Rumah Terbuka Raya - 4 Syawal 1447H

9:16 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam ini baru sempat siapkan entri Rumah Terbuka Raya - 4 Syawal 1447H.
Sebenarnya kurang persediaan untuk mengadakannya memandangkan rancangan asal hendak balik ke kampung, beraya bersama keluarga Amie di Selangor dan anak-anak akan berkumpul di sana. Namun, perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan hamba-Nya. Encik Suami jatuh sakit pada awal tahun dan perlu menghadiri janji temu dengan doktor di hospital dari semasa ke semasa. Memikirkan kemungkinan Encik Suami akan berasa penat dalam perjalanan, jadi kami putuskan untuk beraya di LD sahaja.

Fuad terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau pada Khamis, 19 Mac 2026 iaitu dua hari sebelum raya. Abang Farid pula sampai di Tawau pada 24 Mac 2026, hari raya keempat iaitu hari Selasa. Kami adakan rumah terbuka raya untuk jiran tetangga dan sanak saudara pada hari kepulangan Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah. Bukan tidak boleh tunggu sehari dua lagi. Hal ini disebabkan pada hari Khamis Fuad akan terbang pulang ke Kuala Lumpur!

Salam Aidil Fitri 1447H

Video kenangan Aidil Fitri 2026



Pada hari Selasa itu, Fuad dan Fairuz ke Tawau Airport menyambut kepulangan Abang Farid. Jadi hanya kami bertiga sahaja di rumah iaitu Amie sendiri, Encik Suami dan Firdaus. Kalau harapkan Amie seorang perempuan di dapur, memang tak menang tanganlah dibuatnya. Jadi, walaupun semuanya lelaki, tetapi mereka perlu membantu untuk menyempurnakan persediaan sambutan rumah terbuka raya. 

Tugas membersihkan rumah dilakukan oleh semua yang bernama lelaki di rumah kami. Dari menukar langsir, membersihkan segala ruang, mengemop lantai, mencuci tandas dan mengemas segala yang patut  dari luar rumah sehinggalah ke ruang tamu dan ke dapur.

Selesai bersihkan rumah, anak-anak mula menyusun kuih-muih di dalam balang. Selain itu megeluarkan pinggan mangkuk, membersihkan sudu garfu, menyediakan bekas air minuman dan segala macam keperluan untuk menghidang makanan.


Balang kuih akan diletakkan di dua tempat iaitu di luar rumah dan di dalam rumah.



Inilah antara kuih-muih juadah hari raya.


Teringat pesanan Bonda, hidangkan lebih banyak kerepek sebab tetamu suka makan. Kali ini memang tak banyak kerepak yang Amie beli, tapi adalah juga seperti karamel belinjo, maruku kacang hijau, rempeyek dan kerepek pisang.


Antara kek lapis yang dipotong oleh Abang Farid.

Terlupa ada kek lapis dalam peti sejuk! Ada 10 jenis semuanya. Abang Farid tolong potong. Ikut suka hatilah nak potong macamana sebab kita pun tak sempat hendak tengok. Abang Farid isi dalam empat bekas. Pandai-pandailah nanti hendak letak di mana. Oleh kerana tetamu suka duduk berkumpul bersama keluarga, jadi mudahlah mereka angkat sendiri bekas kek lapis atau kuih-muih yang lain ke tempat duduk mengikut keselesaan masing-masing.


Alamak!
Tepat pukul 7:30 malam seperti yang dijadualkan, tetamu mula datang. Amie belum sempat pakai tudung. Kelam-kabut lari turun ke dapur. Bonda selalu pesan, jangan sampai tetamu menunggu untuk menjamah hidangan! Mujurlah semua makanan sudah siap dimasak kecuali ayam goreng. Fuad mula menggoreng ayam pada pukul 6:30 petang selepas solat maghrib. Katanya, dia mahu hidangkan ayam goreng yang masih panas, rangup di luar dan berjus di dalam.

Fuad goreng 10 kilogram sayap ayam yang diperap dengan tepung serbaguna. Oleh kerana tetamu datang berperingkat-peringkat dan tidak serentak, jadi sempatlah Fuad goreng dan hidangkan panas. Rupanya Fuad goreng hampir empat jam lamanya, sehinggalah tetamu terakhir datang pada pukul 9:30 malam.
Tapi tak sempatlah pula ambil gambar sayap ayam goreng!

Tugas menggoreng ayam memang sudah menjadi kerja Fuad kalau kami buat rumah terbuka. Fuad tidak jemput kawan-kawannya datang beraya kerana katanya dia akan sibuk membantu di dapur dan tak sempat melayan kawan-kawan yang datang. Begitu juga dengan Fairuz, katanya untuk apa panggil kawan-kawan datang sedangkan dia akan berada di dapur sepanjang waktu tetamu datang!

Betul!
Fairuz tukang isi lauk-pauk yang kurang. Fairuz tukang bancuh air dan pastikan minuman mencukupi. Fairuz juga yang akan menambah kuah laksa ke dalam periuk! Dan Fairuz juga kena memastikan pinggan mangkuk, gelas, sudu garfu mencukupi, mencuci dan mengelap dan letakkan semula di atas meja!

Jadinya, tidak mempunyai anak perempuan bukanlah satu kekurangan dalam keluarga kami! Kesemua anak lelaki kami adalah satu kelebihan, keistimewaan anugerah Allah. Alhamdulillah.


Apabila berada di dapur, tidaklah dapat melihat suasana di luar dan ruang tamu. Ada sekali Amie minta Abang Farid tangkaplah gambar mana yang dapat untuk kenangan. 

Gambar dari pintu dapur.

Amie hanya sempat tangkap satu gambar sahaja dari pintu dapur! 


Inilah antara gambar yang dapat dirakam oleh Abang Farid. Abang Farid pun sibuk di dapur membantu panggang roti paratha.


Semua tetamu yang datang layan diri masing-masing.



Ada dua pintu masuk. Satu pintu bahagian hadapan terus ke ruang tamu pertama dan pintu di belakang untuk masuk ke ruang tamu kedua.




Malam itu Amie tak sempat ambil gambar makanan yang dihidangkan. Antara juadah yang disajikan termasuklah:

Asam Laksa


Segala aksesori Laksa Asam disediakan oleh Abang Farid dan Firdaus. Nampaklah tebalnya hirisan bawang besar oleh Abang Farid.... ahaks! Nanas, limau kasturi, daun pudina dan telur rebus disediakan oleh Firdaus.

Roti Paratha

Sambil menggoreng sayap ayam, Fuad panaskan roti paratha. Abang Farid dan Firdaus tukang panggang dalam air fryer. Tak sangka pula, setiap kali bawa keluar satu bekas roti paratha, terus habis licin. Rupanya tetamu suka makan roti paratha dengan Dalca Kambing!

Rojak Buah

Rojak buah ini berupa campuran buah jambu batu, nanas, mangga, belimbing dan anggur. Alhamdulillah. Banyak peminatnya! Encik Suami sudah potong buah-buahan dan simpan dalam peti sejuk. Setiap kali rojak buah habis, hanya keluarkan hirisan buah dan tuang kuah rojak sahaja.


Sebenarnya kami terlupa hari ulang tahun Firdaus yang ke-13 pada 22 Mac 2026! dalam sibuk beraya ke sana dan ke mari, keesokan harinya 23 Mac baru Amie teringat! Alang-alang buat rumah terbuka, eloklah sambut sekali hari ulang tahunnya.


Anak-anak buah yang nakal sembur entah apa atas kepala Firdaus. Sebelum itu ada gimik meletup-letup. Kita yang di dapur pun ikut terkejut. Kita keluar sebentar untuk suap kek ke mulut bujang bongsu ibersamja Encik Suami.

Happy Birthday Firdaus

Tart Labu

Inilah Tart Labu yang kami tempah daripada anak buah. Kami tempah 50 biji tapi diberi lebih 7 biji menjadikannya 57 biji! Memang besar saiznya dan sedap berlemak Tart Labu ini. Amie sendiri makan dua biji. Puas hati. Terus kenyang perut sampai ke malam. Encik Suami cadangkan masukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil oleh tetamu.

Ketika para tetamu pulang, kami bekalkan setiap keluarga dengan sebiji Tart Labu yang sudah siap dibungkus.

Tart Labu di dalam bekas.

Antara kuih raya pada malam itu.

Malam itu, hampir menjelang pukul dua pagi, barulah Fuad, Fairuz dan Firdaus berehat setelah mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk. Mereka tidak benarkan Encik Suami ikut bersengkang mata bersama mereka. Terima kasih anak-anak Mommy. 




Yang sempurna itu hanyalah DIA.
Semoga berjumpa lagi di Aidil Fitri akan datang. In syaa Allah.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe