Kembang Kates Masak Lodeh

8:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi Amie masak nasi lauk:

  • Ikan Dongol Goreng
  • Kembang Kates Masak Lodeh
  • Sambal Colek

Kembang Kates Masak Lodeh

Encik Suami sudah tentu berselera sekali dapat makan nasi lauk Kembang Kates Masak Lodeh digandingkan dengan Ikan Dongol Goreng dan Sambal Colek Cocos. Lauk-pauk begini memang menjadi kegemaran arwah MIL dan FIL sekeluarga. Biasanya MIL akan goreng ikan layar sebagai pelengkap, tetapi hari ini kami hanya ada ikan dongol sahaja. 

Kembang kates itu bahasa yang keluarga sebelah Encik Suami gunakan membawa maksud bunga betik. Kita gunakan bahasa Melayunya sahaja iaitu bunga betik. Oleh kerana ini merupakan resipi warisan masyarakat Cocos, jadi eloklah gunakan perkataan asal.

Hidangan Makan Malam

Ikan Dongol Goreng

Kali ini Amie goreng ikan dengan garam kunyit sahaja. Oleh kerana Kembang Kates Masak Lodeh sudah mengandungi rempah ketumbar, rasanya tak perlulah goreng ikan tambah rempah. Firdaus kalau sudah nampak ikan goreng, macam nampak apa entah... ahaks! Cepat jew tangannya mengambil ikan goreng bawa ke pinggan nasinya.


Sambal Colek Cocos dengan Terung Goreng ini memang menjadi kesukaan MIL. Amie buat sambal ini ikut 100% resipi MIL. Cili padi bersama bawang putih dan bawang merah serta belacan digoreng sekali harung dalam kuali sehingga layu. Masukkan ke dalam pengisar, dan tuangkan jus limau kasturi, garam / gula / perasa pilihan. Kisar hingga hancur. Bukan kisar kasar. Sambal Colek Cocos ini menjadi sekiranya ada rasa harum masam jus limau kasturi.

Firdaus berkali-kali sudukan Sambal Colek Cocos ke dalam pinggan nasinya. Nampak berselera betul dia makan nasi lauk ikan goreng dan sambal colek.

Red Tembikai Kahwin

Apabila Amie belah buah tembikai, lain pula warnanya. Nak kata tembikai kuning, bukan warna kuning pula. Mungkin tembikai sakit! Amie cari plastik pembungkus tembikai dan ada label yang masih melekat dengan tulisan : Red Tembikai Kahwin. Isshh...issshhh tembikai kahwin rupanya. Tembikai merah kahwin tembikai kuning kot? Rasanya agak manis juga, dan rangup.

Kembang Kates Masak Lodeh

Banyak kali juga Amie kongsikan resipi masakan lodeh MIL. Antara resipinya ada di sini: PUCUK & BUNGA BETIK MASAK LODEH VERSI COCOS. Biasanya MIL suka campurkan pucuk ubi, jantung pisang dan bunga atau pucuk betik untuk masakan sayur lodeh ini. Kadang-kadang hanya gunakan pucuk ubi sahaja. Boleh tambahkan ikan layar goreng atau ikan kering. 

Amie hanya gunakan bunga betik atau kembang kates dan tambahkan ikan masin. Mari Amie kongsikan lagi resipinya. Oh, hampir lupa nak beritahu. Amie hanya celur bunga betik sahaja tanpa tambah apa-apa bahan seperti asam keping untuk kurangnya pahitnya.

Resipi Kembang Kates Masak Lodeh
Bahan-bahan:
  • 400 gram bunga betik yang sudah dicelur
  • 1 cawan santan pekat ditambah 2 cawan air
  • 1 ekor ikan jepun / sulig masin - potong 4 dan goreng - angkat - ketepikan
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 sudu besar ketumbar biji
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan bunga betik. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan santan kelapa. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan masin goreng.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Padamkan api dapur.

Jemput makan.
Bismillah.


17 comments

  1. Kat tempat wak ni banyak bunga betik jantan tu
    Tapi tak pernak buat masakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga betik dengan pucuk betik pahit - pahit jadi ubat.

      Padam
  2. Di sinipun disebut Kates utk pepaya yg masih muda kak. Biasanya memang utk dibuat sayur, atau buah rujak. Bisa juga manisan atau asinan Kates. Saya sukaaa sangat. Kalo orang Palembang Kates dijadikan isi pempek. Jadilah pistel 😄

    Saya nak buat sambal colek cocos itu. Nampak sedap. Apalagi sedang ada terong juga di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... kates nama papaya muda rupanya.
      Pernah saya lihat kates jadi isi pempek!
      Silakan bikin sambal colek Cocos. Resipi peninggalan emak mentua.

      Padam
  3. Ingatkan rock melon, tembikai kahwin rupanya :)
    Kalau Sy pun cekau ikan goreng tu dulu, sbb nmpk menarik sangat, sempurna gorengannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa... lain macam isi red tembikai kahwin ye PH.

      Padam
  4. oh bunga betik rupanya he he ingat apa td.lain dari lain biasa mkn buat kerabu

    BalasPadam
  5. kalau bunga betik tu dana pernah makan yg emak celur pastu makan dengan sambal... pahit tp sedap. CUmanya tak pernah dana masak sendiri macam gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam resipi bunga betik.
      Boleh olah ikut cita rasa masing-masing.

      Padam
  6. Oh bunga netio rupanya. Sedapnya ada ikan goreng, lauk semua sedap tu Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Mulan.
      Kombinasi lauk begini selalu saya nikmati kalau balik rumah mak mentua.

      Padam
  7. Kembang kates bunga betik rupanya. Pernah tengok orang buat ulam je. Rare sungguh masakan masakan masyarakat Cocos. Ikan goreng dah jadi favourite Daus dah. Wahh handal betul makan dengan sambal. Tahan pedas ye dia.
    Ada pulak Red Tembikai Kahwin...macam-macam. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus memang suka makan pedas. Kalau tak ada sambal dia tanya ada cili padi tak? Bolehlah dia patah-patahkan dalam pinggan nasinya.

      Padam
  8. terliur sy tengok ekor ikan dongol goreng tu cicah dgn sambal colek fuhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa... ekor ikan dongol tu habis Firdaus makan dengan nasi.

      Padam
  9. Tak pahit ke lauk ni kak masukkan sekali bunga betik ni...ikan dongol tu nampak banyak isi ye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe