ADSENSE

Selasa, 8 Mac 2011

Bendi Goreng Dengan Udang

Amie masih lagi terasa keenakan makan serunding basah yang Amie masak minggu lepas. Udang kering ditambah udang basah. Kali ini Amie masak sayur bendi perencah udang kering dengan udang basah. Ami gunakan ikan geragau dengan udang kertas.


Bahan-bahan:
12 biji kacang bendi (potong ikut suka)
10 ekor udang kertas
garam & perasa
minyak

Bahan untuk ditumbuk:
1/2 cawan udang geragau
3 biji lada merah
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan laada merah disusuli dengan udang geragau. Biarkan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang kertas dan bila sudah berwarna kemerah-merahan, masukkan kacang bendi.
4. Taburkan garam dan perasa. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Kacang bendi goreng dengan udang siap untuk dihidangkan.


1 ulasan:

Difan96 berkata...

Assalamu'alaykum.. Makasih ya dah mampir, dah di follow tu, lam ken..