Gua Niah : Jejak Manusia Purba 40,000 Tahun di Sarawak
10:15 PTGPagi Ahad bersamaan 01 Jun 2025 ketika Hari Gawai disambut masyarakat Dayak sempena berakhirnya musim menuai, kami mengatur langkah menjelajah Gua Niah yang merupakan pintu masuk ke Sejarah Asia Tenggara.
Gua Niah terletak di Miri, Sarawak di kawasan Taman Negara Niah. Perjalanan kami dari Bandaraya Miri sejauh 80 kilometer dan memakan masa lebih kurang satu setengah jam. Nano pernah datang ke Gua Niah untuk menyiapkan kajiannya sewaktu sedang menuntut di Universiti Malaya. Jusna dan Jaimah pula teruja untuk melihat sendiri sejarah Gua Niah kerana kedua-duanya guru Sejarah.
Bersiap sedia untuk menerjah masuk Taman Negara Niah pada pukul 10:00 pagi. |
Mari mulakan pengembaraan - Bismillah. Tidak sabar rasanya hendak melihat hutan hujan tropika di Taman Negara Niah. |
Naik bot dari tebing sungai di sini ke tebing sungai di sebelah sana. |
Lengan baju nampak basah kuyup! |
Kami tertanya-tanya juga kenapa begitu banyak peluh yang keluar?
Suhu tidaklah panas, sejuk-sejuk manja saja.
Alhamdulillah. Perjalanan hampir tiba di tangga gua. |
Baju di badan basah kuyup, melekat di badan! |
Akhirnya kawan-kawan pun sampailah ke tempat tujuan. |
Google - Pintu Gua Niah |
- Gua Niah bukan sekadar gua biasa, ia adalah pintu ke masa lalu tempat kita menjejak langkah manusia purba dan memahami betapa berharganya warisan bumi Sarawak.
- Setiap titi kayu, setiap tangga dan setiap gema di dalam gua mengingatkan kita bahawa alam ini saling berkait.
- Gua Niah bukan sekadar destinasi, tetapi merupakan pengalaman iaitu satu perjalanan kembali ke akar tamadun.
- Perjalanan kecil di gua purba ini mengingatkan kita bahawa masa lalu adalah guru terbaik untuk masa depan.
Selamat tinggal Gua Niah. |
Perjalanan kami pergi dan balik mengambil masa selama tiga jam. Pukul 10:00 pagi kami bergerak ke trek titi kayu, pukul 01:00 tengah hari kami sampai ke tebing sungai untuk menaiki bot menyeberang ke tebing sebelah.
Sebelum ini kalau melawat ke Muzium Negeri Sabah masuk Terowong Masa, tapi kali ini kami mengembara kembali ke 40,000 tahun lalu dengan melangkah masuk ke Gua Niah.
24 comments
Salam singgah, pola tidur berubah..hehehe terbangun jam 2 pagi klik blog ..
BalasPadamWow! ni penegembaraan yang sangat menakjubkan..Rupanya Gua Niah bukan calang2 tempatnya..tempat bersejarah..melihat anda ke G N bagaikan saya mengikutinya..banyak kesan sejarah dan Hukum Bahasa Alam...Unik sekali ciptaan Allah..Hebatnya Blogger Ami'e. Tahniah ya
Ya, gua batu kapur terbesar di dunia ni.
PadamWah bestnya.. kena dengan jiwa peminat sejarah seperti saya tempat2 begini.. masuk hutan, masuk gua, melihat kesan-kesan sejarah, tak tahulah betapa obsesnya saya tatkala melihat foto2nya, tu belum pi lagi... . doakan saya berpeluang ke gua niah ini satu hari nanti
BalasPadamMudah-mudahan dapat jejak ke sini suatu hari nanti. In syaa Allah.
