Entri Masakan Pertama 2015 : Resepi Singgang Tumis Ikan Tapah Yang Sungguh Menyelerakan!
6:37 PTG
MIL & FIL suka sangat masak begini terutamanya kalau ada orang kampung bagi ikan tapah, ikan lawang, patin dan juga ikan baung!
Masakannya sangatlah ringkas tapi amat menyelerakan terutama ketika tumis bahan perencahnya, aromanya cukup membangkitkan keinginan untuk menikmatinya, dan kuahnya..... sedap hirup panas-panas.
Bahan-bahan:
1 kg ikan tapah - potong ikut suka
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 batang serai - dititik
3 cm halia - hiris nipis
2 biji tomato - belah 2 - pilihan
2 batang leek potong 3 cm panjang - pilihan
2 keping asam gelugur
1 liter air
garam / perasa pilihan secukupnya
4 sudu makan minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, serai serta halia hingga layu dan naik bau.
2. Masukkan air, serta asam keping dan biarkan hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan serta tomato. Masak jangan terlalu lama sebab isi ikan tapah sangat lembut. Biarkan mendidih antara 5 - 6 minit sahaja.
4. Akhir sekali masukkan leek, perasakan dengan garam atau / dan juga perasa pilihan anda jika mahu.
Mmmm...kita mulakan hidangan di awal 2015 dengan resepi sihat dan berkhasiat!
Kambing seekor sama dilapah,
Sarungkan parang ikat dipinggang,
Resepi mudah masak ikan tapah,
Enak rasanya ditumis singgang!
Kambing seekor sama dilapah,
Sarungkan parang ikat dipinggang,
Resepi mudah masak ikan tapah,
Enak rasanya ditumis singgang!
0 comments