Iftar 22 Ramadan 1447H - Makan Nasi Lauk Singgang Ikan Tuna
8:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ke-22 Ramadan ini Amie masak Singgang Ikan Tuna sebagai lauk makan nasi waktu berbuka puasa. Makan nasi lauk ikan singgang ini sudah tentu sedap kalau ada budu dan picitkan lada. Sudah lama Amie tidak beli budu. Yang ada hanya tempoyak. Bolehlah buat sedikit sambal tempoyak buat teman singgang ikan.
Oleh kerana masak singgang ikan sekali harung dengan kacang bendi, jadi tak perlulah masak sayur lagi.
| Singgang Ikan Tuna |
| Singgang Ikan Tuna |
Ada tiga keping ikan tuna yang dibeli siap potong. Dua keping Amie masak singgang dan sekeping lagi Amie goreng. Kelmarin suka sangat tengok Firdaus makan Ikan Tenggiri Masak Cuka. Ada baki kuahnya yang Encik Suami simpan dalam peti sejuk. Amie panaskan dan masukkan ikan tuna goreng. Sudah tentu Firdaus suka.
Untuk resipi ikan masak singgang, Amie banyak kongsikan di sini:
| Ikan Tuna Masak Cuka |
| Sambal Tempoyak |
| Nasi Putih |
| Mi Goreng Mamak |
Memandangkan Fairuz kurang gemar makan nasi lauk ikan, Amie sediakan Mi Goreng Mamak. Firdaus pula makan kedua-duanya. Sedap pula Mi Goreng Mamak!
| Longan Kering + Barli + Lo Han Guo |
Hari ini cuaca sejuk. Amie sediakan minuman panas dengan merenih longan kering dengan barli. Amie tambahkan lo han guo untuk rasa manis.
| Salad Campur untuk Encik Suami. |
24 comments
Sedap pulak ada tempoyak tu. Berselera la makan nasi.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMemang tempoyak tu buat tambah selera.
Longan ais untuk Daus!
BalasPadamYa, wangi minuman tu.
PadamCukup istemewa..amazing sajian..
BalasPadamAlhamdulillah. Selamat berbuka
PadamUish singgang tu menyelerakan :)
BalasPadamJemput ye.
PadamWaduh sedapnya semua menu akak tu...
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput Dana.
Padamsama lah dgn Bong pon kurang suka makan lauk ikan kecuali ikan goreng garing & tuang sambal
BalasPadamSelera masing-masing kan Ana.
Padamsinggang makanan sihat. pair pulak dengan tempoyak, sedap ni
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMasak rebus-rebus begini memang sedap. Hirup kuahnya....aduhai!
Singgang sedap meee mamak sedap jgk
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah. Semua sedap.
Padamcomel je bendi tu.
BalasPadamYa, kecil- kecil jew.
PadamIkan singgang, alahai macam lupa nak masak menu ni. Sedapnya ikan singgang Kak Amie
BalasPadamOh, terlupa ye Mulan.
PadamBoleh ba... masak bila-bila masa.
aduhhh... nengok bendi dalam singgang tu rasa cam nak ratah je.
BalasPadamMari Faizah, ratah sama-sama.
PadamLihat menu ikan singgang, saya langsung teringat sup ikan tuna yg saya makan di Maldives. Bedanya tak pakai okra atau bendi.
BalasPadamAda masak singgang...ada tempoyak...mak aiii...confirm makan bertambah ni
BalasPadam