Daging Masak Hitam Sarawak

5:43 PTG

Isnin lepas, majlis aqiqah sempena menyambut kelahiran puteri sulung anak buah. Di kesempatan itu, Amie pun ringankan tulang dan kaki tangan untuk masak-masak sedikit di dapur sendiri dan bawa ke majlis tersebut. Kakak ipar minta tolong masakkan  kambing dan nasi beriyani. Katanya kalau malas nak kecah-kecah di dapurnya sebab ramai orang, masak di dapur sendiri pun boleh juga. Jadi Amie rasa agak selesalah masak di dapur sendiri, cuma kena buat kerja potong memotong tu sendiri jugalah. Cuma, Amie kata... Amie masak nasi beriyani sajalah. Jadi, kambing tu kakak kena cari tukang masak lain...hiks!
Alhamdulillah, tepat pukul 10 pagi, bermulanya majlis kami pun sampai dengan dua periuk nasi beriyani, satu periuk acar mentah, satu periuk daging masak hitam dan seperiuk kecil sambal mangga serta dua balang besar keropok papadom. Kakak ipar pun masak nasi putih (tak semua tetamu makan nasi beriyani, jadi ada pilihan). Lauk pauk lain juga banyak disediakan termasuklah gulai kambing, ayam goreng, sayur dan sebagainya.
Daging Masak Hitam Sarawak itu Amie olah sebab tertarik dengan resepi yang Amie temui di Laman Dapur Helen  DI SINI. Sebelum ini Amie pernah cuba masak, dan hasilnya memang sangat memuaskan hati walaupun pada mulanya di hati penuh dengan tandatanya, bagamanakah rasanya masak daging campur dengan buah prune dan kismis?
Kelmarin, anak buah minta resepinya. Hari ini Amie cuba buka semula folder, kalaulah ada 'alat bantu menulis entri' untuk resepi tersebut. Alhamdulillah, ada! Tetapi Amie tak sempat ambil gambar hasilnya sebab waktu itu, agak sibuk mengisi periuk-periuk lain dengan acar, sambal mangga, keropok papadom dan nasi beriyani!
Apa pun, diharap paparan di bawah ini boleh membantu Rini untuk membuat rujukan atau masak resepi daging hitam tersebut.

Nampaknya gambar ini sahajalah sebagai bahan bukti hasil kejadian Daging Masak Hitam Sarawak tu!
Resepi asalnya di bawah ini:

500G  DAGING BATANG PINANG-(POTONG NIPIS)
2 BIJI BAWANG MERAH BESAR
4-5 ULAS BAWANG PUTIH
4-5 CM HALIA
2 BATANG SERAI
3 SUDU BESAR KISMIS
5-6 BIJI BUAH PRUNE
3-4 SUDU KERISIK
1/3 CAWAN KICAP PEKAT
1/3 CAWAN KICAP MANIS
2 SUDU BESAR KICAP MASIN@ GARAM
2 SUDU BESAR TOMATO SOS @TOMATO PURI
1/2 KEPNG GULA MANISAN@ GULA APONG
1/2 CAWAN SUSU CAIR

- SEMUA BAHAN YANG DI ATAS DI MESIN SAMPAI BENAR-BENAR HANCUR DAN TERUS CAMPURKAN KE DALAM DAGIN BATANG PINANG. PERAPKAN SEMALAMAN DI DALAM PETI AIS

BAHAN PENUMIS:

3 SUDU BESAR MINYAK SAPI
2 TANGKAI BUNGA LAWANG
1 BTG KAYU MANIS
3 BIJI CENGKIH
3 BIJI PELAGA HINDI
SEDIKIT BAWANG  MERAH - MAYANG HALUS
2 SUDU KECIL CILI GILING- JIKA NAKKAN PEDAS SEDIKIT- TAKDA TAK PER

CARANYA:

PANASKAN PERIUK DALAM. TUMISKAN BAHAN REMPAH TADI BERSAMA BAWANG MERAH SERTA CILI SAMPAI GARING. KELUARKAN DAGING DARI PETI AIS DAN MASUKKAN KE DALAM PERIUK. MASAKLAH DI ATAS DAPUR SAMPAI PECAH MINYAK DAN DAGING EMPUK. MASAK DENGAN API SEDERHANA DAN KACAU SELALU. HARUS BERSABAR BILA MEMASAK DAGING INI.

RASALAH DAGING SUPAYA CUKUP MANIS. MASINNYA. APABILA SUDAH EMPUK DAN SESEDAP RASA BOLEHLAH DI ANGKAT DAN DI HIDANGKAN BERSAMA LEMANG. NASI MINYAK .


Amie gunakan lebih 3 kilogram daging. Jadi, Amie kena sesuaikan sekatan bahan untuk masakan ini. Mula-mula kita potong dulu daging. Amie potong daging seperti yang tertera dalam gambar. Lepas tu bilas daging dan toskan airnya seperti di bawah ini.

Antara bahan yang perlu digunakan untuk memerap daging termasuklah bawang besar, serai, halia, bawang putih, kerisik, buah prune dan kismis hitam. Bawang besar tu Amie gunakan 10 biji! Serai 12 batang, hiris nipis supaya senang dikisar.

