Barongko
11:57 PGBerehat dulu buat seketika.
Jom masuk dapur, cari apa yang ada untuk isi perut.
Pagi tadi kita tak buat sarapan. Encik Suami beli nasi kuning. Dibelikannya juga untuk kita dua bungkus barongko. Walaupun Encik Suami tak makan, tetapi kalau terjumpa makanan yang kita suka, memang dia akan beli.
Mama Cella pernah tak makan barongko?
Orang Tanah Jauhar tu tentu pernah jumpa barongko sebab di sana banyak juga orang Bugis kan?
Orang Tanah Jauhar tu tentu pernah jumpa barongko sebab di sana banyak juga orang Bugis kan?
Barongko ini berharga RM1 sebungkus. Dulu RM1 dapat dua bungkus. Katanya sekarang harga pisang pun sudah naik harga kayangan, jadi barongko pun terus naik saham. Pisang yang digunakan pula sama ada pisang raja atau pisang kepuk. Cara membuatnya pun bukan sebarangan. Isi pisang kena hiris, tinggalkan bahagian tengahnya. Menurut ceritanya, dahulu barongko merupakan hidangan penutup keluarga diraja Bugis.
Barongko dibungkus dengan daun pisang muda. |
Banyak kali Amie nak cuba buat sendiri tapi masih juga tidak terbuat! Bertahun lamanya memasang angan-angan untuk tutorial bersama rakan-rakan Bugis namun belum kesampaian. Nampak macam senang kan. Apabila sudah banyak kali makan, berbeza-beza pula rasanya. Ada yang rasa sangat manis. Ada yang rasa masam sedikit. Ada yang rasa sedang-sedang manisnya, sedikit lemak dan sedikit rasa masam pisang.
Daun pisang untuk membungkusnya pun dipilih dari daun pisang muda. Hasilnya, barongko lebih beraroma! Sama seperti buras yang Amie pun masih tak pandai buat. Pembalut buras di bahagian dalam pun gunakan daun pisang muda. Kalau akan tiba hari raya Amie selalu melihat banyak jualan daun pisang di pasar. Dalam satu ikatan memang sudah dikhaskan ada daun tua dan daun muda.
Barongko diperbuat daripada pisang kisar, ditambah santan, gula dan garam. Setelah dibungkus dengan daun pisang, dikukus sehingga masak. Barongko sedap dinikmati dalam keadaan sejuk. Jadi, bolehlah simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan.
Barongko |
13 comments
Pertama kali orang Tanah Jauhar nampak Barongko ni, Kak Amie. Mungkin bukan makanan asal bugis di Malaya atau sudah tiada yang mahu mewarisi resepi barongko ini. Hurmm, kalau makan sejuk-sejuk, kenalah beli lebih sikit tu, boleh disimpan dan diulang-ulang, hihi
BalasPadamFirst time juga tgk n dengar makanan yg satu ni...
BalasPadamFirst time dengar barongko ni. Sama macam lepat pisang ke rasa dia?
BalasPadamok... ini rare, tak pernah jumpe ape lagi merasanya. pos kat sini sikit kak..
BalasPadamBaru pertama kali tahu. Macam lepat tapi bukan.
BalasPadamnampak macam sedap je kak Amie.
BalasPadamPertama kali juga ni. Nampak sedap. :)
BalasPadamBelum pernah jumpa la cikgu...Apalahi memakan barongko..
BalasPadamBila cikgu cakap pisang kena hiris dan buang tengahnya ,membuatkan saya meneliti rupa kuih ni.Ada logiknya tengah pisang dibuang sebab nampak kuih lebih mulus dan bersih tanpa bintik hitam empulur pisang.Macam sedap la...
Ni pertama kali akak dgr namanya dan lihat rupanya cikgu..
BalasPadamtengok pun nampak sedap kak, tak pernah jumpa nih
BalasPadamSA first time dengar pasal Barongko ni...x pernah tgok pun...
BalasPadamMenariknya macam lepat pisang versi ada kuah. Macam puding caramel versi pisang pun ada. Unik penyediaannya sehinggalah pada rupa dan namanya.
BalasPadamNnt sy dtg sana sy cari tau kak… jap nk usha tiket g sabah dulu hehehe
BalasPadam