Cendawan Tiram Goreng Rangup
4:57 PTGAssalamualaikum semua...moga sentiasa sihat hendaknya. Nampaknya, banyak resepi yang 'terlewat' masuk blog, tapi tak apalah... yang penting gambar tu tak basi kan, he he he... kali ini Amie nak masukkan resepi cendawan tiram goreng rangup. Teringat semasa makan Jamur Crispy Dengan Mayonis di Restoran Pringsewu tempohari, teringin pula nak buat sendiri. Kalau balik kampung, Amie memang suka beli dipasar malam. Kebetulan pula, pulang dari kerja... jiran sebelah bagi 1/2 kilogram cendawan tiram yang masih segar dibeli di Kota Kinabalu. Apalagi, Amie pun tunaikanlah hasrat hati tu....masak menggunakan bahan yang ada dalam simpanan di dapur.
Bahan-bahan:
1/2 kg cendawan tiram
12 sudu tepung crispy fried chicken hot & spicy
8 sudu air
minyak
Cara:
1. Bilas cendawan dengan air dan toskan hingga kering.
2. Carik-carik cendawan ikut saiz yang dikehendaki.
3. Taburkan 6 sudu tepung crispy fried chicken hot & spicy.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga sebati.
5. Panaskan minyak yang banyak supaya boleh menggoreng sehingga tenggelam.
6. Taburkan lebihan 6 sudu tepung crispy tadi ke atas bancuhan cendawan.
7. Goreng menggunakan minyak yang panas dan angkat apabila sudah garing.
8. Sedia untuk dihidangkan. Jika suka, tuangkan sedikit mayonis di atasnya.
0 comments