Amie gunakan 340 gram buah prune dan 250 gram kismis hitam.
Bila semua bahan sudah tersedia, ikutlah langkah demi langkah seperti yang Helen kongsikan. Kisar kesemua bahan di atas. Hasilnya seperti di bawah ini. Oleh kerana Amie kisar secara beransingan, buah prune dengan buah kismis, dan bahan lain Amie campur... sebab tak muat masuk sekali harung dalam pengisar! Kemudian barulah Amie campurkan.



 Pindahkan hirisan daging ke dalam bekas yang lebih besar.

 Kemudian tuangkan bahan kisar ke dalam bekas berisi daging.

 Tambahkan kicap pekat.

 Kicap masin dan kicap manis.

 Masukkan gula melaka.

 Masukkan puri tomato.

 Dan susu cair.
Sukatannya tu buatlag anggaran sendiri.
Kalau dalam resepi asal, 500 gram daging, gunakan 1/3 cawan kicap manis, pandai-pandailah mendarab ye.

 Lepas tu gaul rata. 

 Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Jadi, esok paginya bangun saja dari tidur, terus meluru ke dapur!
Subuh pun belum masuk!
Terus cari bahan penumis.

 Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga,

 Gunakan minyak sapi ye. Helen kata dia gunakan 3 sudu besar untuk 500 gram daging. Jadi untuk lebih 3 kg daging, perlu berapa sudu pulaaaaa...hiks!

 Jangan lupa bawang merah. Hiris. Bukan kisar tau!

 Helen kata gunakan periuk dalam! Amie gunakan kuali dalam! Janji muat!
Panaskan minyak sapi.

 Adeeehh... aromanya menerjah kedinginan pagi! Bila bawang bertemu kulit kayu manis dan bunga lawang dalam minyak sapi, kuali menjadi saksi di pagi hari!

 Kata Helen, kalau nak pedas boleh masukkan cili. Amie nak juga rasa masam manis buah prune, kicap masin, kicap manis dan juga pedas cili. Bubuh sajalah labu...!

 Tumis sampai garing. Sampai pecah minyak. Itu menandakan tumisan dah maak.

 Keluarkan daging dari peti sejuk. Inilah rupa daging yang diperap semalaman!
Masukkan semua sekali dalam kuali.

 Oh! Penuh satu kuali dalam!
Tapi tak apa. Jangan risau. Ia akan masak dengan sempurna berkat kesabaran tukang masaknya yang sekejap-sekejap mengacau supaya bahagian bawahnya tidak berkerak terutama ketika kuah mula memekat. Amie tambahkan kicap pekat semasa memasak supaya nampak lebih gelap sikit. Baunya sungguhlah menggoda! Tak percaya, cuba masak sendiri! Mesti rasa tak sabar nak merasa! Amie tak bubuh garam sebab segala bahan kicap manis, pekat dan cair sudah cukup rasa! Nampaknya setakat inilah sahaja yang dapat dikongsikan, sebab ketika itu kita lari-lari siapkan acar, siapkan sambal belacan dan kukus nasi beriyani.

Inilah rupa kejadian Daging Masak Hitam Sarawak. Kakak ipar kata sedap, itu sudah memadai bagiku! Lain kali nak cuba masak lagi sebab sewaktu majlis tu mungkin agak letih, selera pun hilang! Sempat jamah daging masak hitam, tapi cuma seketul saja! Biasalah, tukang masak sentiasa kenyang dengan bau!
Terima kasih untuk Helen.
Amie rasa resepi Daging Masak Hitam Sarawak ini termasuk dalam kategori mewah sebab penggunaan bahannya pun memang boleh tahan! Sangat berbaloi, sebab rasanya memang sangat sedap!
Dan semoga Rini, si anak buahku boleh cuba masakan ini.


7 comments

  1. Fav ni..kenduri kat Swk mwmang x tinggal menu ni..biasanya kat Swk guna kicap cap unta tu..mmg dr dulu arwah kakak guna resepi tu..menambah2 nasik..heheh

    BalasPadam
  2. Wow, Amie! PH sangat suka daging masak hitam Sarawak. Sedap! Nanti PH nak study kaedah yang Amie ajar kat sini. Dah dua kali masak tapi pakai pes masak hitam hee..hee..

    BalasPadam
  3. Juls,
    terima kasih kongsi info tentang kicap cap unta... lain kali cuba pula kicap tu.

    PH,
    silakan ...sedap tau!

    BalasPadam
  4. puan amie saya tertarik dengan resepi-resepi puan dan ingin memperkenalkan makanan malaysia di UK..diharap puan sudi menghubungi sa di email
    garsdeb@gmail.com

    BalasPadam
  5. Tq Amie...share resipi tersedap seantero dunia ni...dapat tau info2 baru bahan2 yg xpernah cuba.nak trylah raya ni...muahhhhhh!for Amie hikss

    BalasPadam
  6. Tq dan berminat dgn resepi ni, saya kongsi resepi ya....

    BalasPadam
  7. Hai amie.. Kalau ayam masak merah sarawak pun letak kismis.. Kismis kuning yg ditumbuk... Boleh try jugak nanti

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe