Dari Ohrid ke Mustafa Pasha Mosque di Skopje, Macedonia Utara

1:36 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
21 Februari 2024 - Rabu

Dari Ohrid, bas terus bergerak membawa kami ke Skopje. Skopje merupakan ibu negara Macedonia Utara. Bandar yang terletak di tepi Sungai Vardar. Dalam perjalanan dari Skhoder ke Tirana, dan dari Tirana ke Struga, TGB (Tour Guide Bosnia) beberapa kali menyebut nama Mother Teresa.  Mother Teresa dilahirkan di Skopje, tetapi beliau  keturunan Albania. Zaman kelahiran Mother Teresa pada 26 Ogos 1910, Skopje disebut Uskup dan masih berada di bawah Empayar Uthmaniyah.

Nama sebenar beliau ialah Agnes Gonxha Bojaxhiu atau lebih dikenali sebagai Mother Teresa (Ibu Teresa), sempena Saint Teresa of Lisieux, saint penaung bagi pengembang agama asing. Pada tahun 1928, Agnes Gonxha Bojaxhiu melawat India untuk mengajar di sekolah konven, tetapi beliau begitu terharu melihat mereka yang sakit dan hampir mati dan berkaparan di jalan-jalan di Calcutta menyebabkan beliau meninggalkan konven untuk berkhidmat di kawasan setinggan pada tahun 1948.

Kemurahan hati beliau menarik orang ramai untuk turut serta menyumbang bakti. Pada tahun 1950, Pengembang Agama demi Kerja Amal (Missionaries for Charity) membentuk kesatuan wanita (sisterhood) yang turut membantu pesakit kusta dan kawasan malapetaka lain di dunia. Pada tahun 1979, Ibu Teresa dianugerahkan dengan Hadiah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize) yang diterima oleh beliau bagi pihak mereka yang miskin, sebagaimana hadiah-hadiah sebelumnya. Mother Teresa meninggal pada 5 September 1997 pada usia 87 tahun di Calcutta, Benggala Barat, India.

Itulah serba sedikit info tentang Mother Teresa.
Kita kembali kepada tajuk iaitu Mustafa Pasha Mosque di Skopje.

Mustafa Pasha Mosque

Mustafa Pasha Mosque ialah sebuah masjid zaman Uthmaniyah yang terletak di Bazar Lama Skopje, Macedonia Utara. Satu demi satu negara Balkan telah dijejaki, dan sehelai demi sehelai lembaran sejarah lama terungkai di depan mata sendiri. Sewaktu di universiti, Amie pernah ambil subjek Sejarah Uthmaniyah. Sayangnya waktu itu tiada sebarang penghayatan sejarah melainkan belajar kerana hendak lulus sahaja. Memang Amie dapat gred A untuk Sejarah Uthmaniyah tetapi tidak dapat menghayati apa sebenarnya yang berlaku sepanjang sejarah pemerintahan tersebut melainkan menghafal fakta sahaja!

Empayar Uthmaniyah (Turki) telah menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara antara abad ke-14 dan awal abad ke-20 selama lebih kurang 600 tahun. Ia didirikan pada akhir abad ke-13 di Anatolia barat laut di bandar Söğüt (Wilayah Bilecik Moden) oleh pemimpin suku Osmani. Keluarga Bani Osmani ini ialah sebahagian kecil keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu. Bangsa ini ialah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya terkenal sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniyah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah sejagat" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".

Sebelum cerita lanjut tentang Mustafa Pasha Mosque, Amie kongsikan beberapa keping gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Ohrid ke Skopje.


Seperti biasa, dalam perjalanan sudah tentu ada tempat persinggahan untuk urusan peribadi. Sudah tentu kesemuanya terus menuju ke tandas. Selepas itu ada yang masuk ke kafe mencari minuman panas dan ada yang membeli keropok dan kekacang untuk kudapan.




Mari berkenalan dengan bendera dan jata negara Macedonia di bawah ini.

Flag of North Macedonia


Jata Negara



Kedudukan Macedonia di antara negara-negara Balkan.


Ini pemandangan di hadapan stesen minyak yang terletak di seberang jalan. Tompok-tompok warna putih itu ialah sisa-sisa salji yang masih keras.


Tidak dapat gambarkan keindahan alam. Pandang sebelah kanan terlihat gunung berwarna putih dilitupi salji. Pandang sebelah kiri kelihatan gunung berwarna hitam pula. Entah jenis batu apa yang terdapat di gunung warna hitam itu. 

Di pertengahan jalan ketika bas mendaki bukit, tiba-tiba pemandu bas berhentikan bas di tepi jalan. Rupanya bas tidak dapat bergerak seperti biasa. Pemandu bas turun ke bawah dan dalam beberapa minit bas dapat dipandu seperti biasa. Tabik sungguhlah dengan pemandu bas yang berasal dari Bulgaria ini. Beliau sangat berhemah ketika memandu dan mempunyai bekalan ilmu membaiki kerosakan kenderaan dalam perjalanan. Menurut Tour Guide Bosnia, pemandu bas di Eropah tidak boleh memandu melebihi 11 jam sehari. Kalau di Turki, pemandu bas pelancong tidak boleh memandu melebihi had kelajuan 100 kilometer walaupun jalan rata dan lengang.  Di Balkan, tak tahulah berapa had kelajuannya. Mungkin sama.


Suasana perkampungan yang dapat dilihat dari kejauhan.


Ada pemeriksaan mengejut. Polis meminta pemandu bas membuka pintu tempat menyimpan bagasi. Kemudian mereka naik ke dalam bas, dan meminta semua penumpang menunjukkan passport masing-masing.


Kelihatan pokok-pokok bunga ditanam di sudut-sudut tertentu di jalan raya. Tidak lama lagi musim sejuk akan berakhir dan musim bunga pula akan menjelma. Sudah tentu pemandangan sekitar akan berubah. Pokok gondol akan berdaun, berputik dan berbuah. Suasana menjadi lebih ceria.


South East European University.


Kami mengunjungi Masjid Mustafa Pasha. Pada masa yang sama waktu zohor sudah tiba. Jadi kami solat jamak taqdim di sini.

Masjid Mustafa Pasha ini dibina di atas dataran tinggi di atas bazar lama pada tahun 1492 oleh Çoban Mustafa Pasha. Beliau kemudiannya menjadi wazir di mahkamah Sultan Selim I (1512-1520). Masjid ini sebahagian besarnya masih utuh dari keadaan asalnya, dan tiada penambahan telah dibuat selama ini.  Umi, anak kepada Mustafa Pasha, disemadikan di türbe sebelah masjid. Di dalam masjid juga terdapat turbe, tempat Mustafa Pasha dikebumikan pada tahun 1519.

Mustafa Pasha Mosque

Bangunan Masjid Mustafa Pasha ini mewakili ciri seni bina Constantinople awal. Tapaknya bentuk segi empat sama dan ditutupi oleh kubah, diameternya ialah 16.3 m. Kubah itu dibina di atas tiang-tiang yang dihiasi dengan arabesque dan di bahagian kiri motif dari masa pembinaan masjid dicat, manakala di sebelah kanannya terdapat yang lebih baru tanpa nilai seni tertentu. Bangunan itu berdinding dengan batu rivet dan dua baris batu bata. Pintu masuk ke masjid adalah melalui serambi, yang diperbuat daripada marmar putih, dan di hadapannya terdapat empat tiang marmar yang disambungkan dengan gerbang separuh bulatan.



Di dalam masjid terdapat ruang solat, di bahagian tenggaranya terdapat mihrab, dan tempat membaca al-Quran. Di sebelah kanan mihrab terdapat mimbar.  Dalam ruang bulat dengan huruf Arab, nama Muhammad dan Allah ditulis di timur dan barat. 








Pengubahsuaian masjid dijalankan selama lima tahun dengan biaya oleh kerajaan Turki dan siap pada Ogos 2011.


Rasa terharu sangat apabila mendapat tahu di Skopje sahaja terdapat lebih 30 buah masjid. Terbayang zaman  kegemilangan pemerintahan Islam di sini walaupun selepas itu zaman keruntuhan Empayar Uthmaniyah turut meruntuhkan sebahagian besar keagungan itu! Sekurang-kurangnya masih dapat mengutip keping-keping sejarah yang masih bersisa.


Selepas solat, kami menuruni anak tangga menuju ke Old Bazar.



Dalam perjalanan ke Old Bazar, sempat merakam gambar menara masjid yang ada di sekitar bandar lama.



Sebuah masjid yang kami temui dalam perjalanan ke Old Bazar.


Pendek kata, toleh kiri dan kanan, depan dan belakang hati bertambah lapang melihat menara-menara masjid di sekitar Skopje.


Alhamdulillah. Di mana-mana di bumi Allah, ada rumah-Nya.




Rumah Peringatan Mother Teresa di Skopje.


2 comments

  1. Negara-negara sejuk ni nampak awannya banyak dan agak gloomy. Pasti seronok mengembara pada bila cuaca sejuk dan tidak begitu extreme.

    BalasPadam
  2. Memang yaa mesjid2 di Balkan banyak yg designnya seperti Turkiye, Krn pengaruh nya kuat sangat 👍

    Saya sama dengan kak Amie. Saat zaman sekolah sejarah saya bagus, tp semua hanya hapalan. Bukan menghayati isinya 🤭😅. JD sekarang kalo ditanya, ya lupa lagi 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe