Resipi Daging Masak Hitam Sarawak Yang Sangat Sedap!

2:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri yang Amie paparkan kali ini merupakan entri tertunggak raya puasa April lepas. Seperti biasa, sehari dua sebelum menjelang Syawal, Amie akan masak rendang terutamanya daging. Namun begitu Syawal 1445H kali ini Amie olah Daging Masak Hitam Sarawak. Ada juga masak rendang tetapi gunakan lokan. Resipi Daging Hitam Masak Sarawak ini Amie pinjam dari LAMAN DAPUR HELEN. Pada mulanya hanya cuba-cuba saja, hendak seronok-seronok masak sebagai buah tangan datang ke rumah kakak ipar sempena majlis aqiqah cucunya. Sebenarnya sebelum masak untuk dibawa ke rumah kakak ipar, Amie pernah memasaknya kerana ingin tahu apa rasanya masak daging ditambah buah prune dan kurma. Setelah yakin rasanya memang enak, Amie pun beranikan hati masak untuk kali kedua. Alhamdulillah, semua peminat daging menyukai rasanya. Untuk resipi dan gambar lengkap bolehlah klik Amie's Little Kitchen di sini: DAGING MASAK HITAM SARAWAK.


Daging Masak Hitam Sarawak




Daging Masak Hitam Sarawak sedap dinikmati bersama nasi putih, nasi minyak, ketupat, lemang dan sebagainya. Penggunaan bahan-bahan yang terpilih memang menjanjikan rasa yang sangat lazat.


Inilah antara bahan yang digunakan untuk Daging Masak Hitam Sarawak.


Jangan lupa sediakan kerisik.


Kalau rajin buatlah kerisik sendiri. Lebih harum baunya.
Amie gunakan Kerisik Kelapa Ayam Brand.


Oleh kerana sewaktu sediakan bahan untuk Daging Masak Hitam Sarawak, pada masa yang sama Amie sediakan juga bahan untuk masak rendang lokan, jadi nampak bercampur-campurlah gambarnya. Dalam gambar di atas, hanya serai dan halia yang diambil untuk Daging Masak Hitam Sarawak.


Firdaus yang bantu kupas bawang merah dan bawang putih di dapur. Pandai juga bujang kenit kupas bawang. Tidaklah banyak masa kita terbuang untuk mengupas sendiri.

Resipi asal Daging Masak Hitam Sarawak:

BAHAN-BAHAN:
500 GRAM  DAGING BATANG PINANG (POTONG NIPIS)
2 BIJI BAWANG MERAH BESAR
4-5 ULAS BAWANG PUTIH
4-5 CM HALIA
2 BATANG SERAI
3 SUDU BESAR KISMIS
5-6 BIJI BUAH PRUNE
3-4 SUDU KERISIK
1/3 CAWAN KICAP PEKAT
1/3 CAWAN KICAP MANIS
2 SUDU BESAR KICAP MASIN@ GARAM
2 SUDU BESAR TOMATO SOS @TOMATO PURI
1/2 KEPNG GULA MANISAN @ GULA APONG
1/2 CAWAN SUSU CAIR

SEMUA BAHAN YANG DI ATAS (KECUALI DAGING) DI MESIN SAMPAI BENAR-BENAR HANCUR DAN TERUS CAMPURKAN KE DALAM DAGIN BATANG PINANG. PERAPKAN SEMALAMAN DI DALAM PETI AIS.

BAHAN PENUMIS:

3 SUDU BESAR MINYAK SAPI
2 TANGKAI BUNGA LAWANG
1 BTG KAYU MANIS
3 BIJI CENGKIH
3 BIJI PELAGA 
SEDIKIT BAWANG MERAH - MAYANG HALUS
2 SUDU KECIL CILI GILING - JIKA NAKKAN PEDAS SEDIKIT-TAKDA TAK PER
(Amie tak bubuh cili sebab memikirkan ada tetamu yang tak boleh makan pedas.)


CARA MEMASAK:

PANASKAN PERIUK DALAM.
TUMISKAN BAHAN REMPAH  BERSAMA BAWANG MERAH SERTA CILI SAMPAI GARING.
KELUARKAN DAGING DARI PETI AIS DAN MASUKKAN KE DALAM PERIUK.
MASAKLAH DI ATAS DAPUR SAMPAI PECAH MINYAK DAN DAGING EMPUK.
MASAK DENGAN API SEDERHANA DAN KACAU SELALU.
HARUS BERSABAR APABILA MEMASAK DAGING INI.
RASALAH DAGING SUPAYA CUKUP MANIS MASINNYA.
APABILA SUDAH EMPUK DAN SESEDAP RASA BOLEHLAH DI ANGKAT DAN DI HIDANGKAN BERSAMA LEMANG ATAU NASI MINYAK.


Bahan penumis.

Sebesen daging lembu yang sudah siap diperap.

Amie olah 6.5 kilogram daging. Amie tidak gunakan daging lembu nombor satu iaitu daging batang pinang sebaliknya Amie gunakan daging nombor dua yang ada sedikit lemak-lemak. Selepas diperap jangan lupa masukkan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman supaya semua bahan meresap mesra.


Esok paginya bolehlah keluarkan daging dari peti sejuk dan sedia untuk dimasak. Tumis dahulu bahan penumis dengan minyak sapi. Ya ampun! Aromanya sangatlah menggoda selera.


Setelah bahan penumis layu, bolehlah masukkan daging. Huurrmm... nampaknya sampai di sini saja gambar yang sempat Amie ambil. Disebabkan sibuk membuat persiapan raya dan sibuk melayan tetamu di hari raya, terlupalah hendak ambil gambar Daging Masak Hitam Sarawak selepas siap dimasak.

Daging Masak Hitam Sarawak baru naik atas dapur.


Tidak rugi mencuba masakan ini sebab sekali makan akan sentiasa terkenang-kenang. Sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Daging Masak Hitam Sarawak ini tidak kalah enaknya dengan masakan daging rendang. Dua-duanya sedap dan sangat sesuai dihidangkan kepada tetamu di hari raya atau di pelbagai majlis serta kenduri-kendara.

8 comments

  1. Boleh cop awal2 bujang kecik Kak Amie nak buat menantu ni, rajinnya tolong mummy kupas bawang.

    BalasPadam
  2. Sedapnya daging tu. Makan dengan ketupat dan lemang pun layan ni.

    BalasPadam
  3. As usual dari gambar dah tau sedap..makan dengan nasi panas sure sedap juga.

    BalasPadam
  4. Sangat sedap tu sebab Amie yg buat... cuba uncle yg buat....

    BalasPadam
  5. Nampak sedap.. ada resepi sekali tapi tu lah ... Bila la nak try buat yer hahahaa

    BalasPadam
  6. Cantik kejadiannya tu.. nampak pun tempting.

    BalasPadam
  7. uissshhh tengok bahan-bahan tu memang nampak premium betul... mesti sedap ni kak oi

    BalasPadam
  8. Saya menyerah kalo menu ini kak. Lihat bahan2nya saja dah pening, banyak sangat 😂😂😂. Saluuut lah dengan semua orang yg jago memasak dan bisa ingat semua bahan2 yg dipakai utk masakan kaya rempah seperti ini

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe