Kentang Wedges & Sup Jagung
12:34 PTG
Jom sarapan pagi di Amie's Little Kitchen dengan hidangan menu kentang wedges dan sup jagung! Sambil menikmati hidangan pagi, kita celoteh sikit naa.......
Salam pagi Ahad....., pagi ini agak mendung. Rasa lebih nyaman dan tenteram, barangkali malam tadi dapat tidur lena. Bekas pensyarah Amie, Dr. Rahim Selamat (UNISEL) dan Dr. Syarifah Meriam Syed Agil (UNISEL) pernah berkata, manusia memerlukan tidur yang berkualiti dan bukannya tidur yang panjang. Tidur berkualiti maknanya tidur yang tiada gangguan, walaupun hanya 2 jam sehari... itu sudah memadai. Betul ke? Amie cuba renung diri sendiri...., memang ada betulnya sebab kalau kita letih kita akan tidur lena, tidur pulas dan bangun dalam keadaan segar walaupun hanya tidur sekejap. Masa anak-anak masih kecil dulu, memang tidur malam sering terganggu dengan tangisan dan rengekan anak minta susu dan tidak selesa kerana lampin basah dan sebagainya, tapi apabila anak-anak mula membesar, kita sibuk pula dengan tugasan lain. Tugas yang meletihkan itulah yang baik bagi kita (Amie), sebab bila dah letih boleh terus tidur dengan lena... (suka sangat dapat tidur lena sebab pernah imsomnia 21 tahun lalu...). Bangun pagi ini Amie buatkan anak-anak kentang wedges dan sup jagung.... untuk anak-anak saja, pakwe dah keluar awal pagi sebab ada kerja yang perlu disiapkan......hmmm begitulah dia, tak suka merungut.... terlalu penyabar, hingga tak sampai hati nak bangunkan kita buat sarapan pagi....(biasanya sebelum Amie bangun, memang sudah tersedia sarapan pagi atas meja....dia belilah tu....).
Nak buat kentang wedges tak? Yang dah biasa buat tu memang rasanya semudah buat pisang goreng .... betul tak? Biasanya orang guna tepung serba guna, tapi Amie gunakan serba serbi yang ada di dapur. Mana-manalah, yang penting jadi dan boleh dimakan. Ini kentang wedges atau potato wedges versi Amie' Little Kitchen yea....cooking with my heart dan soul gituuu....
Bahan-bahan untuk potato wedges:
5 biji kentang (belah enam setiap biji)
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu serbuk eno
50-75ml air (ikut kepekatan masing-masing)
1/2 sudu lada hitam (tumbuk)
secubit garam
minyak
Cara:
1. Rebus kentang (bubuh garam sedikit) hingga separuh masak - toskan.
2. Buat adunan tepung gandum, tepung jagung, air, garam dan lada hitam serta eno.
3. Panaskan minyak.
4. Celup kentang ke dalam adunan dan goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan hidangkan bersama sos thousand island.
Bahan-bahan untuk sup jagung:
1 tin jagung krim
200ml air
1/2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
2 biji telur (pukul)
1/2 sudu serbuk pati ayam
Cara:
1. Didihkan air dan masukkan jagung krim.
2. Masukkan serbuk pati ayam
3. Apabila sup sedang mendidih masukkan bancuhan air tepung jagung dan terus kacau.
4. Masukkan telur perlahan-lahan sambil dikacau terus.
5. Matikan api.
6. Hidangkan panas.
Terpulang kepada anda untuk mencampurkan bahan lain seperti isi ketam, isi ayam dan sebagainya. Boleh dihias dengan bawang goreng dan daun sup.
Bismillah...... jangan lupa minum secawan kopi di tepi atas tu.....
9 comments
best jgk~ biasa2 buat wedges goreng kosong je~ heehehe lepas ni boleh try balut tepung pulak~ BTW tat soup looks yummy licious!
BalasPadamaesh came,
BalasPadamtukar2 angin la pulak yea...
breakfast 'mata biru' ni :)
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamBestnya.... lepas makan wedges, boleh hirup sup jagung pulak, sedapnyaaaaa
Salam Amie,
BalasPadamBestnya.... lepas makan wedges, boleh hirup sup jagung pulak, sedapnyaaaaa
IXORAROXI,
BalasPadampagi ni je breakfast mata biru...esok lusa kat atin la pulak....hehehe
wattie,
BalasPadamhe heee...itu style org sabar tu... amie tak sabar..makan wedges sepotong, hirup sesudu...tu pasal asyik tersedak2...
aslmkum amie.. slm kunjung bls n kenal2.. sekali2 bermenu western best jugak kan.. tentu seronok anak2..
BalasPadamdZana,
BalasPadamiyelah...rezeki Allahkan...ada mcm2 bangsa, budaya dan makanannya..yee