Serunding Udang
10:11 PTGSewaktu Amie kemas-kemas longgokan majalah dalam keadaan pening-pening lalat petang tadi, Amie terbaca resepi Serunding Udang di dalam majalah SAJI keluaran Oktober 2008. Amie rasa tertarik sebab bahan yang digunakan bukan udang kering tetapi ditambah dengan udang basah. Amie ambil idea masakan itu tapi Amie ubahsuai ikut kreativiti sendiri. Amie memang suka makan serunding terutama hasil air tangan bonda. Kali terakhir Amie makan serunding kerang kiriman bonda dari kampung melalui kakak Amie yang berkunjung ke Sabah ialah pada tahun lepas. Itulah salah satu makanan tradisi orang kampung Amie sejak turun temurun.... terkenal bukan sahaja di majlis kenduri selamat dan kenduri kahwin tetapi juga dihidangkan sewaktu menyambut hari raya. Bonda pernah perturunkan resepi serundingnya kepada Amie, dan memang Amie akui, cukup sempurna segala rempah-rempahnya. Bezanya, dalam buku resepi SAJI semua bahan dikisar halus, tapi ada bahagian tertentu Amie kekalkan cara masakan Bonda. Misalnya ketumbar, jintan putih dan jintan manis....pesan bonda, jangan kisar halus, tak ada rasa...katanya. Tumbuk kasar-kasar saja.... iyalah bonda, kalau bonda buat rempeyek kacang dhal atau kacang hijau pun memang rempahnya ditumbuk kasar, merasa di lidah kita semasa memakannya....sedappppp.... baru tadi telefon bonda, tanya dah minum susu ke belum...... bonda pula tanya.... Amie sakit ke...macam lain bunyi suara tu....oh Bonda, di mana aku atau kau berada, kau tetap dihatiku kerana aku juga ada di hatimu...
Sebenarnya serunding udang yang Amie masak di atas bukan betul-betul kering sebagaimana yang bonda buat hingga tahan berminggu-minggu lamanya. Amie singkatkan waktu memasaknya dan jadilah serunding basah....
Bahan-bahan:
400 gram udang basah
1/2 cawan santan pekat
4 sudu serbuk kari
garam & gula
minyak
Bahan kisar:
10 biji lada kering
10 biji bawang putih
10 biji bawang merah
5 batang serai
Bahan ditumbuk kasar:
1 cawan udang kering
1 cawan kelapa parut
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu ketumbar
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan semua bahan yang ditumbuk kasar.
3. Masukkan santan diikuti dengan udang basah.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
6. Serunding tidak perlu dimasak sampai betul-betul garing.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
2 comments
nmpak sedap serunding tu amie..nak cubalaa..
BalasPadamcuba kakyon, jangan tak cuba...
BalasPadam