Resipi Sambal Belacan Sedap!

4:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Olahraga Tahun 2024 di sekolah kami. Sewaktu bulan puasa, dan setelah cuti raya kami turun padang mengurus latihan rumah sukan masing-masing. Minggu pertama selepas raya, sekolah mengadakan sukantara. Minggu berikutnya, diadakan Larian Gemilang (merentas desa) dan minggu ini acara kemuncak berlangsung selama tiga hari di padang. Melihat rupa paras masing-masing, kelihatan merah padam rentung bermandi cuaca panas. Argghhh.... nampak warna gigi sahaja yang cerah!

Setelah beberapa tahun bertugas menjadi hakim acara padang, tahun ini Amie bertugas sebagai AJK Makanan pula. 
  • Hari Isnin - sarapan bihun dan mi goreng - minum teh kosong. Makan tengah hari - nasi putih  lauk ayam masak kicap dan sayur kacang panjang - minum sirap ais.
  • Hari Selasa - sarapan nasi lemak  - minum milo. Makan tengah hari - nasi putih lauk ikan goreng dan sayur betik tumis - minum sirap ais.
  • Hari Rabu - sarapan nasi kuning - minum teh kosong. Makan tengah hari - nasi putih lauk kari ayam dan acar.
Kelmarin, kata ketua AJK Makanan, kalau ada sambal belacan tentu lebih sedap. Jadi Amie pun sukarela untuk sediakan sambal belacan. Petang kelmarin Amie siapkan sambal belacan dan simpan dalam peti sejuk.

Alhamdulillah.
Habis licin sambal belacan dan ada yang minta resipinya. Apabila penutup bekas sambal belacan yang Amie dibuka, serta merta terbau semerbak aroma limau kasturi. Mohon maaf kepada rakan-rakan yang tak dapat  merasa sambal belacan itu sebab lewat mengambil nasi bungkus.

Sambal Belacan

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sambal belacan yang sedap. Dalam entri sebelum ini pun banyak Amie kongsikan resipi sambal belacan seperti di sini: SAMBAL BELACAN SEDAP GILER!!!!

Amie gunakan bawang putih, bawang merah dan belacan yang digoreng. Biasanya Amie bakar bahan-bahan tersebut. Tapi sebab hendak siap cepat, goreng sajalah. Cilinya pula Amie tidak campur cili padi dan cili merah atau hijau, sebaliknya hanya gunakan cili padi sahaja. Itu pun Amie campur-campur jenis cili padi kampung dengan cili pondan. Isshhh.... kenapalah ditulis cili pondan di luar bungkusan cili padi yang Amie beli kelmarin!

Satu perkara lagi, Ami banyak gunakan jus limau kasturi dan ditambah dengan jus limau nipis. Dan hiriskan juga halus-halus beberapa biji kulit limau kasturi.

Bawang putih, bawang merah dan belacan goreng.


Limau kasturi dan limau nipis.

Cili padi kampung dan cili padi pondan.


Resipi Sambal Belacan
Bahan-bahan:
  • 200 gram cili padi
  • 50 gram belacan
  • 10 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1 cawan jus limau kasturi / limau nipis
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara:
  1. Hiris kasar bawang putih dan bawang merah.
  2. Goreng belacan, bawang putih dan bawang merah hingga layu. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan bahan goreng, cili padi, garam / gula / perasa pilihan serta jus limau ke dalam pengisar.
  4. Kisar mengikut halus / kasar hasil sambal yang disukai.
  5. Ambil beberapa biji kulit limau kasturi yang sudah diperah jusnya. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal.
  6. Sambal belacan akan lebih mesra dan sedap apabila disimpan semalaman di dalam peti sejuk.
Sambal Belacan yang  baru siap dikisar.

Sambal Belacan yang disimpan semalaman di dalam peti sejuk.

15 comments

  1. kak amie suka masak.. sedap2 semuanya...

    BalasPadam
  2. sekolah anak saya, esok ada KOT. mudah mudah cuaca baik baik aje esok. ok..save dulu resepinya.. suami saya suka sambal belacan, saya biasa biasa aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cuaca tak panas sangat memang selesalah KOT.

      Padam
  3. Ya Allah terliur sayaaa. Oke nak buat nanti. Cuma limau kasturi saja yg tak ada. Nanti cari dulu 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semernak aromanya kalau guna limau kasturi.

      Padam
  4. tengok warnanya pun dah tahu mmg sedapppp
    boleh buat jual ni kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nantilah llepas pencen boleh jual sambal ... ahaks!

      Padam
  5. Laris sambal belacan kak Amie. Nanti boleh cuba cara kak Amie ni. Kaedahnya macam sambal geprek yang biasa saya buat cuma bahan bahan je berbeza sikit. Terima kasih share kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bubuh jus limau kasturi / limau nipis lebih bagi wangi sambal tu.

      Padam
  6. belum baca lagi entry kak amie tapi tengok gambar sambal belacan dulu saya dah tertelan2 airliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... saya pun tertelah air liur juga ni sebab sambal dah habis kihkihkih!

      Padam
  7. Hari tu SA buat sambal belacan tapi guna mesin pengisar...hasilnya sama macam yang ditumbuk ingatkan selamat la..sekali suami sedar..sambal belacan SA x sama macam sebelum ni...sejak tu serik nak guna pengisar atau guna blender..kena la tumbuk...hehehehe...

    BalasPadam
  8. Wahhhh.. cepatnya selesai KOT sekolah di LD. Lepasni peringkat daerah dan negeri lah pula ya.

    Buat sambal belacan banyak2 boleh simpan boleh buat nasi goreng pula.

    BalasPadam
  9. bahaya ni, mesti makan boleh bertambah bila da sambal belacan ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe