Ohrid, Bandar Yang Tenang di Republik Macedonia

8:24 PTG

 Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke Ohrid, salah satu destinasi kami sewaktu berada di Republik Macedonia. Republik Macedonia terletak di tengah-tengah semenanjung Balkan. Seperti negara-negara jirannya, Republik Macedonia juga kaya dengan sejarah dan warisan Byzantiine. Di sini jugalah adanya puing-puing sejarah kegemilangan Alexander The Great, bandar lama yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO serta mercu tanda kebudayaan yang lain termasuk gereja, biara, masjid dan seumpamanya.

Ohrid yang digelar Yerusalem Balkan ini merupakan salah satu petempatan tertua di Eropah dan pernah dianggap sebagai pusat agama dan budaya Slavia. Ia merupakan bandar pelancongan kecil yang popular dengan kedudukannya di pinggir tasik yang berangin di barat daya Republik Macedonia.

Pemandangan dari tebing Tasik Ohrid.



Pemandangannya tenang dan damai. Suhunya yang sejuk cukup menyamankan.

Pemandangan Tasik Ohrid dari Church of St. John Kaneo and The Ohrid Lake
Sumber : Google

Pemandangan rumah penduduk di tepi Tasik Ohrid.

Rata-rata penduduk Ohrid adalah penganut agama Kristian Ortodoks. Di antara begitu banyak gereja yang dapat dilihat, terselit di antaranya beberapa buah masjid. Penduduk Ohrid yang beragama Islam pula sebahagiannya adalah dari minoriti keturunan Albania dan Turki.

Kedudukan Tasik Ohrid di bahagian barat daya Macedonia Utara dan timur Albania.

Tasik Ohrid ialah tasik yang melintasi sempadan pergunungan antara bahagian barat daya Macedonia Utara dan timur Albania. Ia adalah salah satu tasik terdalam dan tertua di Eropah, dengan ekosistem akuatik unik yang mempunyai kepentingan di seluruh dunia, dengan lebih daripada 200 spesies endemik.

Kita selalu mendengar tentang ikan salmon yang sangat popular dalam hidangan barat, tetapi di Tasik Ohrid ini terkenal dengan ikan trout yang menjadi hidangan istimewa para pelancong.


Sebaik sahaja keluar dari perut bas, kelihatan dari jauh susunan rumah penduduk di sekitar Ohrid yang terletak di tepi tasik.


Pink Panther, barangkali sebuah kafe di sini. Inilah tempat kami berkumpul setelah selesai melawat sekitar bandar Ohrid.











Kawasan di tepian Tasik Ohrid kelihatan tenang-tenang sahaja. Jika anda pernah ke Perth, Australia lebih kurang beginilah keadaan tenangnya sehingga di gelar sebagai ''Perth tempat orang pencen'.






Para pekerja perbandaran Ohrid sedang mengukir bentuk pokok rimbun menjadi objek tertentu.



Jika anda berkesempatan datang ke Ohrid, jangan lepaskan peluang untuk menaiki boat melihat pemandangan indah di sekitar tasik. Dalam pakej kami tiada tawaran tersebut. Jadi kami hanya jalan-jalan sahaja di tepian tasik dan di sekitar Old Bazaar Ohrid.






Jeti di Tasik Ohrid.



Seekor angsa sedang berenang di tepi tasik.


Angsa nan seekor ini Amie nampak gambarnya berlatarbelakang rumah di tepi tasik di fridge magnet bertulis Ohrid, Macedonia.






Banyak monumen berupa patung tokoh-tokoh tertentu yang terdapat di sekitar bandar. Sayangnya, kita tak faham tulisan yang tertera di situ.



Jom jalan-jalan di Old Bazaar Ohrid.



Sebagaimana pemandangan di kota lama negara jiran yang lain, di sini pun banyak lorongnya. Kebanyakannya merupakan kedai dan kafe.




Seperti di negara jiran terdekat, tempat makan kebanyakannya di bahagian luar. Pelanggan suka menikmati hidangan di tempat terbuka sambil menikmati pancaran matahari.




Kami singgah di beberapa gerai cendera hati untuk membeli fridge magnet dan key chain.

Belanja video di Old Bazaar Ohrid beberapa saat.


Sementara Kamsiah dan Nancy memilih cendera hati, Amie dan Lucy melangkahkan kaki ke Ramstore. Apa ada di dalamnya?


Walaupun banyak barang lain di dalam kedai tetapi mata tetap tertuju ke arah buah-buah warna merah kuning, warna bendera negeriku Selangor!




Hendak merasa juga limau di Republik Macedonia. Amie beli empat biji. Satu untuk Amie, yang lain untuk Lucy, Kamsiah dan Nancy.




Mata wang Macedonia disebut DEN, ringkasan Denar Macedonia. Tak ingat berana DEN harga empat biji limau. Dijual dalam bentuk timbangan. Amie bayar gunakan mata wang EURO. Pun dah tak ingat berapa EURO... ahaks!

Jalan-jalan di sini ambil bau roti yang sedang dibakar dari kedai Turki.


Sekarang kami sudah berada di Pink Panther, kafe tempat kami berkumpul sebelum masuk bas pukul 10 pagi.


Di seberang jalan kelihatan sebuah kafe, dan di dalamnya ada beberapa orang rakan rombongan sedang menikmati minuman panas. Kami masuk ke situ. Melihat pendiangan dengan api menyala, rasanya hendak duduk bersama di situ sambil menikmati chocolate panas.


Sayangnya hanya tinggal sepuluh minit ke pukul 10. Risau pula kalau terlambat naik bas. Kami minta izin untuk gunakan tandas. Alhamdulillah, tidak perlu bayar kerana kami pelanggan. Bagaimanapun kami minta maaf kerana tidak dapat minum di situ kerana masa sangat terhad. Pelayan kafe menyambut permintaan maaf kami dengan penuh ramah.



Ketika bas sudah bersedia untuk bergerak, dan TLM serta TGB mengira jumlah peserta, dua orang lagi tiada dalam bas. Rupanya mereka sesat jalan. Dan kebetulan pula tiada internet ketika itu! Beberapa minit kemudian, kedua-duanya dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan akhirnya selamat ditemui!


Perjalanan diteruskan menuju ke Skopje.
Dalam pukul 11 pagi, perut mula rasa lapar. Raba-raba dalam beg sandang. Jumpa keropok, sebiji pisang dan sebiji limau yang dibeli di Ramstore.


Besar juga saiz pisang yang Amie ambil waktu sarapan di Imperial Hotel & Spa. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk alas perut.



13 comments

  1. Suka dgn keadaan bandar tenang ni.. Bersebelahan dgn tasik yg cantik dan bersih.. okla ada masjid dan ada minoriti islam.. mesti ada juga makanan halal...

    BalasPadam
  2. Nasib la yg sesat tu dpt dijumpai kalau tak mau kena tinggal .. ke satu bas kena tunggu sampai jumpa huhu... Best tempat ni.. insyallah pasang niat nak ke Ohrid ni :D

    BalasPadam
  3. Besar jugak tasik ohrid tu.. walaupun tasik terdalam mesti kurang kes lemas kat situ agaknya sbb nmpk tenang je bandar ni.. mcm xde orang langsung.. byk nk kena cuci mata kat blog kak amie ni bila lama dh x ke sini 😅

    BalasPadam
  4. Sangat bersih dan terjaga bandar ni, nampak selamat dan tenang sekali...
    Limau tu kulitnya kemerah-merahan ye Kak....

    BalasPadam
  5. Tenang sahaja Ohrid ni.. ke mungkin jam masih awal lagi jadi tidak ramai pengunjung.
    Pasti seronok penduduk di Ohrid sebab rumah mereka mengadap tasik yang luas dan tenang.

    BalasPadam
  6. tengok gambar akak ni pun kita rasa tenang, dengan takde sesak-sesak.... mesti rilex je rasa

    BalasPadam
  7. wahhh suka tengok bersihnyaaaaa kawasan kat sana! terasa ketenangannya tu..

    BalasPadam
  8. cantik tasik ohric n suasana sekitarnya

    BalasPadam
  9. Cantikkkkk Tasik Ohrid. Tenang nya Old Bazaar Ohrid. Buah Oren tu nampak sedap segar.

    BalasPadam
  10. Ohh di sini banyak ikan Trout yaa. Berarti saya pasti sukaaa makanannya. Ntah kenapa saya sukaaaa sangat dengan ikan Trout kak Amie 😄. Setelah coba di Bulgaria dan Azerbaijan. Memang sedap yaa

    Cantiiik sekali kotanya. Terlihat tenang dan buat rileks.

    BalasPadam
  11. masyaAllah, cantik2 sungguh pemandangannya..

    BalasPadam
  12. suka melancong ke bandar yg x berapa sesak. dapat la berjalan2 dgn tenang...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe