Selamat Pagi Sofia : Sarapan di Bawah Suhu -2'C

10:33 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun tidur agak lewat tetapi apabila menjelang subuh, badan kembali bertenaga sampai solat subuh dua kali sebab tersilap melihat waktu! Entah mimpi apa pada malamnya... ahaks! Seperti biasa kami seret beg menuju ke lobi hotel dan kemudian ke dewan makan.

Sarapan di Park Hotel Moskva.




Dan sebagaimana di hotel lain sepanjang kembara di Balkan, di sini pun sama. Tidak boleh masuk ke dewan makan sebelum pukul tujuh. Mesti tepat waktu!


Tengok tu. Pintu pun dikunci! Sekarang sudah pukul tujuh pagi. Jadi pekerja hotel pun buka kunci pintu! Maka menyerbu masuklah tetamu hotel ke dewan makan.




Beginilah suasana hotel tiga bintang ini. Kerusi meja tersusun kemas dengan kombinasi warna yang menyuntik rasa ceria dan semangat di pagi hari.



Entah kenapa tembikar di letak di tengah-tengah dewan makan. Mungkin ada sejarahnya atau sesuatu yang istimewa.






Biasanya kami akan tunggu TGB atau TLM untuk mengesahkan halal atau tidak hidangan berasaskan daging dan ayam. Oleh kerana kedua-duanya belum kelihatan, jadi kami tidak menyentuh sosej dan yang sewaktu dengannya.









Pagi itu Amie ambil air panas. Rindu sangat hendak minum air suam-suam panas. Amie tidak ambil minuman seperti kopi dan yang sewaktu dengannya. Setelah minum dua gelas kecil air suam, Amie ambil segelas jus epal.



Manalah tak turun berat badan sewaktu berada di Balkan. Banyak berjalan kaki dan sarapan pun tak jumpa nasi lemak atau mi goreng ... ahaks!

Pelbagai jenis jus buah.








Pagi ini naik bas agak lewat sedikit. Jadi bolehlah lepak-lepak dan ambil gambar di sekitar lobi.






Sempat masuk tandas yang cantik. Tapi kena isi air dalam botol mineral bawa masuk dalam tandas.


Teringat betapa kecil dan sempitnya lift di Milan, Venice dan Bosnia and Herzegovina. Di sini saiz lift lebih besar dan luas.


Sofa pun banyak dan sangat selesa untuk duduk santai-santai di sini.



Sambil menikmati pemandangan di luar yang masih berkabus, kita pun bukalah buku catatan.

Hari kesepuluh:
City tour di Sofia.
Melawat Masjid Banya Bashi.
Bertolak ke Istanbul.
Bermalam di Istanbul.


Nampaknya malam nanti kami akan tiba di Istanbul.
Bagaimana keadaan Istanbul sejak pertama kali kali jejak ke sana pada 2017?


Berdiri berhampiran pemanas udara. Ketika inilah baru teringat untuk melihat bacaan suhu. -2'C.



Pagi ini hujan masih turun rintik-rintik.
Sejuk!


Selamat pagi Sofia!

9 comments

  1. Aduhai sejuknya suhu -2°C ni !
    Berdiri sebelah pemanas tu selesai sikitlah ye Kak :)

    BalasPadam
  2. -2 untuk saya yang banyak lemak inshaallah boleh tahan lagi. Tapi tu 10 tahun lepas. Sekarang 16 C pun dah abis sejuk...tambah kat luar hujan..mengigil...

    BalasPadam
  3. Sejuknya -2'C.. Kami pernah naik lif muat 2 org dan 1 bag je. Gelak sama2 tapi seronok dgn pengalaman tu.

    BalasPadam
  4. Ketar la sy jika suhunya dah negatif. Best jugak kalau bercuti sambil kuruskan badan ni, Kak Amie!

    BalasPadam
  5. cantiknya semua gambar2 makanan tu.. teruja... sedap..

    BalasPadam
  6. Saya suka kuliner Bulgaria. Dulu sempat diajak ke restoran ikan goreng yg sedaaap sangat rasanya. Ada juga tradisional restoran Bulgaria dengan menu mereka yg not bad. Tp paling menarik saat para penari tradisionalnya mengajak tamu utk dance bersama.

    BalasPadam
  7. sejuknya Sofia makan roti ja pun kenyang kan

    BalasPadam
  8. Sejuknya sampai -2 darjah celcius....tapi best juga sejuk la dari Malaysia.....pakai baju pun kena padan dengan sejuk macam tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe