Hamburger Mish Pule 400 Lekë di Capitol
9:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih ada masa lebih kurang sejam lagi ke pukul 3 petang. Selepas solat di Et'hem Bey Mosque, kami berjalan-jalan lagi di sekitar Skanderbeg Square dan kemudian menyeberang jalan. Kebetulan pula sebelum itu terjumpa TLM. Katanya, kalau hendak minum petang pergilah ke Capitol, tempat makan Turki.
Perut tidaklah lapar tetapi tidaklah kenyang. Eloklah singgah, mana tahu ada menu ringan yang mampu menggoda selera!
Hamburger Mish Pule 400 Lekë |
Capitol terletak di seberang jalan, berbumbung merah.
Capitol tema warna merah.
Bumbung merah, kerusi pun merah.
Di luar Capitol, ada tempat jual makanan dan minuman ringan.
Terjumpa rakan peserta di luar Capitol.
Pada masa yang sama, pesanan mereka sampai di meja. |
Kami berminat untuk duduk di bahagian dalam. Ada beberapa orang peserta rombongan sedang menjamu selera.
Sewaktu makan tengah hari mata wang Albania di tulis LEEK. Di Capitol ditulis Lekë. Apabila tanya Pak Google, katanya Albania atau dalam bahasa Albania Lekë ialah mata wang rasmi Albania yang setiap unitnya dibahagi menjadi 100 qindarka. Mata wang ini yang pertama kali digunakan sejak tahun 1912 berasal dari mata wang Uthmaniyyah. Nama lek berasal dari Alexander Agung. Nama qindarkë berasal dari perkataan Albania qind.
Jadi, leek atau lek atau Lekë maknanya sama.
Jom belek-belek katalog makanan, kita kenal-kenal dengan menu yang ditawarkan di Capitol.
Amie teringin pula hendak makan Hamburger Mish Pule (Burger Ayam)
Yang menariknya sebab ada isi ayam carik! Sosnya pun sedap!
6 comments
Terima kasih kongsi pengalaman dengan kami semua :)
BalasPadamya Allah, nikmatnye burger tu...
BalasPadammenarik betul hamburger tu kak amie...
BalasPadamOh,nama matawang rupanya...saya sangkakan nama tasik atau nama sayuran🤭
BalasPadamMenu semua tu memang menarik2 sangat.
BalasPadamRasanya kalo ke Luar negara, seperti eropa, Amerika, saya selalu percaya burger mereka sedaaap 😄😄😄👍. Tak pernah kecewa kalo makan burger di sana. Daging nya itu selalu tebal dan juicy sangat. Dan memang kenyanglah seharian 😄🤣
BalasPadam