Puding Roti Karamel (Caramel Bread Pudding)
8:53 PTGTeringin sangat makan puding roti air tangan Kak Salehah.... entah di mana sekarang dia berada, kami sudah terputus hubungan...... kali terakhir Amie jumpa pada Disember 1985 semasa Amie menunggu keputusan SRP. Masihkah lagi berada di Taman Berjaya, Gombak.... entahlah, banyak kenangan Amie bersama Kak Salehah. Kak Salehah suka buat puding roti dan bahan yang digunakan hanyalah cebisan kulit-kulit roti yang tidak dimakan. Kak Salehah gunakan agar-agar dan santan dalam resepinya. Petang tadi Amie sempat menyediakan puding roti tapi Amie buat cara ringkas sekali.
Bahan-bahan:
7 keping roti Gardenia (carik-carik)
20 gram agar-agar (cuci dan rendam sebentar)
1000ml susu cair / santan
250gram gula pasir
1/2 cawan gula pasir (jadikan karamel)
1/2 cawan serbuk koko
Cara:
1. Panaskan susu cair dan masukkan agar-agar bersama roti.
2. Masukkan gula dan kacau selalu sehingga agar-agar cair.
3. Masak 1/2 cawan gula pasir sehingga menjadi karamel dan masukkan serbuk koko ke dalamnya.
4. Tuangkan karamel koko ke dalam dulang.
5. Tuangkan adunan agar-agar bersama roti ke dalam dulang berisi karamel koko.
6. Biarkan sejuk dan lebih enak jika dimakan selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk.
0 comments