Hirup Red Date Chicken Soup di Taste Two Coffee House

5:52 PTG

Sudah seminggu tidak masuk dapur maya. Petang ini mula intai-intai dan sapu sawang yang sudah mula singgah  di sudut dapur. Apa khabar rakan-rakan blogger? Semoga semuanya sihat sejahtera. Amin.

Kami baru saja kembali dari percutian singkat di kampung halaman, menziarahi Bonda dan bertemu Abang Farid dan seterusnya ke Pulau Pinang merisik khabar anakanda Fuad. Kelmarin, Sabtu 01 Jun 2024 pukul 06:05 minit pagi kami terbang meninggalkan KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau lebih awal 15 minit dari yang dijadualkan.

Kami merancang untuk singgah sebentar di Tawau, membeli barang dapur dan keperluan lain sebab sewaktu kami tinggalkan LD, Encik Suami bersihkan peti sejuk tetapi tidak tutup suiz sebab ada beberapa jenis makanan yang ditinggalkan. Alhamdulillah, tergerak hati untuk membeli serba sedikit barang kering dan basah, rupanya sampai rumah sudah tiga hari elektrik mati. Buka peti sejuk, belum sempat 'beraorama' tetapi terpaksa buanglah juga beberapa jenis makanan yang kelihatan mula rosak.

Sebelum meninggalkan Tawau, kami isi perut dahulu di Taste Two Coffee House.

Red Date Chicken Soup

Sedap pula hirup sup panas dengan rasa manis kurma merah dan buah goji beri. Disediakan juga sepinggan nasi, tapi Amie hanya menghabiskan sup sahaja.
Firdaus yang menulis pesanan menu. Jadi dia pun ambillah kesempatan untuk memilih makanan yang disukainya. Makanan untuk dirinya berupa makanan segera 'Happy Meal' tapi minumannya pula jenis minuman orang tua... ahaks!

Amie : Syrup Rose
Firdaus : Special Pandan Milk Tea

Encik Suami : Hot Latte


Nampak teruja sungguh Firdaus hendak minum Special Pandan Milk Tea. Dia gunakan straw untuk bancuh gula pandan.


Encik Suami beritahu, bukan gunakan straw tapi gunakan sudu.


Firdaus dapat ilmu baharu!

Happy Meal.

Inilah makanan yang dipesannya, ikut selera budak-budaknya! Sebenarnya tak mengenyangkan pun, sebab selepas itu lapan ketul popia dimakannya!


Encik Suami : Hong Kong Style Fried Rice

Popia

Fried Shrimp Gyoza


Red Date Chicken Soup


Red Date Chicken Soup ini bolehlah Amie masak di dapur sendiri. Hirupan dari sudu yang pertama terasa kemanisannya. Rupanya red date dihiris dan diasingkan dari biji. Jadi apabila direnih sudah tentulah keluar rasa manisnya dalam sup. Yang warna merah oren terlekat-lekat di red date itu ialah buah goji beri. Banyak khasiat buah goji beri seperti yang Amie kongsikan di bawah ini.

  1. Kaya dengan vitamin dan mineral. 
  2. Baik untuk kesihatan mata. 
  3. Boleh membantu menguatkan sistem imun.
  4. Boleh membantu menstabilkan paras gula darah. 
  5. Berpotensi menmcegah kanser.
  6. Boleh mengurangkan paras kolesterol.
  7. Baik untuk kesihatan kulit.
  8. Boleh mengurangkan kemurungan dan keresahan.
  9. Boleh meningkatkan kesuburan lelaki.
  10. Boleh melambatkan penuaan - awet muda.

Red Date Chicken Soup


Selain red date @ kurma merah dan goji beri, ada sebiji telur pindang dan tiga ketul ayam termasuk bahagian peha.





9 comments

  1. Bila nak tinggalkan rumah dalam tempoh lama, itulah yang saya risau - tak ada letrik.

    Nampak gembira Firdaus dapat ilmu baru ya 😀

    BalasPadam
  2. Sedap nya air firdaus...
    Sekejap je dah habis cuti sekolah nya

    BalasPadam
  3. Pandai dia pilih menu kesukaannya ye ...
    Penuh khasiat sup yang dihirup tu Kak Amie ye

    BalasPadam
  4. Seronok ya Daus tulis menu sendiri, bolehlah pilih macam² yg dia suka.

    BalasPadam
  5. Huntungnya daus setiap hari dapat makan sedap2

    BalasPadam
  6. Panjangnya gelas Daus tu.
    Habis ke minum?
    Happy meal tu acik nengok pun macam tak kenyang je huhu...

    BalasPadam
  7. Goji beri ini juga bagus utk naikkan trombosit saat kena dengue. Biasanya obat China di sini memberi resep ini utk diminum. Cepat trombosit naik

    BalasPadam
  8. Tak pernah rasa goji beri dengan sup red date. Tenguk pun telan air liur je. hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe