Sarapan Mi Goreng Mamak & Nasi Goreng Ikan Tuna Tumbuk
11:16 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kami cuti sempena hari jadi TYT Sabah.
Walaupun cuti, tetapi masih meneruskan tuagas menanda kertas Ujian Setara yang dijalankan sebelum cuti raya. Seperti biasa, penat menanda, turun ke dapur mencari minuman atau kudapan. Masuk semula ke bilik, sambung menanda. Rasa hendak terkeluar biji mata melihat tulisan, halus dan semakin sukar untuk dibaca. Letak dahululah pen merah, buka Mr Lappy. Bolehlah menulis entri untuk pagi ini.
Bangun pagi tadi, hati berasa kosong melihat bilik anak-anak yang sunyi sepi tanpa penghuni. Semuanya sudah terbang pulang ke sarang.
Belek-belek galeri terpandang gambar-gambar yang belum dijadikan entri. Antaranya termasuklah gambar sarapan pada minggu lepas, pagi Khamis. Selepas hantar Fuad di Lahad Datu Airport, kami pulang ke rumah dan Amie sediakan sarapan untuk yang masih ada di rumah. Antaranya:
- Mi Goreng Mamak
- Nasi Goreng Ikan Tuna Tumbuk
- Sate Ayam dan Sate Kambing
- Minuman Panas Longan & Lo Han Guo
| Menu Sarapan |
Ada baki mi kuning tersimpan dalam peti sejuk yang tidak habis dimasak sewaktu bulan puasa. Amie rendam dengan air panas supaya menjadi lembut. Resipi Mi Goreng Mamak boleh lihat di sini:
| Mi Goreng Mamak |
| Nasi Goreng Ikan Tuna Tumbuk |
Sebelah malamnya, Encik Suami keluarkan baki nasi tomato dari freezer. Ada lebihan sambal ikan tuna, lauk nasi kuning. Amie tumbuk ikan tunanya, dan tambahkan sambal sebagai perencah nasi goreng. Banyak resipi nasi goreng Amie kongsikan, tapi hanya jumpa satu resipi Nasi Goreng Ikan Tuna Tumbuk di sini:
| Nasi Goreng Ikan Tuna Tumbuk |
| Sate Ayam & Sate Kambing |
Ada dua bungkus sate frozen. Satu sate ayam 20 cucuk dan sate kambing 10 cucuk. Amie panggang di dalam kuali ajaib. Seperti sebelumnya, kami makan sate tanpa kuah kacang. Rasa sate sudah cukup sedap!
| Sate Kambing |
| Minuman Panas Longan & Lo Han Guo |
0 comments