Bismillahirrahmanirrahim.Kami suka makan Coto Makassar di warung tetapi sekarang tidaklah dapat menikmatinya seenak dahulu. Dalam semangkuk Coto Makassar, bahan seperti perut dan lain-lain semakin sedikit, dihiris halus-halus dan kadang-kadang boleh dikira dengan jari. Kalau hendak puas makan, kenalah rajin masak sendiri. Waktu hari raya, kadang-kadang Amie masak Coto Makassar untuk tetamu. Kali ini Amie masak Coto Makassar untuk hidangan keluarga sahaja.Untuk menghasilkan Coto...
Bismillahirrahmanirrahim.Sarapan apa pagi ini? Kena alas perut dahulu sebelum keluar rumah.... ahaks! Hari ini dapat jemputan majlis doa selamat di rumah kakak ipar selepas waktu zohor. Jadi, tengah hari nanti gantung periuklah. Tapi di waktu pagi, dapur tetap berasap.Jom sarapan:Bihun Goreng PedasAir Bunga TelangBihun Goreng Pedas & Air Bunga TelangBihun Goreng PedasResipi Bihun Goreng PedasBahan-bahan:1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa sehingga kembang...
Bismillahirrahmanirrahim.Sambung cerita di Elvy Homestay Alam Sutera Puncak Alam.Petang itu, kami berpecah dua. Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus tinggal di homestay. Encik Suami ke Bandar Puncak Alam untuk mencari tempat dobi pakaian. Amie dan Fuad patah balik ke kampung, hendak ambil Bonda. Sebelum belok ke kampung, kami singgah dahulu mencari makanan di Bandar Puncak Alam. Kami tidak mencari makanan berat seperti nasi, sebaliknya hanya...
Bismillahirrahmanirrahim.Salam Aidil Adha buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.Amie kongsikan resipi Rendang Rusa, salah satu menu hidangan kami di pagi Aidil Adha 1444. Kelmarin tak jadi merendang, simpan semua bahan dalam peti sejuk. Pagi ini timbul semula semangat yang terbenam dalam laut. Makan, terhidanglah Rendang Rusa di atas meja makan. Seperti biasa, Amie lebur semua bahan sekali harung di dalam kuali. Tiada...
Bismillahirrahmanirrahim.Esok sambutan Aidil Adha 1444. Tentu ramai yang balik kampung menyambut raya bersama keluarga. Dan sudah semestinya sedang sibuk menyiapkan juadah seperti rendang dan ketupat untuk dihidangkan dan dinikmati bersama insan tersayang.Kelmarin kami berbelanja sedikit sebagai persediaan memasak untuk hidangan di pagi raya. Cadangnya hendak rebus ketupat segera, masak rendang daging rusa dan buat kuah kacang. Encik Suami pula beberapa kali menyebut 'coto'....
Bismillahirrahmanirrahim.Tentu ramai yang sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa sunat Hari Arafah. Semoga mendapat pahala berlipat ganda, apatah lagi yang telah berpuasa sejak 1 Zulhijjah. Mudah-mudahan segala amal ikhlas kerana Allah akan diberi ganjaran sebesar-besarnya.Amie kongsikan salah satu menu berbuka puasa, Ikan Putih & The Gang yang enak dinikmati bersama nasi putih.Ikan Putih Panggang & The GangMenunya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan....
Bismillahirrahmanirrahim.Abang Farid membuat tempahan penginapan untuk satu malam di Bandar Puncak Alam pada 4 Jun 2023, Sabtu. Harga yang ditawarkan melalui Booking.com ialah RM320.65 sen. Kedudukannya agak jauh tersorok di bahagian belakang kawasan perumahan, dan merupakan rumah teres lot tepi.Untuk ke Bandar Puncak Alam, perlu memandu kekuar sejauh 2.6 kilometer. Anak-anak suka berada di sini walaupun tiada WIFI. Ruang tamu dan bilik tidur...