Iftar 28 Ramadan 1447H - Secret Recipe
10:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Malam ini kami menginap di Marco Polo Hotel, Tawau. Esok pagi kami akan ke Airport Tawau, menanti kepulangan si bujang Fuad dari Kuala Lumpur.
Untuk berbuka puasa, kami buat tempahan iftar di Secret Recipe. Di Tawau, banyak tempat makan menawarkan Buffet Ramadan. Memikirkan keadaan kesesakan jalan raya di sana sini, risau pula kalau kami tersekat di tengah jalan samada sewaktu hendak menuju ke tempat berbuka atau dalam perjalanan pulang. Hal ini kerana Encik Suami hendak mencari masjid untuk solat tarawih. Katanya biarlah bermalam di Marco Polo Hotel sahaja, dekat dengan masjid dan dekat dengan Secret Recipe.
Pukul 6:22, masuk waktu berbuka puasa di Tawau. Semua menu yang kami tempat sampai ke meja beberapa minit sebelum azan maghrib. Ramai juga pelanggan yang datang, penuh tempat duduk.
| Sebaik sahaja sampai ke Tawau, kami terus membuat tempahan iftar di Secret Recipe, dan kemudian daftar masuk Marco Polo Hotel. |
| Hidangan kurma termasuk dalam Pakej Iftar SR. |
Memandangkan cahaya lampu yang agak malap, jadi gambar pun kurang jelas dan nampak bayang di sana-sini. Amie gunakan sebahagian gambar dari katalog untuk dijadikan entri.
| Encik Suami : Jasmine Green Tea |
| Saesar Salad |
Seperti kebiasaan berbuka puasa di rumah, Encik Suami mencari salad. Jadi, selain Spicy Tomato Grilled Salmon, Encik Suami turut memesan Caesar Salad.
| Amie : Seafood Spring Roll |
| Amie : Carrot Slice Cake |
| Jumbo Platter |
Firdaus hendak makan Jumbo Platter : Chicken Parmigiana + Chicken Katsu + Potato Wedges + Grilled Tiger Prawn + Butter Rice + Garden Salad + Chicken Shrimp Wanton. Amie kata Jumbo Platter boleh kongsi makan 2-3 orang. Bolehlah makan dengan Mommy. Sewaktu hidangan sampai, Firdaus kata mana cukup makan berdua dengan Mommy.... ahaks!
Memang berselera sungguh Firdaus makan Jumbo Platter tetapi akhirnya dia membiarkan udang begitu sahaja. Perutnya sudah kenyang makan yang lain. Sedap nasi butter dan garden salad.
Selepas solat tarawih Encik Suami ajak kami jalan-jalan di sekitar hotel. Sempatlah shopping di mall dan beli sayap ayam panggang serta murtabak di gerai berhampiran hotel.
0 comments