Jericho : Kota Tua Yang Seakan Terhenti Oleh Waktu

11:03 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan : 18 Disember 2025 
Tempat pertama kami jejakkan kaki di tanah Palestin ialah Jericho. Jericho  sering dikaitkan dengan Lembah Jordan (Jordan Valley). Sebab itu kadang-kadang orang menyebut kawasan itu sebagai Lembah Jordan tetapi bukan bermaksud berada di negara Jordan.
 Lembah Jordan merupakan kawasan lembah besar di sepanjang Sungai Jordan. Sungai ini mengalir di antara dua wilayah iaitu di sebelah baratnya Tebing Barat (Palestin) dan di sebelah timurnya negara Jordan. Jadi, nama itu nama geografi, bukan bermaksud Jericho milik negara Jordan.

Pemandangan di sekitar kota Jericho.

Jericho terkenal dengan seni bina batu berwarna kuning krim yang diambil daripada batu tempatan. Tiang seperti gambar di atas sering dijadikan monumen kecil di bulatan jalan sebagai tanda hiasan bandar. Di Jericho terdapat banyak round about dengan monumen ringkas di tengah, kadang-kadang berupa tiang atau struktur batu. Landskap bandar di Jericho kebanyakannya dilengkapi dengan susunan batu kasar terutama di sekeliling bulatan.

Walaupun kawasan sekitarnya gurun, Jericho ialah oasis dengan banyak pokok kurma dan tumbuhan hijau. Dalam perjalanan dari Jordan ketika melepasi pemeriksaan imigresen, kami dapat melihat pemandangan ladang pisang yang subur menghijau.

Ketika bas melalui kawasan ini, cuaca mendung dan jalan kelihatan basah. Ketika ini musim sejuk, jadi  awan lebih tebal selepas hujan.


Tour guide kami, Hassan menerangkan orang yang berpakaian putih dalam gambar di atas baru keluar dari gereja. Dalam komuniti Kristian di Palestin, ada yang memakai jubah putih panjang atau pakaian cerah ketika menghadiri ibadah, terutama warga tua atau kumpulan gereja tertentu. Terdapat beberapa gereja seperti Good Shepherd Church yang dikunjungi penduduk Kristian tempatan.



Melihat suasana Jericho dari jendela bas, hati berasa sedikit sayu. Jalan yang masih basah selepas hujan, langit yang kelabu, serta orang ramai yang berjalan perlahan dalam pakaian putih memberi gambaran kehidupan yang sederhana. Timbul rasa insaf bahawa walaupun bumi ini sering dikaitkan dengan konflik dan ketegangan, kehidupan harian tetap berjalan seperti biasa. Orang ramai masih berdoa, bekerja, berjalan di jalan yang sama, dan menjalani kehidupan dengan penuh harapan.

Masjid Jericho

Dari kejauhan, mata tertumpu masjid kubah biru dan menara yang tinggi. Ini adalah Masjid Jericho @ Masjid Agung Jericho @ Great Mosque of Jericho yang terletak di pusat kota, dekat dengan area pasar dan pusat titik transit. Bangunannya yang memadukan warna putih dan biru langit membuatnya sangat menonjol walaupun di tengah cuaca mendung.


Jericho memang terkenal sebagai antara kawasan pengeluar kurma terbaik di Palestin. Ketika kami sampai, kami disambut oleh seorang pemuda Palestin yang menghulurkan kotak berisi buah kurma. Kiranya kami disambut sebagai tetamu seolahnya seperti mengatakan : Selamat Datang. Silakan rasa hasil bumi kami.

Kurma Jericho biasanya bersaiz besar dan sangat manis. Isinya lembut dan berair. Menurut Hassan, Lembah Jordan menghasilkan kurma Medjoul (Medjool) iaitu kurma premium, besar dan sangat lembut. Kurma lain termasuklah Deglet Noor dan Barhi.


Rezeki pertama di Tanah Jericho - makan kurma Medjool.

Memang besar betul saiz kurma Medjool Palestin ini.


Pertama kali menjejakkan kaki di Jericho, terasa seperti berjalan di sebuah kota yang sangat tua. Walaupun kelihatan sederhana dan sunyi, bandar ini menyimpan sejarah ribuan tahun. Pokok-pokok kurma yang melambai di tengah lembah seolah-olah menjadi saksi perjalanan panjang manusia di bumi Jericho.


Perbezaan antara orang Palestin di Gaza dan orang Palestin di kawasan lain sebenarnya lebih kepada tempat tinggal, keadaan politik, dan kehidupan harian, bukan bangsa atau agama. Mereka tetap bangsa Palestin yang sama, tetapi hidup dalam situasi yang berbeza.

Orang Palestin di Gaza:
Mereka tinggal di kawasan kecil di pesisir Laut Mediterranean yang dipanggil Gaza StripKawasan ini diperintah oleh Hamas sejak 2007. Gaza berada di bawah sekatan ketat oleh Israel dan Egypt, menyebabkan pergerakan keluar masuk sangat terhad, ekonomi sukar berkemband dan infrastruktur sering rosak akibat konflik

Kehidupan di Gaza lebih sukar dan terhad berbanding kawasan Palestin lain.

Orang Palestin di Tebing Barat (West Bank): 
Merekat tinggal di bandar seperti Jericho, Ramallah, Hebron dan Nablus. Kawasan ini ditadbir sebahagiannya oleh Palestinian Authority. Ada universiti, kedai dan pejabat kerajaan. Pelancong masih boleh melawat beberapa tempat. Namun masih ada sekatan jalan dan kawalan keselamatan.

Kehidupan di sini lebih terbuka sedikit berbanding Gaza, walaupun masih menghadapi pelbagai sekatan.

Orang Palestin di Israel:
Ada orang Palestin yang menjadi warganegara IsraelMereka tinggal di bandar seperti Nazareth atau Haifa. Mereka boleh bekerja dan belajar dalam sistem Israel serta ada hak sebagai rakyat, tetapi masih menghadapi cabaran sosial dan politik.

Walaupun mereka tinggal di tempat yang berbeza, orang Palestin tetap berkongsi bahasa, budaya, dan sejarah yang sama. Perbezaannya lebih kepada keadaan politik dan kehidupan harian yang mereka lalui.

Sewaktu bas kami berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak, Hassan beritahu kami harga yang perlu dibayar ialah sebanyak dua kali ganda dari harga biasa.. Jika orang Isra beli minyak di sini, mereka bayar harga biasa. Hairan! Tak sangka hal sebegini berlaku di sana. Bukan harga minyak sahaja tetapi meliputi bayaran bil utiliti dan lain-lain juga.



Walaupun Jericho hanya sebuah bandar kecil di Palestin tetapi Jericho mempunyai sejarah yang sangat luar biasa. Ramai ahli sejarah menganggapnya sebagai antara bandar tertua di dunia yang masih dihuni manusia.

Jericho dipercayai telah didiami manusia sejak kira-kira 10,000 tahun dahuluTapak arkeologi terkenal di sana ialah Tell es-Sultan, tempat para ahli arkeologi menemui sisa rumah purba, tembok kota lama dan menara batu yang sangat tua. Ini menunjukkan manusia sudah membina penempatan tetap di Jericho sejak zaman prasejarah.

Jericho terletak kira-kira 250 meter di bawah paras laut dan bandar paling rendah di duniaSebab itu cuacanya sangat panas dan kering dan sesuai untuk tanaman kurma, pisang dan sitrus. Walaupun kawasan sekelilingnya kering, Jericho menjadi oasis kerana terdapat sumber air semula jadi seperti Ein as-Sultan SpringAir dari mata air ini  membantu penduduk bercucuk tanam sejak ribuan tahun.

Hassan bersungguh-sungguh menerangkan tentang Mount of Temptation dan kawasan sekitar.

Mount of Temptation (Jabal al-Qarantalialah bukit batu kapur yang menjulang di barat bandar Jericho. Inilah antara lokasi paling terkenal di Jericho. Apa yang ada di sana? 

Ada biara (Monastery of the Temptation) iaitu sebuah biara Greek Orthodox yang dibina pada lereng tebing. Dipercayai lokasi Nabi Isa AS berpuasa 40 hari dan diuji, menurut tradisi Kristian. Di dalamnya ada gereja kecil, ikon keagamaan dan ruang doa yang sunyi.

Ada kereta kabel (Jericho Cable Car). Pengunjung boleh naik cable car dari kaki bukit. Perjalanan singkat tetapi pemandangannya dikatakan sangat indah. Alternatifnya, boleh mendaki agak mencabar terutama ketika cuaca panas.



Dari bandar Jericho, boleh dilihat ladang kurma dan Lembah Jordan terbentang luas. Bagaimanapun kawasan sekitar ini sunyi, sesuai untuk renungan spiritual. begitulah menurut Hassan.


Dalam gambar di atas, di papan tanda tertulis:  The Oldest City in the World – 10 Thousand Years Old - Temptation Mountain - Hisham Palace.

Papan tanda ni merujuk kepada bandar Jericho, yang sering digelar antara bandar tertua di dunia, berusia sekitar 10,000 tahun mengikut kajian arkeologi. Anak panah menunjukkan arah ke Mount of Temptation (Jabal al-Qarantal).

Menurut Hassan, Hisham's Palace (Qasr Hisham),  merupakan sebuah kompleks istana zaman Umawiyyah yang terkenal dengan mozek purba.

Di belakang papan tanda kelihatan bukit batu kapur berwarna coklat keemasan. Itulah kawasan perbukitan padang pasir di sekitar Jericho yang kering, berlapis dan sangat tipikal landskap Lembah Jordan. Jika dilihat teliti, kawasan inilah tempat terletaknya Mount of Temptation, yang mempunyai biara di lereng tebingnya.

Di bawah bukit pula kelihatan ladang hijau tersusun rapi dengan pokok-pokok kurma dan rumah-rumah kecil berwarna putih. Inilah keunikan Jericho, walaupun dikelilingi padang pasir, tetapi ia sebuah bandar oasis. Tanahnya subur kerana sumber air bawah tanah dan sistem pengairan lama.

Langit biru terang dan bayang yang jelas ketika ini menunjukkan cuaca panas dan kering. Jericho memang antara kawasan paling rendah dan paling panas di dunia. Secara keseluruhan, latar belakang gambar ini sangat simbolik dengan adanya:

  • Bukit batu sebagai simbol sejarah dan ujian
  • Ladang hijau  sebagai simbol kehidupan dan harapan
  • Papan tanda sebagai simbol identiti sebagai bandar tertua


Inilah sebahagian gambaran Jericho, sebuah kota tua yang seakan terhenti oleh waktu.





2 comments

  1. bandar sejarah tertua dunia walau nampak usang kontang masih ada kehijauan flora segar seri suasana

    BalasPadam
  2. masih ada kerja2 ekskavasi ke kak kat area temptation mountain tu?

    sy tahu ramai komuniti kristian kat sana. tp kenapa laa nasib saudara muslim kita tak sebaik mereka...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe