Fillet Tuna Panggang
8:38 PTGBiasanya Amie gunakan ikan tuna sebagai lauk nasi kuning. Nasi kuning di tempat Amie bukan bermaksud 'pulut kuning'.... cara masak sama seperti nasi lemak tetapi ditambah kunyit, jadi warnanya pun kuning. Lauknya pula tidak sama seperti lauk nasi lemak tradisional yang memerlukan telur, kacang tanah, sambal ikan bilis dan timun. Lauk nasi kuning selalunya terdiri daripada sambal telur, sambal ikan terutamanya ikan tuna, ikan kayu, ikan layar atau ikan tenggiri. Ada juga yang menjadikan sambal ikan kembung atau ikan basung sebagai lauk. Sebenarnya, boleh dikatakan seringkali Amie bersarapan nasi kuning kerana di sini jarang ada nasi lemak. Eh... cerita pasal nasi kuning pula, terlupa maksud asal untuk memperkenalkan resepi Amie .... ikan tuna panggang.
Bahan-bahan:
1 keping isi ikan tuna seberat 500 gram
5 kuntum snow jelly fu (rendam)
2 batang lobak merah kecil (potong 4 dan belah 2)
1 kuntum brokoli (potong 10)
2 sudu sos BBQ
1 sudu Perisa Lea & Perrins Worcestershire Sauce
4 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia muda (tumbuk)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
1 sudu serbuk pati ikan bilis
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, lada hitam, dan sos BBQ.
2. Lumurkan bahan tadi ke seluruh fillet ikan tuna.
3. Susun snow jelly fu di atas dulang pengukus. Letakkan fillet ikan tuna di atasnya.
4. Susun lobak di sekeliling fillet ikan tuna.
5. Taburkan serbuk pati ikan bilis dan renjiskan Perisa Lea & Perrins di atas fillet.
6. Panggang dalam kuali serba guna hingga hampir masak, dan masukkan brokoli.
7. Apabila fillet ikan tuna telah masak, keluarkan dan letakkan di atas pinggan.
8. Lebihan kuah fillet ikan di dalam kuali, bolehlah dicampur dengan sedikit sos kesukaan anda, campurkan dengan sedikit lada, dan bancuhan tepung jagung.
9. Tuangkan di atas ikan tuna panggang.
10. Sedia untuk dihidangkan.
0 comments