Selamat Bersarapan di Shkodër

5:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika jam menghampiri pukul tujuh pagi kami sudah berada di dewan makan untuk sarapan. Salah seorang pekerja hotel tersenyum sambil menunjukkan isyarat dua jarinya yang bermaksud ada dua minit lagi ke pukul tujuh barulah boleh sarapan. Mereka sedang sibuk mengisi bekas hidangan dengan makanan yang dibawa dari dapur hotel.

Suasana warna-warni di meja makan.

Abaikan tudung yang herot-petot di kepala tu. Memang tak pernah sterika tudung pun selama kembara kami. Hotel tidak sediakan sterika dan kami pun memang tak bawa sterika. Sudah sterika semua tudung dan baju elok-elok dan susun hati-hati dalam beg, tetap keromot juga walaupun katanya jenis kain tak keronyok!

Kaunter

Sementara itu mari kita tinjau-tinjau ruangan makan sambil tangkap gambar. Tema merah kuning kelihatan begitu terang dan membangkitkan semangat di pagi hari. Hurrmmm... merah kuning warna bendera negeri kelahiranku, Selangor.




Meja makan kami.

Amie dan Kamsiah memilih tempat duduk di tepi tingkap. Dua tempat duduk untuk Lucy dan Nancy manakala dua kerusi lagi kalau sesiapa mahu boleh duduk sarapan bersama.



Nampaknya warna jus minuman yang disediakan pun sama warna langsir merah dan tiang kuning. Ada dua jenis jus buah iaitu jus buah oren dan jus buah delima.


Minuman panas turut disediakan termasuk kopi dan teh. 


Seperti pemandangan waktu makan malam, tempat letak hidangan nampak sedap mata memandang. Hahaha... bukan makanan sahaja nampak sedap, tempat makan pun sedap pada pandangan mata.


Sajian sarapan pagi sudah sedia untuk dinikmati. Jom kita lihat apa hidangan untuk alas perut di pagi yang dingin ini.








Kulac (Albanian Bread)

Limau

Sosej

Kentang Goreng


Telur Dadar

Telur Rebus

Keju

Timun & Tomato



Pelbagai jenis jem.




Wah! Pinggan sarapan dipenuhi warna-warna terang dengan minuman merah kuning!


Sudah ambil telur dadar, ambil juga sebiji telur rebus. Sebenarnya telur rebus itu Amie bawa dalam perjalanan seterusnya. Bolehlah makan dalam bas kalau perut mula rasa lapar.



Limau nan sebiji ini pun akan masuk ke dalam beg sandang menemani telur rebus.


Limau di sini kecil pula saiznya.


Sempat habiskan sebekas yogurt.


Kek nan sekeping ini pun selamat masuk perut.
Tapi macam tak berapa kenyanglah! 


Jadi, tambah sepiring kecil kentang goreng dengan sosej. Alhamdulillah. Walaupun tidaklah sekenyang makan nasi lemak, bolehlah juga buat alas perut.


Rakan-rakan rombongan yang lain ada yang baru turun ke dewan makan dan ada yang sedang bersarapan.


Amie dan Kamsiah hendak keluar jalan-jalan melihat sekitar Hotel Luani Arte. Tinggallah dulu Lucy dan Nancy menikmati sarapan mereka berdua.

9 comments

  1. Cantik tempat makannya, gaya mewah.
    Kelebihan datang awal gini, dapatlah pilih sudut meja yang kita suka dan boleh ambil gambar sana sini.

    BalasPadam
  2. Comel pula tengok kerusi2 merah putih tu

    BalasPadam
  3. cantiknya tempat makan... terasa mcm di istana.. tp di istana mungkin kuning kan.. pernah masuk sekali sahaja di istana.. tp mmg hiasannya kuning..

    BalasPadam
  4. wahhhh ada jus delima... mungkin di sana delima mudah didapati dan harga murah.
    Jarang tengok hotel breakfast ada jus delima.

    BalasPadam
  5. tempat makan nampak mewah betul interior dia, macam tempat makan kerabat raja...hehehe...wow ..ada jus delima..kalau SA sure ulang alik amik jus delima tu...

    BalasPadam
  6. kalau sarapan di hotel SA suka pergi awal...x crowded dan banyak pilihan makanan

    BalasPadam
  7. Saya lain pula, kadang ambil telur rebus dan roti, hanya utk dibagi ke anjing liar yg mungkin saya temui 😄. Mereka suka roti dan telur.

    Ini menunya walopun sama saja macam hotel lain, tapiiii melihat sosisnya ntah kenapa saya kepengeeeen 😍😍😍🤣. Nampaaak sedap, gemuk2 pula kan 😄.

    BalasPadam
  8. Redha je lah kalau tudung renyuk masa travel ni kan kak Amie. Sabo je lah. Naik warna merah tu. Wahh air pun ikut tema Selangor juga ye. Dewan makan macam ruang makan rumah agam.

    BalasPadam
  9. ID macam kat dalam istana. mewah betul!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe