Sokko' Lissu
1:04 PTGMalam tadi tidur lewat, terlajak sehingga ke subuh gajah. Keluar dari bilik sudah terbau aroma masakan dari dapur. Rupanya Encik Suami sudah siap goreng bihun. Sesekali menjamah hidangan dari bukan air tangan sendiri memanglah terasa sangat sedap.
Tidak lama kemudian ada seseorang menelefon Encik Suami. Encik Suami pula nampak tergesa-gesa menukar pakaian dan memakai songkok. Katanya ada majlis yang perlu dihadiri.
Kita pula sedang terfikir-fikir nak masak apa untuk hidangan tengahari. Tidak lama kemudian Encik Suami pulang. Tangannya menjinjing bungkusan berisi bunga telur dan makanan tradisi orang Bugis termasuk sokko' lissu dan lauk-pauk.
Suka sangatlah Amie melihat sokko' lissu yang kemas dan cantik. Amie pernah kongsikan entri tentang Sokko' Lissu DI SINI.
Sokko' Lissu |
1. Sokko' ini akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu sewaktu berpindah ke rumah baru.
2. Sokko' ini juga dibahagi-bahagikan di masjid ketika diadakan majlis Maulidur Rasul.
3. Selain itu, sokko' yang dibungkus begini juga dibahagi-bahagikan kepada tetamu yang menghadiri majlis aqiqah atau cerak.
Menurut Encik Suami, majlis yang dihadiri ialah majlis aqiqah.
Selain sokko' lissu, ada sebiji ketupat dan dua batang sawa' @ sawak @ leppek @ kampalo iaitu pulut bungkus daun kelapa. Ada ayam masak merah dan ayam masak lengkuas.
Jom lihat gambar lama Sokko' Lissu yang kemas dan rapi lipatannya ini.
Sokko' Lissu dari arah sisi. |
Sokko' Lissu bahagan bawah. |
Sokko' Lissu dari entri lama.
Hari ini Sokko' Lisu agak berbeza berbanding paparan yang lama. Kalau dahulu pulut tanpa warna dengan sebiji telur rebus terletak di tengah-tengah. Kali ini Ada tiga warna pulut iaitu warna asli, warna kuning dan pulut hitam.
Sekian cerita tentang Sokko' Lissu.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.
16 comments
Salam Maulidur Rasul buat Amie & famili..
BalasPadamcantik & kemas lipatannya..berseni..pertama kali tgk sokko lissu..
Rajinnya En Majid ke dapur ye...Uniknya sokko'lissu..Mula baca ingatkan ayam lengkuas tu..macam nak sama bunyi (ye ke..🤭)
BalasPadamYa Allah,sedapnya pulut hitam tu...susah nak dapat pulut hitam lembut macam tu kat sini.Pulut bubur tu tak sesuai nak kukus.Aduh,mana nak cari pulut hitam lembut tu kat sini...tekak dah ngut2...
Ya Allah
Cantik persembahan makanan dan cara pembungkusan.
BalasPadamsalam maulidur rasul. Kat tempat saya pun ada budaya buat pulut kuning masa maulidurrasul
BalasPadamCantik, kemas, teliti balutannya.
BalasPadamMakan dgn telur dan ayam tu la ye sokko lissu ni?
Kagumnya tengok kekemasan dan cantik pula gaya balutannya.
BalasPadamMakanan yg istimewa, sesuai utk hari istimewa :)
Cantiknyaaaa dibungkus sedemikian rupa.
BalasPadamYang dipanggil sawa' @ sawak @ leppek @ kampalo tu, kalau di Johor ni, ada jugak, dipanggil lepat, hidangan hari raya. Seronok ya tengok budaya masyarakat disana yg penuh kepelbagaian dan berseni 😍
Kalau akak mau sepokok pokok pisang pun tak jadi lg nk bungkusnya..kemas..cantik..
BalasPadamUNIKNYA SOKKO SEDAP TU ALHAMDULILLAH
BalasPadamWahhhh cantiknya kak, pertama kali dana dengar dan tahu pasal makanan ini. Cantik dan kemas betul di bungkus gitu dalamnya pun best nengok pulut 3 jeniz tu
BalasPadamWah...menariknyaaa......first time SA tengok Sokko Lissu ni...unik...
BalasPadamPertama kali dengar sokko' lissu ni. Cantiknya bungkusan sokko' lissu. Rasa sayang pulak nak bukak bungkusan tu. Menarik ada 3 jenis pulut dalamnya. Kreatif sangat :)
BalasPadamSalam ziarah..ini lah hasil air tangan orang Melayu..subahanallah sangat indah dilihat
BalasPadamkemas dan bersih
BalasPadammenariknya sokko' lissu ni. cantik bungkusan dia..
BalasPadamunik sokko lissu ni. balutan pon kemas dan cantik. guna daun apa tu? mmg macam tu ke cara bungkus sokko lissu tu???
BalasPadam