Siakap Kukus (Barramundi Steamed with Pineapple and Sweet Pea Sprout)
7:55 PTGSelamat malam pengunjung setia ke dapur Amie.... malam ini Amie sempat hidangkan siakap kukus untuk keluarga. Oleh sebab Amie gunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur, jadi hasilnya wujudlah resepi seperti di atas. Kalau ada persamaan dengan mana-mana resepi yang anda temui, ia adalah secara kebetulan sebab Amie tidak merujuk mana-mana buku resepi mahupun blog. Kalau nak cuba, dipersilakan... sedap atau sebaliknya, tanggung sendirilah ye, bagi Amie.... asalkan masak dan boleh diterima selera, kira jadilah tu....
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap seberat 500 gram
1 cekak sweet pea sprout
3cm halia muda (hiris halus)
1 sudu sos ikan
Bahan untuk sos:
1 cawan nenas (nenas masak segar & dipotong kiub)
4 biji bawang merah (tumbuk)
4 biji bawang putih (tumbuk)
2 sudu sos tiram masam manis
4 sudu sos cili thai
1 sudu serbuk pati ikan bilis
2 sudu gula pasir
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
air kukusan ikan
minyak
Cara:
1. Letakkan ikan dalam dulang pengukus dan letakkan hirisan halia di atasnya. Renjiskan sos ikan. Kukus.
2. Sementara menunggu ikan separuh masak, sediakan sosnya.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan nenas dan masak hingga layu.
5. Sementara itu, buka penutup pengukus dan keluarkan air kukusan ikan. Kukus kembali ikan.
5. Masukkan kesemua bahan untuk sos dan masukkan air kukusan ikan. Biarkan mendidih.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
7. Buka kembali tutup pengukus dan tuangkan sos ke atas ikan. Tutup sekali lagi selama 5 minit.
8. Susun sweet pea sprout di atas dulang hidangan dan letakkan ikan siakap kukus di atasnya.
8. Sedia untuk dihidangkan.
0 comments