, lusa dan sepanjang minggu depan tak dapatlah nak update blog, maklum nak mula berkemas2 buat persiapan untuk bercuti. Harap2 sampai Jakarta nanti, banyaklah resepi yang boleh Amie pelajari.... eh..ehhh, macam nak menuntut ilmu masak memasak pulak dah. Tak adalah.... tapi orang kata di negara jiran kita tu banyak makanan yang enak2. Nanti Amie'tapau' sikit untuk rakan2 setia yang sudi berkunjung ke dapur Amie. Apa pun, petang tadi Amie sempat masak untuk hidangan malam, ikan jenahak masak lemak cili padi dan Amie tambah dengan rebung. Selalunya rupa rebung bulat-bulat tapi rebung Amie dicincang saja, lebihan rebung betung yang kawan Amie bagi hari tu...
Bahan-bahan:
2 keping ikan jenahak
1 cawan rebung
200ml santan
2 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak
garam & gula
Bahan tumbuk: (jangan terlalu lumat)
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili padi
1.5cm belacan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan rebung dan serbuk kunyit. Masak seketika.
3. Masukkan santan dan ikan jenahak serta asam gelugur.
4. Masak jangan terlalu lama kerana isi ikan jenahak sangat lembut.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Bila sudah elok masaknya, angkat dan hidangkan.
8 comments
sedapnya.. lagi2 sbb ada rebung. dah lama x balik kampung. kalau balik kg, mak slalu masakkn rebung..
BalasPadamrebung mmg sedap lbh2 lg yg manis... kalah umbut kelapa dik
BalasPadammau belajar masak ni.salam kenal n folllowback yah!
BalasPadamkak amie..ajarkan nora masak asam pedas ikan pari yang best punya..
BalasPadamselama ni masak biasa je..tak pekat mana pun..
dan..nora tak pernah makan ikan pari..tapi hubby minta asam pedas ikan pari...waaaaa...tolong ek..
wanida suka sangat rebung tapi tak pernah masak sebab hubby tak suka....
BalasPadamwage, thanks follow me, nanti i follow u back
BalasPadamhai nora, asam pedas ikan pari yg pernah amie makan paling sedap... asam pedas melaka, berlinang2 kuahnya...
BalasPadamwahida, amie ada sorg kawan, suaminya tak suka sotong, bila dia teringin makan sotong, amie tolong masak utk dia dan bawa ke sekolah makan sama2, he he
BalasPadam