Buang ke Laut Itu Monday Blues!
6:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Agaknya belum betul-betul sihat, jalan pun terhoyong-hayang. Tapi gagahkan juga pergi menoreh. Berperang dalam kepala, kenapalah hari ini Isnin? Wooo... monday blues kah?
Selera makan masih belum datang. Encik Suami belikan bekal sarapan mi goreng, tapi tak dijamah. Akibat perut kosong angin pun naik ke kepala. Telefon Encik Suami, batalkan sajalah urusan di pejabat peguam petang nanti. Encik Suami kata, sudah buat janji temu. Ahhh...sudah!
Sewaktu masuk dalam kereta, terbau aroma hancing seperti kencing kucing. Encik suami kata, Tam Tam kucing Firdaus tak masuk kereta. Kalau bukan kencing kucing, mungkin kencing tikus, kita berkeras. Tiba-tiba Firdaus kata, dia pun terbau kencing kucing. Baunya semakin kuat di tempat duduk belakang. Amie lihat Firdaus sudah buka kasutnya. Rupanya kasut Firdaus dikencing kucing liar yang suka datang ke rumah kami! Firdaus kata, pagi tadi sewaktu pakai kasut ada rasa basah dalam kasut! Tapi dia pakai saja kasut itu tanpa memikirkan sudah dikencing kucing.
Eh, mana boleh terus pakai kasut itu ke sekolah agama. Sudah berbau, kotorlah pula! Macamana nanti hendak masuk masjid, hendak wudhu' dan solat tentulah terbawa najis.
Encik Suami memandu arah ke bandar, mencari kedai kasut.
Oleh sebab kita tak berapa sedap badan, kita pun duduk sajalah dalam kereta. Encik Suami bersama Firdaus berjalan kaki mencari kedai kasut. Tidak lama kemudian, kedua-duanya masuk ke kereta. Firdaus sudah berkasut dan berstoking baharu.
Rupanya sewaktu keluar dari kereta, Firdaus tak pakai kasut! Dia buka stoking dan tinggalkan kasut sekolah dalam kereta. Dia kaki ayam jalan masuk ke kedai!
Lailahaillallah!
Encik Suami tunjukkan kedai kasut di hujung bangunan panjang. Allahu Akbar! Jaraknya lebih 100 meter dari tempat letak kereta! Macamanalah budak ini boleh berkaki ayam ikut Encik Suami berjalan kaki. Sampai kedai kasut, barulah Encik Suami perasan Firdaus berkaki ayam!
Setelah hantar Firdaus ke sekolah agama, ada lebih kurang satu jam ke pukul dua petang. Kami pun singgah di Perdana Square kononnya hendak basahkan tekak. Hendak memesan makanan takut terlajak waktu janji temu.
Teringat perut belum diisi dari pagi, baiklah pesan sedikit makanan. Untuk minuman, kami memilih Lemon Madu Sejuk saiz besar. Boleh minum untuk dua hingga tiga orang.
Di bawah Honey Chicken Chop ada kentang lenyek. |
Walaupun luarnya hitam, dalamnya berjuicy. |
Amie : Fish and Chips |
Sementara menunggu Fish and Chips sampai ke meja, kita pun teguklah Lemon Madi Sejuk bergelas-gelas. Dalam hati berkata, kalau lemon madu panas memang berpeluh-peluhlah kita.
Fish and Chips ini memang menyelerakan, terasa rangup ikan goreng salut tepung. Sayangnya tak habis makan. Encik Suami tolong habiskan tapi salad saja yang dia makan. |
Tepat pukul dua petang, kami menaiki anak tangga menuju ke pintu pejabat peguam Shim Pang & Co untuk uruskan geran rumah.
Selesai urusan, sempat singgah pasar raya beli buah-buahan dan barang dapur. Sampai rumah rasa lapang fikiran. Dah petang, hilanglah monday bluesnya!
3 comments
Salam singgah, budak baik..benar-benar berani kan anaknda tu..Nanti kasut simpan atas rak yang tinggi..kucing begitulah selalu buat kita susah..sabar ja kan apa nak buat
BalasPadamSemoga cepat sembuh, kena datang ke hospital dapatkan rawatan dan ubat jika berterusan..
BalasPadamSemoga terus sihat kak..kena cuti panjang ni kak...badan penat tu..spt urut satu badan pun sedap kak...
BalasPadam