Cuba Makan Buras dengan Asam Pedas Ikan

by - 10:31 PG

Selamat berhujung minggu. Apa khabar semua? Moga baik-baik saja.
Syukur Alhamdulillah. Orang LD sihat-sihat semuanya. Harap orang Malaya dan negara-negara jiran khususnya Brunei Darul Salam, Indonesia dan Singapura ceria sahaja sepanjang hari ini.

Pagi ini Amie goreng bihun untuk sarapan, tapi tak mahulah dijadikan entri sebab selalu sangat paparkan bihun.... ahaks! Ada gambar-gambar yang masih tersimpan dalam folder, dan salah satunya ialah gambar buras dengan asam pedas ikan.

Ada seorang blogger pernah cadangkan Amie supaya cuba makan buras dengan asam pedas ikan.  Amie cuba ingat siapakah yang tulis komen tersebut tetapi tak jumpa! Tak sempat nak baca semula komen-komen lama. Yang Amie ingat ialah cadangan makan buras dengan asam pedas ikan parang. Amie tak pernah jumpa kan parang di LD, kecuali pernah sekali beli di Tawau. 

Amie lupa-lupa ingat entah bila masak asam pedas ikan merah. Lebihannya Amie panaskan pada keesokan pagi dan kebetulan Encik Suami beli buras, jadi Amie cuba makan buras dengan asam pedas ikan merah.

Memang terasa kelainannya sebab biasanya makan buras dengan ayam palekko, ayam masak merah, ayam masak lengkuas dan juga rendang ayam. Kalau nak tahu, bolehlah cuba sendiri.

Hidangan sarapan pagi buras dengan asam pedas ikan merah.


Dua jenis buras, pulut dan beras biasa.

Asam Pedas Ikan Merah.

Buras & Asam Pedas Ikan Merah




Selain makan buras dengan asam pedas ikan merah, cecah juga dengan serndeng kelapa.

Kuih Bugis

Ini dipanggil kuih Bugis. Orang kita panggil kuih koci. Encik Suami suka kuih Bugis yang diperbuat daripada pulut hitam. 

You May Also Like

21 comments

  1. mesti ada kelainan rasa buras dimakan dgnasampedas kan

    BalasPadam
  2. Kombinasi yang agak pelik.. tapi boleh d cuba ni nanti..

    BalasPadam
  3. belum ada rezeki saya mencuba buras

    BalasPadam
  4. Asam pedas dengan buras itu pulut tentu ada kelainan, sedap kuih koci

    BalasPadam
  5. Kalau Bugis di Johor ni memang lawannya Buras dengan Nasumeti, Kak Amie. Oh, nasumeti tu, asam pedas ikan parang, hehehehe.

    Eh, terliur sudah kita.

    BalasPadam
  6. Kat sini burasak diregukan dengan asam pedas ikan parang.

    BalasPadam
  7. Cara mengikat buras tu pun ada tekniknya juga ya Amie..

    BalasPadam
  8. Meanrik plak Burasak tu ha...ikatan dia kemas...teringin nak cuba tapi kat Seremban takde kak...

    BalasPadam
  9. Buras atau burasak saya tak pernah jumpa lagi kat sini.. nantilah kalau ke Sabak Bernam cuba cari sebab kat sana ramai Banjar. Burasak ni macam lontong daun pisang ke kak?

    BalasPadam
  10. Iya kak, kawan dana yg orang bugis memang akan makan burasak dengan asam pedas ikan parang tiap kali raya, itu menu wajib selain ketupat lui dan serunding.
    Dan pernah juga komen kat akak suruh cuba makan burasak dengan asam pedas ikan parang.

    BalasPadam
  11. Terliur... saya terliur... dapat bayangkan burasak dan asam pedas buat pesta di dalam mulut.

    BalasPadam
  12. favorit mbul banget bugis ketan

    kak buntel daun pisang di burasnya rapi sekali...dan asam pedasnya alamaak bikin liur mbul membanjir hwahaa

    BalasPadam
  13. Buras pulut atau buras beras biasa pun pada saya dah nampak sedap dah even tak pernah merasainya. saya anggap macam lemanglah kot kan. Unik jugak makan dengan asam pedas. Menarik juga kalau kuih koci orang kita dibungkus seperti kuih bugis. Tapi nanti kecelaruan identiti pulak. hihi

    BalasPadam
  14. Tidaj pernah rasa buras kagi.
    Cara lipatan kuih Bugis macam ada beza dengan koci.

    BalasPadam
  15. Kat rumah ni kalau ada balance asam pedas, esoknya confirm lepas suami balik dr subuh di surau ada roti canai atas meja

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah makan asam pedas dengan makanan lain selain nasi... nnt boleh cube plak makan ngan roti canai

      Padam
  16. 토토사이트 I think the information you share is very reasonable. At the very least, it was able to help me solve my problem. Thanks for sharing them, it helps me a lot.

    BalasPadam
  17. 먹튀검증 Just wish to say your article is as amazing. The clarity to your publish is simply spectacular and i could think you are a professional in this subject. Fine with your permission let me to grab your feed to stay up to date with impending post. Thanks one million and please keep up the enjoyable work.

    BalasPadam
  18. 바카라사이트 Hi everyone, it’s my first go to see at this web page, and paragraph

    BalasPadam
  19. 카지노사이트 I am actually happy to read this website posts which carries plenty of helpful data, thanks for providing these kinds
    of data.

    BalasPadam
  20. meriah sarapan pagi makan asam pedas ikan merah.. hehehe.. saya pon suke kuih koci pulut hitam, inti kelapa

    BalasPadam