PadamTinggi stamina kakak² ni ya. Kalau sy awal² dah surrender. Dulu masa sekolah la belajar pasal Gua Niah ni, nampaknya sy cuma berpeluang tengok dalam gambar sajalah.
BalasPadamTreknya rata , cuma setelah 3 km jalan kaki kena naik tangga, mendaki dalam gua. Tapi memang jena bantak guna tenaga kot sampai basah kuyup dengan peluh.
PadamSeronoknya Kak Amie! Dapat pula buat aktiviti begini bersama kawan2 bertambah semangat jadinya. Tak silap sy Gua Niah adalah antara gua batu kapur terbesar di dunia. Patutlah dalam tu Gua Niah ada gua lain ye
BalasPadamYa, gua batu kapur terbesar dunia. Dah usia senja begini baru berpeluang melihat sendiri Gua Niah.
PadamGua Niah ni antara gua terbesar dalam dunia kan kak... itu rumah apa yang dalam tu kak? ke cuma replika rumah je. Betapa besar pintu masuk nya tu ya. Tengok kene mendaki tangga dan jalan jauh memang semua berstamina tinggi, kalau dana dah pancit di tengah jalan.
BalasPadamBukan replika, tapi struktur asli yang didirikan sejak 1964. Ia bukti sejarah eksplorasi team arkeologis yang dipimpin oleh Tom Harrison selama tempoh penggalian.
PadamSubhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah, bukan sahaja dapat menyelusuri sejarah, tapi paling utama keagungan Allah...
BalasPadambanyak kalori terbakar nie, sampai basah kuyup Amie
Subhanallah.
PadamJehak sejarah yang menakjubkan.
Ya, banyak kalori terbakar.
Post Amie sokmo lengkap penceritaannya dan penuh fakta. Suka membacanya sebab menarik. Mantap kombinasi eksplorasi gua bersama kawan-kawan sambil membakar kalori💪
BalasPadamKiranya semacam lawatan sambil belajar budak-budak tua hihihiii.....
PadamTempat yg penuh sejarah purba seperti ini yg saya suka kak. Bisa tahan Berjam2 nak eksplor. Membayangkan bagaimana dulu manusia purba di sana saling hidup berkelompok. . Tak terbayang lah..di sini juga ada museum manusia purba, di Sangiran. Tapi bentuknya museum, bukan alam seperti ini
BalasPadamTak mampu hendak eksplor kesemuanya. Hanya menjejaki kawasan yang mudah didatangi. Mungkin lebih bermakna jika penjelajahan meliputi Painted Cave.
PadamAda gang sekepala best nak gi tempat mcm ni. Kalau dtg dgn family pun kadang2 mak beriya nak masuk tp bapaknya tak minat pulak huhu
BalasPadamBetul Ammi.
PadamSatu family bukan bermakna satu kepala....ahaks!
Best la Kak Amie..masa SA pergi Sarawak dulu, sempat melawat Gua Angin je..x sampai pun SA kat Miri ni...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamKeinginan kawan-kawan tercapai juga untuk sampai ke Gua Niah. Sarawak sangat luas. Saya pun tak sempat teroka semua daerah.
Mungkin kelembapan tinggi kawasan tu dan bercampur peluh.. itu yang basah kuyup.
BalasPadamMungkin juga.
PadamSubhanallah cantik nya. Moga kami dapat ke sini nanti.
BalasPadamWah, bestnya kak Amie dapat pengalaman masuk ke Gua Niah ni. Mencabar betul perjalanan nak sampai ke Gua tu. Tapi sepanjang perjalanan tu seronok betul dapat menikmati permandangan indah ditemani bermacam bunyian. Aduh, basah lencun ye dibuatnya. Barangkali tiba-tiba berjalan jauh macam ni kot kak Amie. Itu yang berpeluh sakan walaupun cuaca sejuk. Sesekali lah merasa berpeluh begini kan. Pengalaman tu yang mahal.
BalasPadamKalau datang Sarawak wajib datang sini.