Sup Jagung dengan Betik Mengkal Campur Daun Kemangi & Ikan Talang Masin Goreng Bawang dengan Cili Putih

2:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin rasa sangat letih. Selepas solat isya, letak kepala atas bantal dan terus lelap. Terngiang-ngiang suara Encik Suami : Malam ini tidur di bawah sajalah. Senang hendak bangun sahur. 
Walaupun mata tertutup tapi Amie sempat berkata : Kalau badan masih tak sihat, tak payahlah puasa dulu.

Encik Suami memang nampak agak lesu. Mungkin penat memandu ke Tawau. Itu sebabnya Amie cadangkan bermalam di sana, sebab tak perlu tergesa-gesa memandu semula ke LD pada hari yang sama. Apabila asyik muntah-muntah, semakin layulah muka Encik Suami. Dalam perjalanan puang dari Tawau Airport ke LD, kita sempat terlelap. Itu pun rasa tak cukup rehat!

Pagi tadi, sewaktu masuk dapur Amie tidak nampak sebarang kesan yang menunjukkan Encik Suami minum di awal pagi. Biasanya ada terletak bekas biskut dan cawan minuman panas. Rupa-rupanya Encik Suami teruskan niatnya hendak puasa enam.

Menjelang tengah hari, Amie masak nasi dan lauk untuk hidangan tengah hari. Makan sahajalah dengan Firdaus. Amie masak sayur bening, jagung dengan betik mengkal dan goreng ikan talang masin. Amie panaskan satu bekas rendang daging. Hendak buat sambal belacan, tapi memikirkan cuaca panas 32'C tidak jadilah selongkar cili padi di dalam peti sejuk. Baiklah banyak-banyak minum air buang panas, Lo Han Guo.

Hidangan Tengah Hari

Nasi Putih

Sup Jagung dengan Betik Mengkal Campur Daun Kemangi

Daging ayam masih beku dalam freezer, jadi tak perlulah bubuh ayam dalam sup. Memadailah potong dua tongkol jagung dan betik mengkal pemberian abang ipar sewaktu dalam beraya ke rumahnya minggu lepas. Untuk tambah rasa enak sup, boleh tambahkan lada putih atau lada hitam tumbuk. Sekali lagi apabila memikirkan cuaca yang panas membakar, Amie tidak bubuh lada putih dalam sup. Amie hanya masukkan beberapa hiris halia muda, bawang putih dan bawang merah sahaja. Setelah jagung dan betik mengkal masak dalam periuk, Amie masukkan daun kemangi dan isi udang segar.

Semangkuk besar jugalah Amie hirup Sup Jagung dengan Betik Mengkal Campur Daun Kemangi. Memang harum menggoda selera kuah sup!

Ikan Talang Masin Goreng dengan Cili Putih


Amie banyak kali kongsikan resipi ikan masin goreng dengan bawang dan cili. Tak kiralah samada ikan liking, ikan talang, ikan terubuk dan sebagainya. Kali ini Amie goreng ikan talang masin dengan bawang besar dan cili putih yang dipetik dari belakang rumah. Di bawah ini, antara resipi ikan masin dari entri-entri lepas:
Rendang Daging


Sebenarnya makan nasi dengan sayur bening dan ikan talang goreng pun sudah mencukupi. Firdaus pula goreng telur dadar sendiri. Amie panaskan satu bekas rendang daging yang disimpan dalam freezer buat tambah-tambah lauk. Melihat rendang daging ini teringat Aseeyah. Setiap kali ada rendang daging di atas meja, Aseeyah berkali-kali menambah dalam pinggan makannya. Nampak bersungguh-sungguh Aseeyah makan.

Apabila teringat Aseeyah, sudah tentu terkenang Hamzah!
Masih teringiang-ngiang suara Hamzah : Bye bye Tok Mi....aduhai cucunda!

3 comments

  1. Tentu sedap sangat rendang daging Kak Amie sehingga Aseeyah makan menambah-nambah. Tiba² sy terbayang wajah lembut Aseeyah dan puteranya Hamzah. Tentu Kak Amie betul² rindu cucu nak seorang itu.

    BalasPadam
  2. Mesti sedap manis sup akak tu, dahla ada jagung ada udang lak

    BalasPadam
  3. Kak Amie...ajar buatkan sup jagung campur betik mengkal tu plis....ikan amsin talang tu menggoda betul la..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe