Mengutip Puing-Puing Sejarah di Et'hem Bey Mosque

9:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kami berkesempatan menunaikan solat di salah sebuah masjid yang bersejarah di Tirana. Dahulu, bandar Tirana mempunyai sekurang-kurangnya 27 buah masjid. Syukur kepada-Nya kerana berpeluang melihat sendiri kesan-kesan kewujudan dan perkembangan agama Islam di bumi Albania.

Masjid Et'hem Bey ialah salah sebuah masjid tercantik di Tirana, Albania yang wujud di zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Masjid ini dibina 1791 oleh Molla Bey dan siap pada tahun 1821 oleh puteranya Haxhi Ethem Bey iaitu cucu Suleyman Pasha. Pada awal pembinaannya, masjid ini merupakan sebahagian daripada pusat kota tua Tirana. Masjid ini ditutup di bawah pemerintahan komunis, sama seperti institusi keagamaan yang lain, selepas pemimpin komunis Enver Hoxha mengisytiharkan Albania sebagai negara atheis.

Masjid tersebut bersama masjid-masjid lain di Albania dibuka semula sebagai rumah ibadat pada 1991 walaupun tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Peristiwa ini memberi isyarat awal jatuhnya komunisme yang berkuasa selama 30 tahun di Albania. Ia merupakan sejarah dalam mengembalikan kebebasan beragama di negara itu.


Et'hem Bey Mosque

Mengikut sejarahnya, di depan masjid terdapat bazaar tua, di timur ada Masjid Suleiman Pasha. Masjid Suleiman Pasha ini dibangun pada 1614 dan dihancurkan ketika Perang Dunia II. 


Sebagai contoh, Gedung Opera dan Teater Balet Tirana dulunya adalah Masjid Karapici Tirana. Sedangkan Sekolah Constantine Kristoforidhi dulunya adalah Masjid Pasar Cham (market Cham Mosque), Masjid Bashir di ubah menjadi sekolah Sami Frasher, Masjid Haji Jasës di ubah menjadi gedung rumah sakit Materiniteti Geraldine, Masjid Islam Alla di ubah menjadi sekolah Jeronim Derada, dan banyak lagi.


Sumbanglah untuk masjid walau hanya 1 EURO.


Apabila melihat ke dalam masjid, ia penuh dengan pelbagai ukiran yang sangat cantik.





Petikan dari catatan :Mengenang Masa Kelam Islam di Albania, Rangkaian Penindasan:

Awan gelap menyelimuti Albania, negara kecil di semenanjung Balkan ini ketika Enver Hoxha menduduki tampuk kepresidenan pada 1945. Sejak itu, Albania yang memiliki majoriti penduduk beragama Islam memasuki era penindasan dan kuku besi. Hoxha membelenggu kegiatan dan kebebasan beragama. 

Dari catatan Komite Pembebasan Albania di New York, hingga 1968 penguasa komunis melaksanakan hukuman penjara sekitar 200 tokoh agama. Hoxha melangkah lebih jauh pada 1967. Dia mendeklarasikan Albania sebagai negara pertama di dunia yang menganut paham atheis. Pada bulan Mei tahun itu juga, sebanyak 2,169 masjid, gereja, madrasah, dan tempat ibadah lainnya langsung ditutup, dialihfungsikan atau dihancurkan.



Memandangkan kedudukan Masjid Et'hem Bey ini diapit oleh bangunan lain, jadi agak sukarlah untuk mengambil gambar secara keseluruhan. Ditambah pula ketika itu ada kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.


Di atas tangga, di hadapan pintu masuk terletak sebuah peti bagi sesiapa yang hendak menderma untuk masjid ini. Ukiran yang terdapat di atas pintu masjid kelihatan indah berseni walaupun masjid ini sudah berusia ratusan tahun.




Menurut TLM, Turkiye sentiasa memberi dana untuk membaikpulih dan mengekalkan institusi keagamaan seperti masjid-masjid di negara-negara Balkan.


Ketika kami hendak solat di Et'hem Bey Mosque, seorang lelaki di dalam gambar di atas menjadi pengurus masjid. Beliau memberitahu kami bahawa bilik air terletak di bawah tanah dan perlu menuruni anak tangga untuk sampai ke sana. Bagaimanapun bilik air dan tempat mengambil wudhu' terpaksa dikongsi. Jadi, kami disuruh menunggu beberapa minit sementara bilik air dan tempat wudhu' digunakan oleh jemaah lelaki. Ini bertujuan supaya lelaki dan perempuan tidak bercampur dan berada di bilik air pada masa yang sama.

Setelah menunggu hampir 10 minit, Amie dan Kamsiah dibenarkan turun ke bawah. Ada selipar disediakan. Belum pun sempat ambil wudhu' kedengaran lelaki yang mengurus masjid berteriak : Ladies! Cepat! Cepat!
Sebutan 'cepat' kedengaran 'cepet'.
Pandai pula orang Albania berbahasa Melayu.


Selesai solat, Amie minta izin dari pengurus masjid untuk mengambil gambar di bahagian dalam. Oleh kerana kami solat di bahagian lain, seganlah pula untuk mengintai tempat solat lelaki.


Memang nampak uniklah ukiran dan hiasan dinding masjid. Nampak berbeza dengan seni ukir masjid lain yang pernah dilihat sebelum ini.




Semoga penduduk di kota Tirana yang beragama Islam terus mengimarahkan Et'hem Bey Mosque ini.


Et'hem Bey Mosque terletak di penjuru Skanderbeg Square.



Et'hem Bey Mosque

Sekian. Sedikit perkongsian tentang rumah Allah penuh sejarah yang masih terpelihara di Tirana dan terselamat dari dimusnahkan sewaktu pentadbiran rejim komunis di Albania.



3 comments

  1. seronok baca pengalaman kak amie di sana...ntah bila diri sendiridapat pergi

    BalasPadam
  2. Last 3 pic baru nampak kedudukan Masjid Et'hem Bey.
    Baguslah pemerintahan mereka masih mengekalkan masjid di Skanderbeg Square yang menjadi tumpuan orang ramai.
    Tiba-tiba teringat Masjid KLCC yang berada di tengah2 pusat pembangunan.

    BalasPadam
  3. Menaranya agak sedikit mengingatkan saya dengan mesjid di Turkiye. Wajarlah yaa, Krn ada pengaruh dari sa na. Sepertinya saat komunis berkuasa, memang banyak lah tempat ibadah yg dihancurkan . Even di Negara2 bekas Sovyet dan Kaukasus pun seperti itu.

    Nasib baik walopun Indonesia sempet ada paham komunis tapi tak menjadi besar dan tidak sampai menghancurkan agama2 yg ada.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe