Cerita dari Pasar
12:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin suhu di LD mencecah 36'C. Kami sekeluarga duduk di rumah sahaja. Hari ini barulah keluar ke pasar untuk membeli barang basah dan keperluan dapur yang lain seperti garam asam dan seumpamanya.
Biasanya Amie kongsikan jenis ikan di LD, tapi kali ini Amie hendak tanya pula kepada yang pernah makan ikan seperti dalam gambar di atas. Lima ekor ikan ini seberat 7.6 kilogram. Kawan-kawan panggil ikan apa?
Buah Betik & Bunga Betik |
Amie ajak Encik Suami singgah di 'pasar bawah pokok mangga' di tepi Jalan Assam. Kami suka beli cili padi di sini tetapi pagi ini tiada pula cili padinya. Yang ada longgokan betik, ubi kayu, pisang, mangga muda dan bunga betik. Kami beli bunga betik dan buah betik campur yang tua dan muda.
Singgah pasar raya beli limau dan limau bali.
Tembikai LD |
Tidak lupa beli sebiji buah tembikai. Walaupun harga sekilogram RM6.00 tapi paksa juga Encik Suami beli. Sebiji RM31.00. Itu pun setelah pilih buah yang paling kecil. Kata Encik Suami : Beli jugalah sebab sayang bini.... ahaks! Kalau sayang bini janganlah berkira hihihiii!
Kenapalah tembikai tak pandai turun harga? Di tempat kawan-kawan berapa harga satu kilogram tembikai?
Beli cili padi minyak dan cili pondan. Stok sambal belacan sudah habis. Kalau rajin petang nanti nak buat stok sambal belacan.
8 comments
Mahal ya tembikai di sanun. Masa raya hari tu, tembikai melambak di Pantai Timur, tak sampai RM2/kg. Sekarang tak tahu berapa dah harganya.
BalasPadamBukan ikan tongkol atau ikan cencaru ke tu Kak Amie? Nampak akan² 2 jenis ikan tu...
BalasPadamSini tembikai RM3-4.50.
Baru pertama kali dengar ni Kak Amie nama cili tu 😁
ikan tongkol tu kak amie kan....cili pondan??
BalasPadamikan kayu kot tu...
BalasPadamtembikai dah macam emas kak Amie, tak turun dah harga..hihihi...igt 3-4 tahun lepas, selalu offer 99sen/kg... sekarang paling murah boleh dapat rm2.40/kg..
tapi tetap mahal di LD
Kalau tempat saya...tu ikan tuna...ke ikan tongkol hitam?🤭
BalasPadamDah tua pun selalu keliru nama ikan..hihihi
Tembikai kat beberapa padaraya KL ni harga perkilo antara RM3.50 - RM3.69( bacanya RM3.70..
di Kuantan harga tembikai RM2 kak amie...alhamdulillah musim panas ni puas dapat makan/minum jus tembikai
BalasPadamKalo semangka memang mahal kak 🤣🤣🤣🤣. Mungkin Krn banyak yg suka. Saya beli ukuran besar bisa memecah 100rb. Tp saya belinya di supermarket. Mungkiiiin kalo dipasar harganya lebih murah.
BalasPadamKalo ikannya, saya tak tahu pula jenis apa itu . Tak pernah bisa bedakan ikan kecuali ikan pari, ikan hiu dan ikan lele.
Nampak gaya cam ikan tongkol je tapi ada bintik2 putih pula.
BalasPadam