Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna

10:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila dengar anak-anak akan pulang beraya. terujalah kami sediakan bahan-bahan masakan kegemaran mereka. Terlupa pulalah kami cuti anak-anak tidak lama dan sempena hari raya banyak pulalah undangan rumah terbuka keluarga dan sanak saudara. Jadinya, tidak sempatlah hendak masak dan menjamu selera anak-anak dengan air tangan sendiri.

Fuad beberapa mengingatkan agar dapat menyantap Nasi Kuning Sambal Ikan tina. Itu permintaannya sejak bulan puasa. Amie sangka setelah siang dan malam makan di rumah terbuka raya, mungkin Fuad sudah terlupa Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna. Rupanya tidak! Malah berpesan lagi, sebelum balik ke Johor mesti makan nasi kuning!

Pada hari raya keempat, sempena rumah terbuka di rumah kami semuanya bekerjasama membantu mana yang patut. Anak-anak dan Encik Suami tidur setelah larut malam. Akibat keletihan, keesokan pagi Rabu, semua sambung tidur. Ketika itulah kita masak nasi kuning. Kami memang sudah beli seekor ikan tuna siap  isi badannya dipotong lapan bahagian. Ada telur rebus tetapi tidak ada mentimun. Tidak apalah, sebab mentimun bukan bahan wajib sebagai pelengkap nasi kuning. Lagi pun tidak sampai hati hendak bangunkan salah seorang daripada mereka untuk ke kedai. Nasi kuning dengan sambal ikan tuna serta telur rebus pun sudah memadai.

Resipi Nasi Kuning Sambal Ikan banyak kali Amie kongsikan, antaranya di sini:


Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna


Cucur Udang dengan Jagung

Ketika masih dalam bulan puasa, Encik Suami gigih mengupas kulit udang. Amie pun.... setiap kali ternampak udang, beli sekilogram. Esoknya jumpa lagi, beli lagi. Akhirnya terkumpul tiga kilogram udang dalam peti sejuk. Kononnya hendak dijadikan cucur udang campur jagung, kudapan kegemaran anak-anak. Tapi pagi itu Amie hanya gunakan isi udang yang dibuang kulit dari seberat satu kilogram, berat asal.

Firdaus sudah berpesan, jangan bubuh sebarang serbuk penaik seperti baking powder atau soda bikarbonat dalam adunan cucur. Anak-anak lebih suka adunan yang dicampur dengan telur sahaja. Jadi seperti biasa, cukuplah adunan cucur berisi dua tin isi jagung, isi udang, bawang besar cincang, telur, garam dan serbuk Cukup Rasa.

Sate Ayam & Sate Kambing

Nampaknya Amie masih banyak masa di dapur dan sempat pula keluarkan dua bungkus sate. Satu bungkus sate ayam dan satu bungkus sate kambing. Apabila anak-anak ke dapur, Fuad bantu bakar sate atas kuali ajaib. Cadangnya hendak sediakan kuah kacang sendiri, tetapi tidak sempat pula. Rasa sate pun sudah cukup sedap tanpa kuah kacang!

Nasi Kuing

Sambal Ikan Tuna

Sambal Ikan tuna kali ini agak kering sebab banyak mengelamun di dapur ketika memasak. Oleh kerana semua sudah bersedia di meja makan, jadi kaut sajalah sambal yang agak kering ini. 

Telur Rebus

Cucur Jagung dengan Udang

Inilah satu-satunya kudapan yang tak pernah menjemukan selera anak-anak. Walaupun kita hanya dapat dua tiga ketul tapi sudah cukuplah. Hamzah pun ikut makan juga.


Sate Ayam

Sate Kambing

Hidangan ini merangkap sarapan dan makan tengah hari. Selepas zohor, kami berkunjung ziarah beraya di rumah abang ipar pula dan kemudian ke rumah bekas jiran kami. Sebelah malamnya kami beraya di rumah anak buah. 

Sebenarnya tukang jahit terlupa hendak jahit baju raya Amie. Amie hantar enam pasang, tapi sehari sebelum raya apabila kami hendak ambil, katanya belum dijahit. Sangkanya Amie sudah ada baju raya sebab sebelum itu Amie memang tempahy enam pasang juga tetapi itu untuk jalan-jalan ke Dubai - Jordan - Palestin.

Jadi pakai sajalah mana baju yang ada.... ahaks!

Semalam beraya di rumah kakak ipar.

Hari ini masih beraya.

Petang tadi sempat memenuhi undangan majlis perkahwinan adik bongsu kawan Encik Suami. Kemudian kami terus ke Silabukan, ada undangan rumah terbuka adik ipar pula. Seterusnya kami ke Seri Perdana, anak buah jemput untuk berBBQ.

2 comments

  1. Selamat hari raya buat kak Amie sekeluarga... Rajin incikSuami masih lengkap berbaju melayu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe