Aku Puteri Albania di Kamar Beradu Luani Artë
3:08 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai makan malam kami menyeret beg menaiki lift menuju ke bilik masing-masing. Sebagaimana cantik tersusun di ruang makan, begitulah juga keadaannya di dalam bilik kami. Walaupun berdua, tetapi kami dapat bilik berkatil tiga. Sebaik pintu bilik dibuka, gambar di bawah inilah yang menjadi pemandangan pertama kami.
Selamat datang ke kamar beradu Luani Arte. |
Hotel Luani Arte dari HP cap kapak Amie. |
Biar pun bermalam di hotel empat bintang seperti Hotel Luani Arte yang banyak menyediakan pelbagai kemudian, tetapi kami tidak sempat memanfaatkan kesemuanya melainkan hanya untuk membersihkan diri, solat dan berehat sahaja. Kemudian, awal pagi sudah menyeret beg turun ke lobi. Selepas sarapan, terus bergerak meninggalkannya.
Lobi Hotel Luani Arte nampak luas dan cantik.
Daftar masuk hotel dan ambil kunci di kaunter ini.
Jom masuk ke bilik masing-masing.
Rona warna kelihatan sekata dari cadar katil sehinggalah ke warna langsir serta almari. Sungguh menenangkan dan sesuai sangatlah untuk kami yang sedang dalam keletihan untuk terus lelap sehingga ke pagi!
Ada bantal extra. Tapi kami sudah tidak larat hendak memikirkan bantal selain yang ada di atas katil. Rebahkan kepala terus lena tak sedar diri!
Di atas meja inilah Amie akan menulis catatan di pagi hari sementara menunggu waktu untuk turun sarapan di dewan makan.
Tak ingat ada apa di dalam mini peti sejuk di bawah meja ini.
Di sudut sebelah kiri pintu masuk terdapat sebuah pintu kecil. Jom kita tolak daun pintu dan lihat ada apa di dalamnya.
Wah! Bilik air yang mewah bagi kami. Ada mini jacuzzi. Memandangkan badan sudah letih mengelilingi dua kota lama di Croatia dan Montenegro, hendak memanjakan diri berurut air dalam kolam jacuzzi pun sudah tidak larat. Agaknya kalau berendam juga, memang tertidurlah di dalamnya!
Mini Jacuzzi |
Selesai mandi dan menunaikan solat jamak, kami terus berehat di katil masing-masing dan belayar dalam pelbagai impian! Kamsiah kata, seolah-olah berada di kamar beradu seorang puteri. Ya, malam itu kami menjadi Puteri Albania beradu di Luani Arte.
Seperti biasa Amie memilih katil bersebelahan denga tingkap. Tak sempat selak langsir pada malam itu. Esok pagilah baru hendak tengok apa ada di luar tingkap.
Kami bangun agak lewat pagi itu. Mungkin terlalu lena sehingga tidak dengar bunyi loceng jam. Biasanya kami terjaga pukul empat pagi tetapi pagi tersebut kami bangun pukul 4:36 pagi. Itu pun setelah kedengaran bunyi ayam berkokok!
Eh, rasa seronok pula dengar bunyi kokokan ayam seolah-olah kami berada di sebuah perkampungan pula. Selesai solat subuh, baru sempat melihat bacaan suhu pada pagi 20 Februari 2024 bersamaan pada hari Selasa. Pukul 5:13 pagi suhu menunjukkan angka 5'C.
Setelah menyusun pakaian dan mengemas beg, barulah Amie buka tingkap untuk melihat pemandangan di luar.
Nun di sana matahari sedang menyemarakkan warnanya.
Tersebar warna jingga dan merah dari arah matahari yang sedang bangkit dari peraduannya di ufuk timur.
Sementara menunggu waktu untuk turun ke lobi, Amie masuk semula ke bilik dan duduk di atas kerusi, menulis catatan perjalanan kelmarin. Biasanya sebelum tidur Amie tidak tulis sebab mengantuk. Jadi, di sebelah paginya cuba mengingat semula apa yang telah dilalui sepanjang hari kelmarin.
Sekarang sudah pukul 6:40 pagi. Sekali lagi menyelak langsir dan nampak alam sudah mula terang benderang.
Beginilah pemandangan dari tingkap Hotel Luani Arte di wilayah Shkoder negara Albania.
Selamat pagi Shkoder!
Jom turun ke lobi dan letakkan beg di situ. Kemudian masuk ke dewan makan untuk sarapan pagi. Apa agaknya sajian sarapan di Skhoder pagi ini?
5 comments
wowww... tilam empuk, bilik mewah
BalasPadamTu kalau dapat berlama2 beradu mesti best..
mewah betul biliknya...duduk2 orang tapi katil 3 kak Amie?
BalasPadamSama kita kak, kalo tidur saya pun LBH suka Deket jendela kalo memang sedang winter yaa. Kalo tak winter, atau negara tropis, saya akan pilih bed yg paling terkena AC, supaya sejuk 🤣.
BalasPadamMemang mewaaah design kamar dia. Ala2 classic elegant. Sukaa sangat tipe hotel begini. Mewah dan nyamannya dapat sangat 😍
Cantik dan menarik betul hotelnya. Bilik dan hiasan macam rumah agam english gitu. Cantik selimutnya warna gold, nampak mewah. Kak Amie pun dah ikut tema dah tu. Macam red riding hood pun ye.
BalasPadamuishhhh
BalasPadamanother level punya hotel ni
mmg dah mcm istana
lena beradu diulit intan
heheeh