Iftar 17 Ramadan 1447H - Pecal, Ketupat & Rendang Daging
9:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ada mesyuarat PIBG di ladang. Rasanya hendak berehat sahaja di rumah setelah selesai mesyuarat. Namanya sahaja hendak berehat, tapi kena fikirkan juga juadah berbuka puasa. Teringat pula adik ipar dari kampung kirim ketupat pada Malam Ketupat 15 Ramadan lepas. Ketupat yang anak buah kirim sudah habis dimakan, tapi ketupat dari kampung belum diusik. Hanya perlu carikan lauknya. Malam Ketupat, hanya bertukar ketupat sahaja tanpa lauk! Begitulah tradisinya. Ketupat pulut sebenarnya sudah cukup rasa, dan sudah tentu tambah enak ditambah kacang hijau atau udang kering seperti yang pernah arwah MIL buat.
Tapi, biasanya kita makan ketupat dengan lauk... ahaks!
Dua hari lepas kami makan ketupat dengan sambal daging kuah kacang, kari ayam dan serondeng daging. Hari ini teringin pula hendak makan dengan rendang. Macamana ni? Rasa liat sangat hendak ke dapur tapi berangan hendak makan rendang. Nanti kita cari akal macamana hendak masak rendang ya!
Oh, ya! Kami berbuka puasa dengan pecal. Hanya rebus bahan sayur, goreng tauhu dan tempe serta bancuh sambal kacang readymade untuk dijadikan kuah. Sebelum ini Amie suka buat sendiri kuah kacang :
| Pecal |
Banyak juga bahan pecal yang Amie gunakan. Ada pucuk ubi, pucuk paku, kangkung, timun, tempe, tauhu, taugeh dan kacang panjang. Kalau di kampung laman, nangka muda memang wajib ada selain pucuk ubi, kacang panjang, timun dan taugeh ekor kontot (taugeh buat sendiri).
Apabila kuah kacang bertemu dengan timun dan lain-lain, aromanya mengembalikan nostalgia masa lalu sewaktu berada di kampung laman.
| Hidangan Berbuka Puasa |
| Ketupat & Rendang Daging |
| Rendang Daging |
Kali ini Amie masak Rendang Daging gunakan slow cooker! Seperti biasa, masukkan semua bahan sekali harung dan tekan butang slow. Kemudian Amie masuk bilik dan tidur. Tiga jam kemudian, Firdaus dan Encik Suami beritahu bau rendang penuh satu rumah! Amie masuk dapur, dan pindahkan Rendang Daging dari slow cooker ke dalam kuali untuk keringkan kuahnya. Masak dalam slow cooker, kuah tidak berkurang dan sukatannya tetap begitu. Jadi, untuk memekat atau mengeringkannya, panaskan sebentar di atas dapur gas. Ini pertama kali Amie masak rendang gunakan slow cooker. Lain kali boleh buat lagi cara begigi.
Banyak resipi Rendang Daging antaranya:
| Lo Han Guo @ Air Mata Kucing |
Ada lebihan minuman buang panas baki buka puasa kelmarin. Amie tambahkan air panas dan lo han guo. Sedap betul hirup panas-panas. Wangi dan menyegarkan.
Salam Nuzul al-Quran 1447H.
0 comments